Turun Berat Badan 2 Kg Dalam Masa 2 Minggu. Syaratnya Kena Konsisten Minum Jus ni!

Share

Sekiranya mencari tip atau cara nak turunkan berat badan, memang banyak pilihannya. Sama ada dengan senaman, berdiet mahu pun dengan mengamalkan minuman tertentu dikatakan berkesan untuk menurunkan badan seseorang.

Hal yang sama juga telah diamalkan oleh Eyka Myka dengan mengambil minuman jus secara konsisten dan mendapati setelah 2 minggu berat badannya juga turun 2kg. Menariknya, jus yang diamalkan itu boleh dibuat sendiri dengan menggabungkan 4 bahan utama.

Nak tahu apakah itu? Jom semak perkongsiannya.


“Done buat jamu kurus badan. Kalau konsisten 2minggu boleh turun 1.5kg/2kg”– Eyka Myka

Bahan-bahan:

Halia ( besar tapak tangan )
Bawang putih ( 2labu )
Lemon ( 1biji sederhana )
Madu ( untuk maniskan sedikit jamu- 10 sudu )

Cara penyediaan:

1. Kupaskan kulit bawang putih , halia dan lemon just buang yang hitam2 sikit2 tu if ada.

 

2. Potong kecil kecil , masukkan dalam blender .

3. Masukkan air dalam blender sama banyak dengan isi .

4. Blender lama lama , biar betul betul halus.  Bila dah nampak halus , tambah secawan air lagi dalam blender , dan continue blender.

5. Sediakan periuk, dan masukkan yang dah diblender tadi.. masak biar naik buih2.. bila naik buih2 masukkan secawan air kosong.

6. Tutup api dan tapiskan dalam bekas .

7. Pati nya jangan amik ya. Buang je, amik airnya saja.

8. lepas siap ditapis, tutup biar sejuk sebentar. Lepas sejuk, masukkan dalam peti ais, if tak masukkan pun xpe.

Cara minum :

2 sudu pagi ( 7/8pagi )
2 sudu malam ( 10/11malam )

Minum selepas 30minit /1 jam selepas makan

** madu letak selepas ditapis

DARI XL KE M

“Baju hijau tu Raya aidilfitri 2018. Baju purple tu Raya aidiladha 2018. Dulu nak pakai jubah/baju kurung mesti kena saiz XL. saiz bawah dari XL memang tak masuk. Ketat kat bahagian pinggang. Terkejut bila tadi boleh muat saiz M. Betul orang kata, berat takpenting , yang penting inchloss. Masa raya tu dagu nampak berisi lagi..sekarang dagu nampak kecik runcing.”

Sumber : Eyka Myka via MAHN