Berjauhan dengan anak-anak dan keluarga untuk tempoh yang agak lama pastinya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Perasaan gusar, bimbang dan sedih semuanya bercampur baur di fikiran dan emosi.
Begitu juga halnya bagi Ustazah Asma dan suami, saat terpaksa berjauhan dengan tujuh orang anak-anaknya bagi menunaikan ibadah haji baru-baru ini. Pastinya rasa yang sama juga turut dirasai oleh ibu ayah yang lain setiap kali mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan.
Berkongsi tentang hal itu, Ustazah Asma menulis coretan di akaun facebook miliknya yang turut mengakui sepanjang menunaikan Haji sentiasa teringat anak-anaknya.
“SubhanAllah, setiap hari saya dan en suami di Tanah Suci sentiasa teringatkan anak-anak. Tak pernah berhenti fikir dan doakan mereka dari jauh, begitulah perasaan Ibu Bapa.”
Kebiasaan soalan yang saya terima, bila ustazah di Tanah Suci dalam tempoh yang lama, anak di rumah siapa jaga?
Alhamdulillah, sungguh Allah memudahkan bab pengurusan anak-anak sepanjang ketiadaan kami melalui staf-staf yang baik hati, sangat cekap menyusun jadual. Allahu Akbar.
Ads
Sejujurnya bukan tidak mahu hantar anak-anak pada keluarga di kampung, apabila bersama keluarga lebih selamat. Namun, anak-anak terikat dengan jadual persekolahan, maka mereka diuruskan dengan baik oleh tim.
Semua ini amat menenangkan hati kami sebagai Ibu Bapa yang jauh atas urusan ibadah. Mereka bergilir sediakan makan minum, ada yang tolong masak, hantar ke sekolah, tasmik bacaan/hafazan Al-Quran, dan lain-lain.
Pada hakikatnya mungkin mencabar untuk menguruskan 7 orang anak-anak, 5 bersekolah harian dan 2 orang di asrama, namun mereka sentiasa membantu dalam pemantauan aktiviti seharian sepanjang ketiadaan kami berdua. Masya Allah rindu yang tidak tertahan, InsyaAllah tidak lama lagi Umi Abi pulang ya, anak-anak semua.
Terima kasih setulus hati buat semua staff atas pengorbanan masa, tenaga dan kesudian melayan anak-anak kami seperti anak-anak saudara sendiri. Allah SWT sahaja sebaik-baik pemberi balasan atas keikhlasan kalian membantu kami sepanjang ketiadaan kami hampir sebulan lamanya, kurniaan terindah dari Allah memiliki kalian dalam keluarga Hijrah ini.
Ads
InsyaAllah, mohon doakan ya agar urusan pulang kami ke Malaysia nanti dipermudahkan dan berjalan lancar.
Sumber : Asma’ binti Harun
Dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk Perjilid Exclusive dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 dengan klik DI SINI
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di sebalik kegembiraan anak-anak dapat pakaian baru, beg sekolah, kasut dan sebagainya ketika melangkah ke sekolah, namun ada lagi insan yang serba kekurangan. Jangankan nak beli yang baru, yang lama pun terpaksa dikongsi.
Tetapi niat untuk belajar dan menimba ilmu tetap ada dan itu yang patut dipuji dan dijadikan contoh buat anak-anak yang lain.
Seorang guru menerusi catatannya berkongsi pengalaman seorang pelajar yang berkongsi kasut dan seluar milik abangnya kerana tidak mampu beli yang baru.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan menerusi facebook Mohd Nasir Mohd Zain yang juga merupakan seorang guru.
Mengalir air mata bila lihat ada lg yg dhaif. Lihat dari jauh kenapa budak ni jalan tak amgkat kaki.. dan tangan pegang seluar.. bila panggil dan pergi dekat..tanya dia awat tak angkat kaki : kasut besar ustaz kasut sape ni: kasut abg sek men
awat pegang seluar: takut terjatuh seluar abg
emosiku dijentik pg ni..
Kasut dan seluar pakai milik abg yang dah ke sek men. Kita bawa dia ronda2 dan belikn semua baru.
Ada nampak keceriaan diwajah.
Azam 2019
Membahagiakn seramai mungkin orang.
Itu antara catatan yang dimuat naik guru ini. Rata-rata yang membaca mengakui cukup tersentuh hati dengan sikap prihatin guru berkenaan yang membantu budak ini untuk menceriakan zaman persekolahannya.
