Ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anaknya untuk dipelihara oleh keluarga angkat. Pasti ada rasa rindu bertandang di hati apatah lagi andai terpisah dek jarak dan waktu hingga 50 tahun lamanya.
Sungguh ia bukanlah suatu tempuh yang singkat bagi seorang ibu menanggung rasa rindu pada anak yang pernah dikandungnya selama 9 bulan 10 hari. Begitu juga buat adik beradik yang lain, pasti suatu hari berharap dapat dipertemukan semula di dalam sebuah keluarga yang lengkap.
Ini seperti mana kisah seorang abang berbangsa Cina telah berjaya menjejaki adik perempuannya yang dijaga oleh keluarga angkat berbangsa Melayu. Adik beradik ini terpisah sejak lebih 50 tahun lalu.
Memetik laporan berita Sinar Harian, pertemuan istimewa antara Ling Kok Ong, 66 yang ditemani isterinya, Josephine Ng, 62, dan Hamsiah Mohamad, 58, berlaku di kedai makan yang diusahakan Hamsiah di Taman Tasek, Bukit Payong, di sini kira-kira jam 10 pagi.
Menurut Josephine, usaha mencari adik iparnya itu dilakukan bagi mengeratkan semula hubungan antara mereka yang terpisah sejak Hamsiah dilahirkan.
“Walaupun terpisah, kami semua sentiasa mengingati Hamsiah lebih-lebih lagi ibunya. Ibu Hamsiah ada menyebut teringin sangat bertemu dia sebelum menutup mata.
“Sebab itulah saya dan suami datang dari Singapura ke Terengganu untuk menjejakinya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.
Pertemuan itu diaturkan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah.
Ads
Difahamkan, Hamsiah yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik diserahkan kepada pasangan suami isteri Melayu ketika dilahirkan untuk dijadikan anak angkat memandangkan pasangan itu masih belum dikurniakan anak ketika mereka tinggal di Bukit Besi, Dungun.
Mengimbau usaha menjejaki Hamsiah, Josephine berkata, dia dan suami telah ke Bukit Besi dua minggu lalu (17 Ogos) namun hampa kerana diberitahu keluarga angkat Hamsiah sudah berpindah dan bapa angkatnya pula sudah meninggal dunia.
Katanya, mujurlah mereka berdua bertemu Wan Mohd Rosli yang turut meminta bantuan Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun untuk menjejaki keluarga itu kerana ada dalam kalangan ahlinya mengenali anak saudara Hamsiah.
“Daripada perantaraan anak saudara Hamsiah, kami dibawa ke Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk bertemu dia hari ini (Ahad),” katanya yang akan kembali semula untuk membawa bersama ibu mereka bertemu Hamsiah.
Tunai Permintaan Ibu
Sementara itu, Kok Ong yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik berkata, dia amat bersyukur dan gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan adiknya itu.
“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan ibu kami untuk menjejaki Hamsiah di Malaysia.
Ads
“Sudah lama kami berharap untuk bertemu dia dan kali ini harapan itu menjadi kenyataan,” katanya.
Berkongsi perasaan gembira, Hamsiah berkata, dia tidak menyangka akhirnya dapat bertemu dengan adik-beradik kandungnya yang terpisah sejak kecil.
Dia mengetahui dirinya merupakan anak angkat ketika berusia 15 tahun.
“Walaupun selama ini saya dijaga keluarga angkat, mereka melayani saya sama seperti adik-beradik yang lain. Saya membesar dan dijaga dengan baik.
“Saya bersyukur kerana akhirnya ditemukan kembali dengan adik beradik kandung. Bersyukur sangat kerana saya memiliki keluarga yang besar,” ujarnya yang mempunyai dua anak.
Bila teringin nak makan sesuatu, beli sikit pun jadilah untuk lepaskan rasa kempunan nak makan tu! Misalnya seperti seorang isteri ini yang gemar makan ketam, dia membeli hanya seekor ketam di sebuah pasaraya dan perbuatannya yang hanya membeli seekor sahaja itu mengundang tawa abang penimbang pasaraya tersebut.
Sebaik pulang, isterinya menceritakan kembali kepada suaminya yang juga pemilik akaun Tiktok @m.rafisan, namun sang suami bukan bersimpati malah turut tertawakan isterinya dek kerana kisah yang diceritakan itu.
Nak beli banyak tapi risau tak habis, nak tak nak terpaksa membeli seekor sahaja!
Jodoh, ajal maut, rezeki semuanya ketentuan dariNya. Ada orang rezekinya sentiasa murah, dikurniakan keluarga yang bahagia, kerja yang bagus. Ada orang sebaliknya, Itulah kehidupan dan segalanya sudah tertulis olehNya. Kita sebagai hamba harus reda dan terima segalanya dengan rela hati.
