Umum mengetahui jenama mak-mak Tupperware Brands diisytihar bankrap menyebabkan ramai peminat jenama ini kecewa.
Ada yang sanggup menyimpan jenama ini kerana bakal menjadi barang rare. Rentetan daripada berita itu, baru-baru ini tular apabila Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut membeli barang jenama.
Siapa sangka rupanya baginda merupakan salah seorang peminat jenama yang popular dalam kalangan mak-mak,
Muat naik video yang dikongsi oleh seorang peniaga yang juga stokis Tupperware, memaparkan keterujaan Tunku Azizah ketika memborong barangan bekas plastik jenama itu di TikTok.
Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka Tunku Azizah mencemar duli singgah ke reruai miliknya dan beramah mesra seperti pelanggan yang lain.
“Rupanya Tuanku Ampuan Azizah juga sangat sukakan Tupperware!
“Tiba-tiba, booth kami menjadi tumpuan ramai semalam apabila Tuanku sudi mencemar duli shopping sakan di booth kami,” tulisnya.
Dalam video itu, kelihatan Tunku Azizah tekun memilih beberapa barangan seperti set bekas makanan, botol air dan beberapa set lain.
“Saya memang suka. Saya memang sedih dengar ia tutup,” kata baginda sambil membelek beberapa barangan untuk diborong.
Lebih menghiburkan, baginda juga sempat menjenguk dan menyelak kain alas meja reruai berkenaan untuk melihat stok barangan lain yang disimpan.
@norqasehazrul Rupanya Tuanku Ampuan Azizah juga sangat sukakan Tupperware! Tiba-tiba, booth kami menjadi tumpuan ramai semalam apabila Tuanku sudi mencemar duli bershopping sakan di booth kami. Berdebor, ketor, bagaikan hilang kata-kata. Risau tersalah cakap, atau terlanggar adab dan sebagainya. Maklumlah kali pertama dapat pengalaman yang amat mengujakan ni. Memang Tuanku sangat sporting. Sangat berjiwa rakyat. Peramah dan paling saya kagum, sikap penyayangnya pada semua. Alhamdulillah. Semoga Tuanku kesayangan ramai ini, sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Aamiin.. #fyp #fypシ #tunkuampuanazizah #tuankupermaisuripahang #majliskeraianrakyatpahang #highlight #follower #doorgift #hamper #tupperwaretemerloh #tupperwarekuantan #tupperwarepahang #komunititupperware ♬ original sound – Nor Qaseh Azrul
NETIZEN TERHIBUR TENGOK REAKSI TENGKU MAHKOTA PAHANG MELIHAT BONDA BORONG TUPPERWARE
Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian adalah reaksi anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga membuatkan netizen terhibur. Mana taknya reaksi netizen mengaitkannya dengan gelagat anak-anak memerhati para ibu mereka ketika membeli-belah barangan kesukaan mereka. Begitu juga dengan Tengku Mahkota Pahang melihat bondanya yang gembira borong bekas popular di kalangan mak-mak.
Bukan itu sahaja, netizen turut kagum dengan sikap Tunku Azizah yang dilihat amat merendah diri dan berjiwa rakyat.
Sumber: Tiktok @norqasehazrul