Petua penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan masakan mungkin ada yang telah lama amalkan. Namun ada juga yang belum pun pernah mencuba dan merasai keberkesanan mengamal petua lama.
Umpamanya dengan mengamalkan petua minum air rebusan ketumbar yang dikatakan banyak khasiatnya dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen dan bolehlah anda mencubanya.
PETUA MUDAH KURUS DENGAN AIR REBUSAN BIJI KETUMBAR
Ramai tak tahu, yang biji ketumbar ni selain jadi rempah masakan tapi boleh jugak turunkan berat badan tau! So, Jangan pandang sebelah mata.
Kecil-kecil biji ketumbar ni tapi jumlah mineral dia lebih tinggi seperti serat makanan, zat besi, kalsium, dan mineral.
Penyebab kita bertambah berat badan adalah adalah makan makanan yang mengandung banyak kalori tapi kurang air dan serat. Betul tak?
Meh kita try amalkan dengan 2 bahan mudah yang selalu ada kat dapur tu.. kita manfaatkan.
Bahan-bahan
Biji ketumbar
Lemon
Cara-caranya
Rebus segenggam biji ketumbar dalam 5 minit. Kemudian tos kan.
Setelah air rebusan suam masukkan perahan lemon.
Minum setiap pagi dengan perut kosong.
Itu sahaja! Dah siap untuk diminum.
Selamat mencuba!
Nota: boleh juga tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.
Manakala meninjau di page Hallo Doktor, turut dikongsikan artikel berkaitan 9 manfaat ketumbar untuk tubuh dan bolehlah dimanfaatkan.
Ads
#1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole, yang merupakan salah satu daripada 11 komponen minyak pati dan asid linoleat, terdapat dalam rempah ini.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri antirheumatik dan antiarthritik, yang membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the German Society of Dermatology, para penyelidik juga telah mencatatkan sifat antiradang daripada rempah ini.
Untuk keadaan seperti pembengkakan yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang atau anemia, rempah ini berkesan dalam mendorong pengencingan untuk melepaskan air berlebihan daripada badan.
Pengurangan keradangan kulit ini membawa kepada pengurangan ketidakselesaan selain penambahbaikan pada kulit.
#2. Melegakan gangguan pada kulit
Ciri-ciri disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat dan antioksidan yang dimiliki oleh rempah ini adalah sesuai untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan, dan jangkitan kulat.
Minyak ketumbar juga telah dipatenkan untuk sifat antiradang dan antimikroba oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti di Freiburg, Jerman.
#3. Menurunkan tahap kolesterol
Menurut jurnal Environmental Biology, asid yang terdapat dalam rempah ini, seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbat (vitamin C) sangat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Asid-asid ini juga mengurangkan tahap kolesterol LDL yang buruk di sepanjang dinding dalaman arteri dan urat, yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan strok.
Ads
Lebih penting lagi, rempah atau herba ini membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” atau HDL, yang berfungsi sebagai garis pertahanan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang berbahaya.
#4. Ketumbar bagus untuk cirit-birit
Komponen minyak pati yang terdapat dalam ketumbar mengandungi komponen, seperti borneol dan linalool, yang membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Leaflets Ethnobotanical mengatakan ia juga membantu dalam melegakan cirit-birit yang disebabkan oleh tindakan mikrob dan kulat kerana komponen seperti cineole, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta-phellandrene, kesemuanya mempunyai kesan antibakteria.
Rempah ini juga semakin popular sebagai rawatan di rumah untuk mencegah mual, muntah, dan gangguan perut.
#5. Mengawal tekanan darah
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa rempah ini membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menderita hipertensi secara positif.
Dengan meningkatkan interaksi ion kalsium dan asetilkolin, neurotransmitter dalam sistem saraf periferal dan pusat, ia melegakan ketegangan saluran darah, sekali gus mengurangkan kemungkinan beberapa keadaan kardiovaskular, termasuklah serangan jantung dan strok.
#6. Ketumbar boleh melawan Salmonella
Salmonella adalah salah satu penyebab penyakit yang paling berbahaya di dunia, oleh itu sebarang kaedah atau cara semula jadi untuk melindungi diri anda daripada bahaya Salmonella adalah sangat penting.
Ads
Ketumbar mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa tinggi. Ia merupakan sebatian semula jadi yang dua kali lebih tinggi sepertimana antibiotik sebagai rawatan utama untuk penyakit berasaskan salmonella.