Demikian antara inti pati perkongsian oleh saudari Izyan Izdihar Shaarani menerusi laman facebooknya. Moga bermanfaat untuk kita semua!
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki.. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?.
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu allah.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki. Dan rezeki itu hak allah. Yakin. Yakin. Yakin.
Jangan runsingkan kerja allah. Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.
Jangan runsing belum ketemu jodoh jangan ribut belum ada zuriat jangan sedih hanya kerana beranak sorang jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.
Masa depan kita sentiasa di ‘tangan’ allah. Dan allah itu adil. Setiap orang akan dapat apa yang allah kata dia layak dapat.
Pendek kata allah ada. Jangan takut…
Allah sentiasa bersama kita…
Aamiin…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebaik anak masuk ke dunia persekolahan, banyak perkara yang anak-anak perlu menghafal. Tidak terkecuali anak-anak perlu menghafal beberapa surah seperti yang diarahkan oleh guru setiap minggu.
Bukan mudah anak hendak menghafal namun ini tip yang dikongsikan oleh Pn Hanis Athirah Rusli bagi memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak.
1. Niat dan doa kepada Allah semoga dipermudahkan kita mendidik anak dan semoga mendapat keredhaan Allah sentiasa. Doa yang dipanjatkan bukan satu perkara sampingan tapi antara tunjang kekuatan untuk anak kita berjaya menghafaz Al Quran.
2. Wujudkan suasana menghafal yang konsisten, sekejap pun tak mengapa. Kalau boleh tiap-tiap hari sentiasa konsisten. Otak anak seperti span yang mudah menyerap, ulang dan ulang setiap hari.
3. Bila sudah cuba, tapi anak masih lagi tak dapat-dapat, jangan putus asa. Usaha lagi dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita dalam menghafal surah dalam Al Quran. Perkara baik, yakinlah bahawa Allah akan berikan pertolongan.
4. Ulang secara santai bacaan surah anak. Semasa mereka bermain boleh, semasa jalan-jalan hirup udara segar dengan mereka pun boleh. Tidak ada jalan pintas, yang penting ulang banyak kali. Saya juga suka selitkan penceritaan kepada anak-anak. Barulah mereka faham dengan lebih mendalam apa yang mereka baca dan hafal.
5. Pasang audio Al Quran di rumah semasa anak berada dalam keadaan yang tenang. Boleh juga selang selikan dengan bacaan doa dan zikir. Boleh juga guna headphone untuk menambah keterujaan sambil mereka bertambah fokus anak untuk mendengar bacaan surah.
6. Tasmik dalam keadaan anak dan diri kita berada dalam keadaan tenang. Memarahi atau membentak langsung tidak membantu tapi dapat memalapkan terus niat mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran. Sebagai contoh, boleh lakukan dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi. Anak-anak lebih tenang dan fokus serta tiada medium lain yang boleh mengalih perhatian mereka.
7. Dalam kelancaran anak untuk menghafal, rendahkan expectation dan kurangkan perbandingan. Tanam dalam minda, setiap anak berbeza progress masing-masing. Fokus kelebihan mereka bukan kelemahan. Yang penting nilaikan proses bukan hasilnya.
8. Banyakkan bersabar. Menegur boleh tetapi gunakan suara yang tenang saja. Jangan masukkan emosi sehingga menengking anak. Ambil masa, tegur secara berulang dengan sabar lebih baik insyaAllah lebih berkesan. Tunjukkan cara bacaan yang betul, biar anak nampak mulut kita untuk sebutan huruf yang tepat.
9. Tidur adalah satu aktiviti yang kita lakukan setiap hari dan dalam sehari kita semua akan menghabiskan satu pertiga masa dengan tidur. Buat persediaan sebelum tidur, jadikan rutin mengalunkan ayat suci Al Quran sebelum tidur. InsyaAllah, bila dah menjadi kebiasaaan anak akan mudah mengingati surah lazim yang dibaca bersama.
10. Jaga pemakanan anak-anak dan pastikan mereka makan dari sumber rezeki yang halal. Elakkan makan ringan dan amalkan banyak makanan sunnah seperti madu, kurma, delima dan sebagainya.
Tak perlu rushing sangat untuk hafal semua surah, relaks-relaks janji usaha untuk praktiikan selalu. Yang seronok, bukan anak je boleh menghafal, kita pun boleh.
Yang baik itu datang daripada Allah, yang tidak baik itu adalah atas kesilapan dan kekhilafan saya sendiri. Maaf yaa atas yang kurang. Semoga bermanfaat insyaAllah.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.