Bagai pinang di belah dua, itu yang boleh diungkapkan pada pasangan sama cantik sama padan ini.
Biarpun perbezaan usia 10 tahun antara mereka, namun jodoh menyatukan pasangan Elly Mazlein dan suaminya Mohammad Azlan Che Noh.
Pasangan ini diijabkabulkan semalam dalam satu majlis sederhana namun meriah. Pasangan ini berbalas hantaran di mana pihak lelaki menyerahkan lima dulang dan dibalas 7 oleh pihak perempuan.
Hampir setahun Elly Mazlein merahsiakan identiti suaminya itu sehinggakan ramai tertanya-tanya bagaimana pasangan ini dapat berkenalan. Akhirnya dalam majlis berinai, buat pertama kalinya wajah kesayangan pelakon drama Kampung People ini dimuatnaik menerusi media sosial milik Elly.
Mengulas dakwaan ‘sembunyikan’ bakal suami dari muncul di mana-mana majlis mahupun memuatnaik wajah bakal imamnya di media sosial, ini jawapan Elly Mazlein.
Sebenarnya bukan Kak Lina nak menyorok. Tak manis untuk heboh-hebohkan, cukup Kak Lina beritahu peminat. Sebab peminat selalu doakan Kak Lina bertemu jodoh dan Alhamdulillah bertemu jodoh, dan kami pun berkenalan. Cuma Kak Lina nak beritahu ke peminat yang Kak Lina ada someone supaya peminat Kak Lina tak risau sangat.
Lagipun cikgu tak biasa. Dia perlukan masa, takkan Kak Lina nak paksa cikgu. Cuma Kak Lina masukkan dalam IG tu untuk beritahu ke peminat yang Kak Lina sedang kenal sekarang ini. Sebab saya sangat berbangga bersuamikan seorang cikgu. Sebab kita semua ini belajar di sekolah dengan cikgu. So, pekerjaan sebagai pendidik tu membuatkan saya bangga berkahwin dengan seorang cikgu. Ditanya akan keistimewaa Elly, akui Azlan yang cukup mesra dipanggil Papa Awan Nano, dia terpikat kerana kelembutan Elly.
“Kelembutannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa.
“Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya selepas diijabkabulkan semalam.
Pasangan mempelai diraikan dengan majlis bertemakan Bagai Bulan Di Pagar Bintang yang telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur malam tadi.
Sementara itu, Azlan memberitahu perkenalan mereka bermula di sebuah majlis akikah anak rakannya. Bermula dengan menulis nombor telefon di atas sekeping kertas membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.
“Perkenalan kami semasa majlis aqiqah kawan saya. Kebetulan isteri kepada kawan saya itu berkawan dengan Elly Mazlein. Kat situ saya macam kenal dengan wajah Elly Mazlein. Kebetulan saya memang minat dia, disebabkan saya tiada ‘name card’ jadi saya tulis nombor telefon atas kertas kosong dan bagi pada dia. Saya tunggu dengan penuh kesabaran untuk dia mesej saya.
Sebenarnya ambil masa juga sebab dia tak mesej. Tetapi saya tak putus asa, saya call kawan saya itu, then kawan saya call Elly. daripada situ start kami mesej dan berhubung. Alhamdullillah, bila dah cakap di telefon macam kita dah kenal lama. Hampir 2-3 jam kita bercakap, dari situ kami mula serius,’ ujar Azlan yang mengakui tidak menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini.
“Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon. “Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” katanya lagi. Pasangan ini merancang untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin serta bakal berbulan madu ke London pada Mac ini.
Sumber: FB OHBULAN! & iamellymazlein