Banyak kelebihan dalam bersedekah ini, bahkan dalam Islam juga turut menitikberatkan soal sedekah. Semakin banyak seseorang itu bersedekah, semakin luaslah rezeki untuk kita.
Pernah tak anda mendengar atau membuat sedekah subuh? Ia dilakukan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau pada masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh.
Banyak ganjaran yang kita boleh peroleh asalkan ikhlas dan istiqamah dalam melakukannya. Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Allah kabulkan.
Perkongsian dari puan Dzuriasikim Dzulkifli ini boleh dijadikan panduan. Moga bermanfaat!
.
1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi.
2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan kepada anak yatim, orang yang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak untuk menerima sumbangan. Mungkin saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan. (Nanti, ingatkan saya untuk menulis apakah kebaikan bersedekah kepada mereka yang di dalam kesusahan ini).
3. Waktu tiap kali menderma ke “Tabung Subuh” tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira (elevated emotion). Kemudian, ucapkan alhamdulillah penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, ALLAH Maha Mendengar.
Yakinlah bahwa ganjaran dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka-sangka (oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta dari pelbagai pintu dan arah. Yakin juga bahawa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni (Maha Kaya) dan Al Mughni (Maha Pemilik Kekayaan).
4. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau. Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau.
.
Dalam sebuah hadits Nabi ﷺ menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
5. TULIS NAMA PADA TABUNG
Tulis nama pada tabung ini adalah sebagai affirmation kita nak komited dengan amalan mulia ini. Supaya kita rajin dan harus buat setiap hari. Kalau boleh tabung kita tu buat cantik-cantik sikit atau guna tin atau bekas yang cantik. Agar kita sendiri rasa seronok dan tak sabar nak menderma untuk keesokan hari pula. Anda tahu tak, bila buat begini kita juga akan secara tidak sengaja akan rajin untuk bangun solat Subuh di awal waktu.
.
6. TABUNG SUBUH BUAT ANAK-ANAK
Kalau anak-anak kita diberikan kefahaman untuk bersedekah dan memilik Tabung Subuh masing-masing lagi baik. Mudah-mudahan ada keajaiban buat anak-anak juga Allah beri nanti.😀👍
.
POTONGAN AYAT AL-QURAN – Surah Ali Imran Ayat 133-134
133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club