“Tunggu Ibu Yang Nak, Di Syurga.” Meruntun Jiwa Luahan Ibu Anak 9 Bulan Didakwa Lemas Dalam Baldi.

Share

Berita duka di pagi Jumaat. Seluruh warganet mendapat berita pemergian seorang bayi yang baru berusia sembilan bulan yang maut dipercayai lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Jalan Kebun, Shah Alam, tengah hari semalam.

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat tubuh kecil anak yang selama ini lincah  dan gelagat yang mencuit hati, tetapi sekelip mata, hilang padangan mata dan kaku tanpa nafas meninggalkan alam fana menuju ke alam abadi.

Menurut laporan, tragedi menyedihkan ini, berlaku apabila mangsa, Abdul Rayyan Mijan, ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh penjaga taska berkenaan, selepas didapati tiada di dalam bilik.

Kejadian berlaku, dipercayai setelah pengasuh dikatakan lupa untuk menutup pintu bilik air sebelum mangsa dipercayai merangkak masuk ke bilik air berkenaan.

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Mangsa seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik HTAR untuk dibedah siasat dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun, petang semalam.

Ahli sukarelawan sebak menguruskan jenazah 

Sementara itu, melalui perkongsian Unit Khas Van Jenazah menceritakan suasana pilu ketika jenazah dimandikan. Lebih meruntun jiwa melihat seorang ibu menangisi pemergian anak yang masih bayi.

Suasana suram menyelubungi semua unit sukarelawan ketika menguruskan jenazah bayi berusia 8 bulan tadi.Rasa sayu,sedih apabila melihat jenazah bayi itu didepan mata dengan kesan jahitan hasil dari proses bedah siasat.

Apabila jenazah dibuka untuk dimandi,unit sukarelawan masing masing tergamam melihat antara satu sama lain.ada yang menahan air mata kerana si ibu menangis sambil berulang kali menyebut ” rayyan tunggu ibu disyurga”,”tunggu ibu ye nak disyurga”.

“Tunggu ibu ye nak, disyurga”.

Ada diantara unit sukarelawan yang menekup muka seperti tidak sanggup melihat situasi antara si ibu dan anak.tiada ungkapan sesuai boleh diungkap melainkan SEBAK!

Kebumi jenazah secara percuma

Menurut perkongsian Unit Khas Van Jenazah ini lagi, urusan kebumi jenazah bayi berkeaan dilakukan secara percuma tanpa bayaran. Tambahan pula, ibu bayi adalah adalah ibu tunggal. 

Pada masa yang sama, pihak mereka mengharapkan keadilan dengan kecuaian oleh pihak pengurusan taska.

Kes kematian bayi yang diuruskan oleh pihak unit khas van jenazah telah pun dalam siasatan pihak polis.kami sendiri berharap KEADILAN dapat ditegakkan jika berlaku faktor kecuaian dari pihak pusat penjagaan kanak kanak itu.

Tindakan paling tegas wajar dikenakan bukan sahaja kepada pengasuh tetapi kepada pemilik pusat penjagaan kanak kanak tempat bayi ini mati.”

Ini juga melibatkan NYAWA ANAK ANAK & KEPERCAYAAN ibu bapa lain yang mempunyai anak anak dipusat penjagaan itu.jangan hanya kerana memandang duit orang lain yang perlu menanggung kesedihan!

Oleh kerana si ibu adalah dari golongan ibu tunggal unit kami memikul segala amanah yang terletak diatas bahu untuk membantu.”

Amanah yang diberi kepada unit sukarelawan unit khas van jenazah telah ditunaikan sebaik mungkin.dari khidmat mandi,kafan,solat jenazah sehingga bacaan talqin dilaksanakan sendiri oleh unit sukarelawan tanpa sebarang bayaran!

 

Sumber: Berita Harian dan Unit Khas Van Jenazah