Ini disahkan oleh satu kajian dari University of California at Berkeley.
#7. Membantu sistem pencernaan
Disebabkan oleh faktor aroma daripada minyak patinya, ketumbar membantu dalam rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
Ia merangsang pencernaan dan gerakan peristaltik. Ia juga membantu dalam mengurangkan gejala anoreksia.
Di samping aroma rempah ini yang menyenangkan, ia turut mempunyai kualiti perangsang yang tertentu, yang diperoleh daripada mineralnya.
Tambahan pula, neurotransmitter akan dirangsang apabila rempah ini dicerna. Kajian telah menunjukkan bahawa dispepsia (senak) akan berkurangan jika rempah ini sentiasa diambil dalam pelan pemakanan.
Bagi kanak-kanak kecil yang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kolik perut berbanding daripada orang dewasa, sedikit penambahan ketumbar dalam diet mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
#8. Ketumbar boleh membantu merawat cacar
Minyak pati dalam rempah ini kaya dengan antimikrobial, antioksidan, antijangkitan, komponen detoksifikasi dan asid-asid lain.
Kehadiran vitamin C dan zat besi juga menguatkan sistem imun.
Di kawasan di mana wabak cacar berlaku, kajian menunjukkan bahawa jumlah vitamin C yang besar mempunyai kesan pengubatan yang jelas terhadap cacar. Ia boleh membantu menyumbang kepada megadose vitamin C yang diperlukan.
#9. Penting sebagai ramuan rawatan konjunktivitis
Ketumbar adalah pembasmi kuman yang sangat baik dan mempunyai sifat antimikroba yang mungkin melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
Minyak ketumbar digunakan secara meluas dalam penyediaan dan penghasilan beberapa produk penjagaan mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak makan Pepes Ayam? Sedap kan layan waktu masih panas-panas.
Menu ini sesuai jika nak dijamu sebagai sajian minum petang atau sajian makan malam terutama jika anda tak suka menu berat.
Kalau beli, harganya boleh tahan. Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri guna resipi yang dikongsikan Nur Izzati Zulkifli ini. Tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
Alhamdulillah..pertama kali cube buat pepes ayam..teringin sgt2..menjadi..cukup sume rase..cume cara lipat tu jew..hahahahaa..
Resepi pepes ayam
Bahan-bahan
Isi ayam(blend kering smp lumat)
Telur 2 biji
Bawang merah 5 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 1 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Jintan manis 2 sdb*
Jintan putih 2 sdb*
Ketumbar 2sdb*
Serai 3 batang*
Cili boh 1 senduk
Daun pisang
Garam
Gula
Serbuk perasa
Santan kotak setengah kotak kecik
Isi ayam tu lps blend kering ketepikn bersama telur 2 biji
Kisar semua bahan yang bertanda *
Cara membuat:
1) Panaskn sedikit minyak..masukkn bahan blend(kecuali isi ayam blend dan telur) dgn cili boh 1 senduk..masak sehingga pecah minyak..minyak jgn bnyk yew..agak2 jew..lepastu masukkn santan setengah kotak..
2) Perasakan dgn garam,gula n serbuk perasa
3) Dh masak ketepikn kt dlm bekas sehingga sedikit sejuk
Nak kurus bukan senang. Bukan usaha sehari dua menahan nafsu makan boleh turun berat badan berkilo-kilo sekali gus mencapai berat badan ideal yang diimpikan. Hakikatnya, perlu kesungguhan dan konsisten dalam hal mengawal berdiet. Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Jasli Hasssan ini yang mana suatu ketika dahulu beratnya pernah mencapai 183kg dan kini siapa sangka boleh mencapai berat badan ideal.
Teruja mengetahui apa yang dilakukan hingga berjaya, banyak tip dan info dikongsikan di akaun fbnya dan salah satunya tentang 10 tip cara mengawal nafsu makan. Jom semak untuk dapat dipraktikkan.
Terima kasih kerana sudi membaca Perkongsian saya.
“10 TIPS CARA MENGAWAL NAFSU MAKAN KETIKA SAYA MENURUNKAN 183KG KE 78KG”
Saya tulis berdasarkan hasil pengalaman dan suka duka saya lalui untuk sampai ke tahap hari ini.
