Selepas tular mengenai isu ‘Abang Bas’, satu lagi akaun Tiktok telah berjaya menarik perhatian netizen apabila individu tersebut menggunakan anaknya yang masih bawah umur sebagai konten.

Selepas isu ‘abang bas’ Media sosial sekali kecoh apa bila seorang wanita telah menggunakan anaknya untuk membuat konten POV suami isteri di platform TikTok.

Tular Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’

Ads

Menerusi tinjauan ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.

Meskipun mempunyai pertalian darah namun netizen beranggapan wanita tersebut tidak sepatutnya menjadikan anaknya itu sebagai satu bahan kandungan media sosial.

Ads

Netizen juga meminta wanita berkenaan untuk menghentikan kandungan sebegitu sebelum perkara tak diingini berlaku.

Ads

Malah akaun TikTok tersebut juga sudah menjadi bahan perbualan netizen di platfrom X sehingga ada juga meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri untuk meneliti konten yang dikongsikan individu tersebut.

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI