Membaca petikan berita dari BERNAMA ini pasti sahaja kita sebagai rakyat Malaysia turut tumpang berasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada wira kita Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara tiga doktor terbaik dunia.
Betapa kita bukanlah daripada negara maju namun berjaya menangani wabak Covid-19, musuh halimunan yang digeruni jauh lebih baik daripada negara-negara kuasa besar dunia yang lainnya.
Dalam laman webnya semalam, CGTN menyatakan ia “menobatkan” Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus terang dan tenang dalam mengendalikan wabak COVID-19 di Malaysia.
Manakala memetik berita di Astro Awani, Datuk Dr Noor Hisham menerima pujian masyarakat kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai berhubung penularan COVID-19.
Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ads
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Ads
Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Ads
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Siapa tak terpikat dan jatuh hati bila dilayan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, hati mereka lebih murah terpaut dan melekat kepada individu yang berjaya menawan hati mereka.
Agaknya itulah yang memikat hati Maryam, anak kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar yang dilihat sangat mesra dengan ibu tirinya, Fazeera Nazri Azrai.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian di Tiktok boleh dilihat bagaimana akrabnya hubungan mereka. Malah Maryam begitu menyayangi adiknya, Wan Khaleeda.
Fazeera kelihatan sangat lembut dan sabar melayan kerenah anak sulung Fizo itu ketika menjaga puterinya, Wan Khaleeda.
Dalam perkongsian tersebut, Fazeera sempat meluahkan rasa syukurnya melihat kedua-dua puterinya saling menyayangi antara satu sama lain.
“Umi sangat happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila,” tulisnya.
Umum tahu, Maryam merupakan anak sulung Fizo hasil perkongsian daripada perkahwinannya bersama bekas isteri, Mawar Karim.
Melihat keakrabannya menjaga Maryam dengan penuh kasih sayang, rata-rata warganet memuji sikap Fareeza yang melayan anak tirinya itu seperti anak kandungnya sendiri.
“Nampak macam Maryam pulak anak kandung dia. Muka nak sama.
“Kalau semua mak tiri macam ni, mesti aman dunia. Baik je umi.
“Kalaulah mak tiri dalam dunia ni macam ni. Tapi saya tak dapat pun macam ni. Lagi dia buat saya kena buang dengan ayah sendiri adalah. – Komen salah seorang netizen.
@iamfizoomarumi sgt happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila2. ❤️
Mewujudkan rumah yang selesa untuk dihuni bukan sahaja menitik beratkan adanya ruangan yang luas dengan menepati konsep dekorasi sebagaimana yang diidamkan.
Pun begitu mungkin ada yang terlepas pandang dalam mewujudkan keselesaan, perlu mewujudkan ruang untuk tetamu.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa ini yang juga merupakan Pereka Hiasan Dalaman dan penulis buku. Jom semak apa katanya.
Bagaimana ruang tetamu yang sesuai untuk rumah orang Islam?
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga.Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang”
Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.
Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
Mungkin boleh buat begini:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).
Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga. Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.
Selalunya kalau masak sesuatu yang perlu dihancurkan bahannya, anda guna lesung batu atau pengisar? Contoh paling senang, sambal belacan.
Kalau depan mak mertua, tertib je guna batu lesung, tapi kalau kat rumah nak cepat main humban je bahannya dalam blender. Ye lah nak senang dan cepat kan!
Tapi… Perasan tak, walaupun kedua-dua ni tujuannya sama iaitu menjadikan bahan itu hancur, tapi hasilnya berbeza. Tumbuk batu lesung lagi sedap berbanding blend bahan-bahan.
Sampai suami pernah tanya, ” kenapa sayang buat sambal kat rumah mak lagi sedap dari yang kat rumah?” Alamakkkk!
Nak tahu sebabnya? Jom ambil tahu jawapannya dari sudut saintifik oleh petugas makmal, Mohd Azizul Osman ini!
LESUNG BATU VS BLENDER
Smlm wife request nasi goreng pedas.. So, pagi ni pongpang2 la menumbuk cabai memecah keheningan pagi.. Sekadar nk berkongsi pendapat trhadap persoalan kenapa x blend jer pakai blender, kan senang? Senang tp xpower.. Xdak flying kick or sepak terajangnya.
Dulu kat lab bacteriology, aku guna pestle & mortar utk keluarkan intracellular bacteria such as Brucella or Coxiella burnettii dr dlm tissue sample. Sekarang di lab Virology pun masih guna pestle & mortar utk isolate viruses..
Bahan yang ditumbuk teradun dengan sempurna
Sama la juga utk keluarkan segala komponen dlm cell cabai n bawang..unsur2 spt cellulose microfibrils, hemicellulose, pectin, lignin, soluble protein dan lain2 akan keluar dgn sempurna..
Sementelahan capsaicin (8-methyl-N-vanillyl-6-nonenamide) dlm cabai yg sgt berkhasiat akan teradun dgn sempurna.. Ianya tak berlaku sepenuhnya dgn blender sebab blender just akan mince atau cut into small pieces jer..
So, gunalah lesung batu utk lebih sedap n lebih memikat isteri.. Tu jer nk kongsi..
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...