1) Baca Doa Sebelum Makan
Nampak simpel mengikut pemerhatian saya dan hasil pengalaman saya antara beberapa kali kita makan jarang-jarang kita baca doa…lagi-lagi kalau berhadapan dengan makanan yang sedap. Cuba berdoa sampai habis lihat makanan dengan ketenangan nak nikmati makanan secara pelahan-lahan. Berdoa menguji kita bersabar dan muhasabah diri ketika berhadapan dengan makanan di samping itu mengajar kita bersyukur. Jangan malu untuk buat perubahan. Sedikit perubahan akan berikan kesan mendalam.
2) Berbisik Dalam Hati
Ramai yang suka berbisik dengan suara hati sesuatu yang negatif lagi-lagi ketika terlihat orang makan yang sedap-sedap..akhirnya muncul lah…”HIDUP INI SEMENTARA RUGI KALAU TAK MAKAN”…Cuba latih, aku makan untuk hidup bukan hidup untuk makan…setkan dalam minda selama bereberapa tahun aku hidup berikan peluang untuk diri aku sendiri membuat perubahan sebelum terlambat…selalunnya bila dah terlambat baru nak berubah makan yang baik-baik. Cuba berkata atau berbisik dalam hati sesuatu yang positif.
3) Mulakan dengan minum air dahulu atau makan buahan dan serat
Zaman nabi dahulu.Mereka mulakan dengan meminum air atau makan dengan buah-buahan atau dengan syuran yang berserat.sebelum menjamah makanan yang berat-berat.Dan berhenti sebelum kenyang..hal ini bila kita makan buahan dan serat dahulu atau dahulukan dengan air…kita dapat stabilkan asid dalam perut dari menganas punca nafsu kita naik macam setahun tak makan.tenangkan fikiran jangan ikutkan hati..Makanan sedap sentiasa ada dan semakin hari semakin banyak menu sedap-sedap…tapi kesihatan sihat sekali sahaja datang kalau dah sakit perlukan masa lama untuk sembuh..
4) Makan perlahan-lahan dengan ketenangan
Dalam sepuluh orang pemerhatian saya di kedai makan. Hanya dua atau seorang yang baca doa dan mula menjamah secara pelahan-lahan menikmati makanan, yang lain kalau order datang lambat siap marah-marah..ada makanan panas pun dia kunyah juga..sebab tu bila dah habis satu pingan makanan pun rasa tak kenyang..penghayatan dan nikmat makanan itu tak ada…makan ikutkan hati yang bertopengkan nafsu makan yang membuak-buak…kawal dan anda boleh cuma hati sentiasa berbisik yang negatif…macam-macam alasan timbul.
5) Jangan terpedaya dengan rupa makanan
Zaman serba canggih ni bukan nafsu makan je membuak-buak hospital pun makin penuh dengan orang sakit.Mana taknya pantang tengok iklan makan yang hebat dan pelbagai kreativiti..Sabar awak jadi pengguna yang bijak dan berilmu jangan ikut nafsu..Orang tua meniaga makin ramai orang makan makin maju perniagaannya…kita nak support bussines diorang boleh cuba makan dengan penuh bijaksanaan….janganlah makan dah lewat malam…bahaya! Kena ingat nafsu tue ego kita…perangai kita…emosi kita…awak tue mastermind untuk seluruh fungsi tubuh awak…dulu saya selalu kata dalam diri saya jauh dah aku berusaha kalau sebab makanan ni aku tewas..memang aku seorang losser..
6) Makan kerap tapi sedikit-sedikit.
Ini paling sikit orang buat…Cuba bertenang sabar dan muhasabah diri…Helloooo makanan dekat malaysia terlebih dan antara negara paling banyak pembuangan sisa makanan.So situ kita dah boleh tahu peratus nak kebuluran tak akan..Cuba latih makan makanan yang sihat.bila kita ambil sedikit-sedikit tapi kerap dapat melatih kita makan ikut kuantiti kecil tapi kerap…berbanding kuantiti besar tapi sedikit lama ia akan jadi saiz yang besar …satu lagi bila kita masukkan makanan kerap dalam perut kita ia dapat mengawal proses kelaparan terlampau kerana ia dapat mengawal keaktifan asid dari menganas…jangan amalkan makan waktu tak betul itulah punca nafsu makan buaya anda timbul….
7) Sentiasa ingat mati
Jangan takut!!!! Mati itu pasti.Cuba makan sesuatu yang sedap itu kita ingat mati.Bila kita ingat mati kita akan lebih bersyukur.Mental kita akan berubah secara Automatik.Selama ini kita makan bukan gunakan akal tapi gunakan Nafsu serakah yang tak tentu pasal rakus meratah makanan…Bila sakit 3 serangkai datang baru sibuk nak cari pemakanan sihatlah…ubah gaya hidup sihatlah..saya dulu hanya asid Refluck je baru kawal makan kaw2..semua sekat minyak.pedas,lemak,masin terlampau…jangan buat sesuatu yang bodoh lagi…cuba jadi seorang yang pandai menikmati makanan dengan cara betul….makan dengan keadaan bersyukur baru kita berjaya kawal nafsu makan..
8) Rancang pemakanan sebelum pergi makan
Latih diri untuk pergi makan di luar latih diri baca menu awal- awal untuk merancang diri ini makan dengan tenang.Bila kita ada perancangan kita akan ada kesabaran sekaligus dapat kawal nafsu pemakanan kita menjadi lebih baik…jangan perut dah lapar sangat baru nak cari kedai makanan..pastu semua ada dalam menu nak order..orang hantar salah order pun balun katanya dah lapar..sebab salah kita sendiri tak rancang masa dan waktu makan dengan betul serta tempat pemilihan makan salah main hentam je….nak latih membuat perubahan memang banyak pengorbanan..tapi demi kebaikan…dulu saya siap tanya awal2 tempat tue makanan macam mana…masakan apa ada….
9) Belajar “THROWBACK” dan “MEMORY RECALL”
Saya dulu bila di uji depan makanan sedap saya mesti terbayang suka duka saya buat senaman macam separuh mati,saya dah korbankan pelbagai untuk sampai ke sesuatu tahap takkan saya nak ikutkan nafsu makan macam-macam hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah. Bila susah juga saya akan Memory recall balik kenapa saya nak berubah bila dah menusuk kalbu baru saya tersedar bertapa jauh lagi perjalanan saya….secara automatik saya akan dapat mengawal nafsu saya…lama kelamaan saya semakin ingat pada matlamat saya.
10) Ikhlaskan hati dan redha.
Sekuat mana pun nafsu makan kita cuba juga hayati cara ikhlaskan hati dan redha.Lama-lama anda perlu juga berubah.sesuatu nikmat yang sedap ini tak kekal lama..dulu saya suka makan nasi lemak paru,mee goreng mamak telur mata dengan ayam goreng…sekejap je sedapnya masuk mulut kunyah telan esoknya jadi najis keluar tapi akibat kita ikutkan nafsu saya di serang sesak nafas teruk dari situ saya mula belajar ikhlaskan hati dan redha..saya setkan dalam minda saya cukupkan saya seksa diri saya dengan makanan…tiba masanya saya buat perubahan..selagi berkesempatan untuk berubah…berubahlah percaya cakap saya bila kita makan ikut nafsu hancur binasa kita….
Dahulu dan kini, cukup berbeza.
Mudahan sedikit perkonsgian pengalaman saya ini dapat berikan kesedaran bahaya kita mengikut nafsu makan kita..janganlah ikut nafsu makan kita..banyak saya terlihat di hospital-hospital terlantar menyesal dengan kehidupan mereka yang terlalu mengikut nafsu ketika makan.
Bila cuaca panas, masa-masa itulah juga tekak kita akan menginginkan sesuatu yang sejuk dan enak untuk diminum atau dimakan.
Membayangkan dapat menikmati puding yang lemak manis dan semestinya sejuk, itu sudah membuatkan kita tidak sabar pula untuk merasainya.
Jadi untuk yang teringin sangat hendak buat puding karamel dengan cara mudah tanpa menggunakan telur, di sini dikongsikan resipinya untuk dicuba.
Puding Karamel versi tanpa telur
Buat dalam bekas macam nie senang bila nak makan. Sedap tulaa makan sejuk-sejuk nie
Resepi..
Untuk caramel
* 1 cawan gula
* 1/2 cawan air
Untuk puding
* Agar-agar serbuk 10g (plain)
* 4 cawan air
* 1 tin susu cair
* 1 1/2 cawan susu pekat (ikut kemanisan tekak masing-masing ya)
* 3 1/2 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanilla
* Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)
Cara memasak..
1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan ya.
2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.
4. Masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dalam agar-agar..Biarkan mendidih.
6. Siap untuk di tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais..
Sedia untuk dinikmati.
Sumber : Fatien Zaini via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.