
Cabaran untuk menurunkan berat badan bagi seorang ibu memang bukan semudah yang dibayangkan. Banyak sangat halangannya, maklumlah hari-hari kita akan berbuka dengan makanan yang sedap-sedap.
Pun begitu, sebenarnya ada cara yang lebih santai dan mudah untuk ibu-ibu amalkan yang juga dapat membantu menurunkan berat badan. Nak tahu bagaimana jom semak perkongsian daripada puan Sumaiyah Abdullah.
RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.
Bahan-bahannya adalah:
2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-caranya adalah :
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya,rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.
3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.
5- Kacau rata, dan siap.
6- Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri.
Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.
Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum.
sumber : Sumaiyah Abdullah
“Mahalnya Harga seorang anak.“ Kes Difteria Meningkat, Doktor Ini Kongsikan langkah pencegahan. Ibu bapa kena Alert ni!

Kejadian kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 21 Februari 2019 lalu mula membangkitkan kembali isu penggunaan vaksin.
Ini kerana mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan dikatakan tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir!
Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari 2019. Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.
Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure.
Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.
Lebih membimbangkan apabila 5 lagi kanak-kanak disyaki positif Difteria kini ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.
Lebih membimbangkan jika jangkitan ini menular dan berjangkit kepada anak-anak lain yang tidak berdosa. Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin ini.
Seorang pakar Otorhinolaryngologi, telinga, hidung dan tekak, Dr Ezairy M.Sallih tampil berkongsi pandangan mengenai hal ini.
Mahalnya Harga Seorang Anak : 5 lagi positif Difteria!
Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan.
Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.
▪️Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara.
1. Cairan pernafasan pesakit
2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit
3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan
▪️Kenal pasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!
1. Sakit pada tekak
2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman
3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya
4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan
5. Bengkak pada kelenjar leher
Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin.
Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.
▪️Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?
1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan
2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher
3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung
Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita.
Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.
Sila #KONGSI nasihat ini jika anda rasa ia amat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorhinolaryngologi
Telinga, hidung & tekak
Ini Cara Berkesan Untuk Ibu-Ibu Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Menyental. Cukup Mudah!

Sekolah bakal bermula tak lama lagi. Akan tiba masanya ibu-ibu terpaksa berhadapan dengan masalah baju putih yang kotor.
Kotoran yang melekat pada pakaian putih terutama baju sekolah anak-anak memang memeningkan kepala para ibu.
Jika sering menggunakan peluntur, warna pada baju itu pudar dan lebih kronik lagi baju mudah reput. Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini?
Jom cuba tip yang mudah ini dengan menggunakan sabun buku sahaja. Tip ini dikongsikan oleh Nasrah Sujangi menerusi Facebooknya.
Maaf ye..ahkak x bukak kedai jual baju sekolah…ahkak cuma nak share tips sket..ni pun tak ingat dapat dlm fb ke..ig..dua tiga kali lalu kat wall teruja lak nak wat eksperimen…maka semalam eksperimen bermula…
1. Beli sabun buku Lux
2. sagat 2 ketul (ni muatan 7kg mesin semi auto utk baju anak2 akak yg 4 org termasuk beberapa helai baju putih abah diooo)
3. masukkan baju2 dlm mesin..buh air..buh sabun lux dah bersagat..pusing la sekali ke 2 kali ke…pastu biarkan terendam satu malam
4. esoknya pusing lagi beberapa kali…
5.hasilnya…alhamdulillah…
Tak Kisah Dipulau & Tak Ada Kawan, Arena Dewi Remaja Kongsi Kisah Adik Autisme, Jadi Sumber Inspirasi Buat Keluarga Anak Istimewa. Salute!

Si gadis 19 tahun ini antara finalis Dewi Remaja 2018/19 kali ini. Biarpun tiada rezeki untuk terpilih sehingga ke top 5, Arena atau nama penuhnya Arena Wan Mun-Yi Iman Wan tetap gembira berada dalam top 12.
Malah, lebih membanggakan apabila dia berjaya meraih Anugerah Dewi Favorite di dalam program berkenaan menerusi undian peminat.
Rupa-rupanya Arena adalah kakak kepada Adam Wan ‘Adam Autism Family’, selain merupakan anak kepada komposer terkenal, Iman Wan.
Menerusi pemerhatian di laman sosial Instagram milik Arena; @arenalieya, gadis yang mahir bermain gamelan, piano, ukulele dan gitar ini cukup rapat dengan adiknya itu. Malah, dia pernah membuat thread berkenaan adik istimewanya itu menerusi laman twitter.
Rata-rata yang membaca thread tersebut menyifatkan ia satu perkongsian yang sangat berinspirasi terutama sekali kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga autisme.
Lahir dalam keluarga campuran Cina (ayah) dan Melayu (ibu), Arena mempunyai adik autistik yang 2 tahun lebih muda daripadanya.
Menerusi thread berkenaan, Arena mengakui cukup gembira waktu kecil dahulu apabila diberitahu bakal mendapat adik. Namun dia kemudiannya mendapat tahu adiknya itu tidak senormal kanak-kanak lain.
Ketika itu usianya baru empat tahun dan belum mengerti apa-apa. baginya, Adam seperti kanak-kanak normal lain. Sehinggalah menginjak ke usia 12 tahun Arena mula terasa kelainan tersebut.
Perangai Tantrum Adam sering menarik perhatian orang ramai ketika keluar bersama keluarga menyebabkan Arena malu. Pandangan orang ramai terhadap keluarga mereka juga membuatkan Arena tidak selesa.
Hampir-hampir kehilangan adiknya di dalam kompleks membeli belah memaksa Arena menjadi penjaga kepada adiknya itu setiap kali mereka keluar bersama. Ini kerana Arena cukup pantas mengejar si adiknya
View this post on InstagramA post shared by Ary 아리나 (@arenalieya) on
View this post on InstagramA post shared by Ary 아리나 (@arenalieya) on
View this post on InstagramA post shared by Ary 아리나 (@arenalieya) on
Sebagai kakak sulung dan mempunyai adik yang istimewa, bukanlah satu hal yang mudah. Sementelah ibu bapa terpaksa memberi tumpuan penuh kepada adiknya itu. Namun Arena memahami akan perkara tersebut.
Sehinggalah usianya 13 tahun, Arena mendapat seorang adik perempuan. Itulah yang dinanti-nantikannya selama ini. Kehadiran adik baru ini membuatkan Arena mengenal erti tanggung jawab.
Biarpun adiknya Adam mula bertindak ganas, namun Arena belajar erti tanggung jawab sebagai kakak sulung. Dalam mententeramkan adiknya itu, kadang kala Arena mengalami kecederaan kecil termasuklah muka dan lengan dicakar dan sebagainya.
Namun, kasih sayang terhadap adiknya itu tetap utuh. Dek kerana itu jugalah dia tidak mempunyai kawan rapat di luar sana. Sementelah masanya banyak dihabiskan di rumah.
Sehinggalah dia menyertai Dewi Remaja dan hampir-hampir melupakan hasrat tersebut apabila Adam tantrum yang sangat teruk. Kisah tersebut dikongsikan oleh ayahnya menerusi instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Iman Wan (@adamsautismfamily) on
Mengakui bukan mudah mempunyai ahli keluarga yang menghadapi autisme. Namun Arena tetap positif dan menjadi kakak yang penyayang dan begitu melindungi adik-adiknya.
Malah Arena bersyukur kerana memiliki adik seperti Adam yang mengajarnya supaya lebih berkeyakinan, sabar serta bersyukur dengan apa yang dia ada selama ini.