Cukup menyentuh hati membaca satu perkongsian di laman facebook semalam, di mana seorang lelaki kelainan upaya dilihat sedang menjual minyak angin.

Beberapa keping gambar lelaki OKU ini kemudiannya di muat naik oleh individu yang dikenali sebagai Suid Abdul,ketika lelaki  OKU tersebut sedang menjual minyak angin di Pantai Murni, Yan, Kedah.

Biarpun dalam keadaan sukar untuk berjalan, lelaki itu masih gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupannya.

‘Tumpang Kawan Berniaga.” Lumpuh Dari Pinggang Ke Bawah, Lelaki OKU Ni Merangkak Jual Minyak Angin. Sebaknya!

‘Tumpang Kawan Berniaga.” Lumpuh Dari Pinggang Ke Bawah, Lelaki OKU Ni Merangkak Jual Minyak Angin. Sebaknya!

‘Tumpang Kawan Berniaga.” Lumpuh Dari Pinggang Ke Bawah, Lelaki OKU Ni Merangkak Jual Minyak Angin. Sebaknya!

Tumpang kawan datang meniaga

Ads

Lebih menyentuh hati, lelaki itu dikatakan berasal dari Jitra, Kedah dan datang ke Pantai Murni dengan menumpang kawan semata-mata untuk berniaga. Sejak lahir lagi lelaki ini berkeadaan sedemikian dan hanya merangkak jika mahu ke mana-mana tempat.

Lumpuh dari pinggang ke kaki

Menerusi komen itu juga, Suid memberitahu bahawa lelaki yang dijumpainya itu mengalami lumpuh dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Kesukarannya untuk bergerak membataskan perjalanan yang boleh dibuat untuk berniaga minyak angin.

‘Tumpang Kawan Berniaga.” Lumpuh Dari Pinggang Ke Bawah, Lelaki OKU Ni Merangkak Jual Minyak Angin. Sebaknya!

Bantu cari rezeki

Sehubungan dengan itu, dia menyeru agar sesiapa yang berada di sekitar kawasan Pantai Murni agar sama-sama meringankan beban lelaki tersebut dengan membeli minyak angin yang dijual. Semoga ia sedikit sebanyak membantunya dalam mencari rezeki halal.

Ads

Ramlahdollah Noxxa Assalam..tolong dptkn no contact (akn dirahsiakan) dan no akaun. Sy akn cuba viralkn. Die ada usaha, semoga Allah permudahkan.

Nour Hidayu Rahamat nak bantu, tp sy di kajang… sy pn nk num acc, bantu mana yg boleh…

Idrul Fitri Alhmdllh..walaupun begini masih berusaha mencari rezki. Ni sihat tubuh badan.minta sedekah.. Semoga sahabat kita tabag mengharungi liku2 hidup.semoga sihat sentiasa

Ads

Sathia Silan Selamat Ptg En.Mohon pm saya num tel dan acc dia…boleh?Saya pun nak support bisnes dia dan pada masa yg sama ingin memberikan sumbangan pada dia.Terima kasih pada En kerana prihatin dan viralkan pasal abg itu.Semoga tuhan memberkati En diatas usaha dan keinginan utk membantu.

Faiz Razali Suid Abdul jauhny dia dok kt kg naga jitra nu…

Suid Abdul Faiz Razali ya2..tumpang jiran mai sini..stg jiran dia mai ambik

Faiz Razali Suid Abdul dia kata dia tmpang jiran…mai..ksian kt dia…lumpuh dari pnggang ke bwah…

Sumber : Suid Abdul

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI