Sebelum ini, pelakon, Rita Rudaini mendedahkan bahawa anak sulungnya, Airit Rayyan sedang dalam proses menghafaz kitab suci, Al-Quran.
Terbaru, Rita dilihat memuat naik sebuah video di mana dia sedang menunggu kedua-dua anak lelakinya di masjid tatkala mereka sedang menunaikan solat Jumaat.
“Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak-anak. Mommy tuggu kamu dalam kereta. Tugas mommy untuk anak-anak lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri. Doakan mommy sihat selalu.” tulisnya di ruangan komen.
Menurut Rita, video tersebut sengaja dirakam untuk dijadikan kenangan buat anak-anaknya nanti. Sebagai ibu tunggal, Rita berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membawa anak-anak menunaikan solat Jumaat di masjid. Ujar Rita lagi, dia mohon kepada Allah agar diberi kesihatan yang baik supaya dapat membesarkan anak-anak.
@ritrud727 #Repost ♬ original sound – Rita Rudaini
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat pengorbanan Rita dalam mendidik anak-anak. Bagi mereka, bukan senang untuk seorang ibu tunggal membesarkan dua orang anak lelaki tanpa kehadiran suami di sisi.
Sumber: Rita Rudaini