Menjadi ketua keluarga bukanlah tugas yang mudah. Lelaki sebagai ketua rumah tangga perlu tunjukkan teladan yang baik terhadap anggota keluarga.
Bergelar suami atau ayah tentu ada cabarannya. Biarpun diuji, namun perlu kuat semangat dan emosi untuk memastikan keluarga mendapat kehidupan yang sempurna.
Begitulah luahan hati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kerja kebajikkannya.
Setiap kali menghadapi halangan hidup, sentiasa memberi motivasi dalam diri bahawa dirinya perlu kuat demi keluarga.
Pesanan ayahnya juga sentiasa menjadi pendoman untuk teruskan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan kerja kebajikannya.
_____________________
Pohon doakan buat ayah saya yer.. I love you bapak. I love you. Dapat solat dengan ayah nikmat sangat besar. Saya kata ayah boleh solat atas katil jer. Katil ni boleh naikkan sikit. Dia kata saya nak solat atas kerusi. Beginilah kami semenjak saya kecil. Rindu nak peluk bercakap dan nak tengok ayah sihat.
Ayah saya ni pendiam orangnya. Jarang bercakap tapi penyayang sangat. Walau muka serius. Ingat lagi tengah duduk rumah ayah bawa balik kereta mainan bentuk mercedes. Kereta control. Saya masa tu happy sangat. Berlari-lari saya. Kadang bila beli durian. Ayah beli satu guni. Masa kecil kami tunggu ayah buka durian. Rindu masa tu. Dan kadang beli ayamas. Makan bersama. Benarlah saat bersama keluarga walau sekejap ialah anugerah Allah terindah hidup ini. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
AYAH KUAT DEMI KELUARGA.
Dulu masa remaja saya ke luar negara belajar. Setiap 2 hari tulis surat pada ayah. Arwah Mak kata setiap malam ayah ambil surat tu dan baca.
Bila saya tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah sakit. Dengan dapat cium tangan ayah jer dah rasa semangat dalam hidup. Nikmat cium tangan ayah. Sentuhannya. Jawabnya saya kan ‘ayah’.
PERANAN SEBAGAI AYAH
Sekarang bila dah jadi ayah. Baru saya tahu maksud perkataan itu. Menjadi ayah ini nikmat dan tanggungjawab. Saat kita diuji. Saya selalu cakap dengan syukur saya kena kuat saya kan ayah. Saya kan suami. Saya kan hamba Allah. Dia pilih saya dari 12 tahun untuk kerja khidmat ini. Inilah takdir hidup saya. Saya tidak akan berhenti kerana selepas dunia ini ada kehidupan akhirat. Selamanya. Kita dibalas atas setiap apa kita lakukan didunia.
Ya Allah berilah kekuatan dan semangat pada ayah. Kekuatan pada kami. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah. Benarlah kaulah pemilik dunia dan segalanya. Tidak akan menimpa apapun dalam hidup kami melainkan apa yang kau tentukan.
Sumber: Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jamal Abdillah umum jantina, nama anak ke tujuh, bakal lahir Januari 2025. Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah berkongsi jantina anak kelima yang bakal dilahirkan pada Januari 2025.
Jamal Abdillah Umum Jantina, Nama Anak Ke Tujuh, Bakal Lahir Januari 2025
Bayi itu adalah hasil perkahwinan dengan isteri, Datin Zai Izzati. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali berkata, bayi yang dijangka lahir pada awal Januari tahun 2025 adalah perempuan.
Pasangan itu sudah memilih nama untuk bakal cahaya mata mereka. Jangkaan lahir pada 7 Januari 2025. Nama anak kelima ini singkat sahaja iaitu Magdalena Yamani.
Dalam pada itu, disoal adakah merancang untuk memiliki zuriat lagi pada masa akan datang, pelantun lagu Azura yang kini berusia 65 tahun itu mengakui bahawa dia berserah kepada rezeki Allah.
“Kalau boleh nak 10 orang anak, apa pun berserah dan bergantung dengan rezeki Allah,” kata Jamal.
Sementara itu, Izzati berkata, segala persiapan sudah dilakukan dan mengakui teruja menyambut kelahiran anaknya.
Empat anak Jamal bersama Zai Izzati (dari kiri), Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani.
Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap. Baju dan keperluan dah buat. Sebab dijangka tidak lama lagi.
Dah masuk anak kelima pada saya semuanya semakin mudah, kalau barang lama yang boleh pakai akan diguna semula.
Untuk info, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 201. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...