
Tukar video mengenai seorang anak perempuan sedang meluahkan rasa tidak puas hati kepada bapanya.
Dia kelihatan sedang duduk di atas kerusi sambil berkata-kata dengan yakin kepada ayahnya (dalam bahasa mandarin).
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dengan nada sedih, anak perempuan ini berkata dirinya penat aoabila asyik disuruh belajar namun tidak mempunyai masa untuk bermain. Meminta supaya ibu bapanya memahami perasaannya yang memerlukan masa bermain.
Selain kata-kata luahan perasaan itu, intonasi percakapaan anak perempuan itu turut meraih perhatian wargamaya
Kata-katanya disampaikan dengan penuh yakin dan ada ‘point’ membuatkan ramai yang kagum. Ada yang mengatakan anak perempuan itu seorang yang pintar dan bakal bergelar peguam.
Malah ada yang memuji bahawa ia merupakan contoh perbualan yang baik antara ayah dan anak.
Tidak diketahui tujuan sebenar video berkenaan dirakam, namun ia menjelaskan bahawa zaman kanak-kanak adalah masa yang indah untuk dinikmati seperti bermain bersama rakan-rakan yang akan dikenang apabila dewasa nanti.
Semoga video ini menjadi iktibar buat semua.
VIDEO PERBUALAN ANAK PEREMPUAN DENGAN AYAH
UNDANG SEBANG WARGAMA MAYA
Sumber: Today Online
:
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Pandainya Kakak” Nampak Simple Pujian Ni, Tapi Sebenarnya Toksik! Ubah Cara Puji Anak

Selalunya kalau anak membuat sesuatu yang membanggakan, mesti kita kan beri pujian. Betul tak? Contohnya, “Bijaknya kakak!”
Tapi siapa sangka, pujian seperti ini merupakan jenis pujian yang toksik. Seperti yang dikongsikan dari tweet yang dibuat oleh Psikologis Akif Basri, pujian sebegitu boleh menyebabkan anak kurang keyakinan untuk buat silap dan lebih tinggi anxiety.
Melalui perkongsian ilmu dari Puan Wawa Shauqi pula, ayat pujian perlu diubah menjadi lebih diskriptif iaitu menghuraikan usaha yang anak lakukan. Jom baca penjelasan seperti di bawah dengan lebih lanjut.
SEPATUTNYA PERLU DIPUJI PROSES ATAU USAHA ANAK BUAT
Siapa sangka, pujian seperti, “pandainya kakak”, “bijak anak mama ni” boleh jadi pujian yang TOKSIK. Terkejut juga masa awal-awal belajar dulu.
Baca tweet dari Psikologis Akif Basri ni. Kita akan faham kenapa.
PUJIAN SEBEGITU MEMBERI 3 IMPAK NEGATIF TERHADAP MINDSET ANAK
Cara pujian macam dekat atas tu, memberi 3 impak negatif terhadap mindset anak. Mereka membesar dengan sangkaan bahawa:
1. Pandai itu bakat. Tak pandai tu nasib. Sedangkan tak pandai boleh jadi pandai melalui usaha.
2. Anak lebih concern untuk dilihat pandai. Sampai sanggup menipu atau tindas orang lain.
3. Susah nak mengakui kesilapan.
IA DIGELAR SEBAGAI ‘FIXED MINDSET’
Mindset ini disebut sebagai ‘fixed mindset’.
Anak akan mudah down bila gagal capai sesuatu. Paling tak best, ada yang sanggup tipu/ tiru dalam exam, asalkan skor.
Kalau anak yang bernasib baik pulak, risau-risau akan timbul sifat diva dalam diri. Selalu merasa dirinya lebih baik. Dan tak suka bila kawan lain lebih dari dia.
TUKAR AYAT PUJIAN SEPERTI MENERANGKAN USAHA YANG ANAK LAKUKAN
Cuba tukar pujian tu jadi lebih diskriptif. Kita tak label ‘pandai’, atau ‘bagus’. Tapi kita describe USAHA yang anak dah buat.
- “Asbab dari kakak banyak habiskan masa study sebelum exam, Allah izinkan result exam akak cemerlang macam ni.”
- “Mama tengok, sejak abang banyam melukis ni, lukisan abang makin kemas. Pilihan warna pun makin cantik.”
- “Mama tengok, sejak adik kerap bantu mama, makin cekap adik buat kerja. Basuh pinggan akin bersih. Lipat kain makin kemas.”
Pujian-pujian diskriptif ni membentuk ‘growth mindset’ dalam diri anak-anak. Anak yang ada ‘growth mindset’, memahami bahawa:
- Kesilapan boleh diperbaiki. Malah ia adalah peluang untuk belajar.
- Gagal bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kurang berusaha.
- Gagal tak bermakna kita perlu berhenti berusaha. Tapi perlu cari jalan dan usahakan cara lain.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi via sirap limau
Ibu Ayah Jangan Paksa Anak Untuk Jadi Itu Dan Ini, Nanti Buruk Padahnya!

Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak-anak yang cerdik pandai sehingga memaksa anak-anaka belajar dan memberi tekanan kepada anak tanpa disedari. Jika keputusan peperiksaan merosot, pasti dibebelkan.
Tanpa mereka sedari bahawa setiap anak itu perkembangannya berbeza-beza. Oleh kerana setiap kali diberi tekanan, ada yang mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah. Mereka tidak dapat meluahkan kepada ibu bapa yang terlampau menaruh kepercayaan tinggi buat dirinya untuk menjadi kebanggaan keluarga.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang pegawai kaunseling yang pernah mengendalikan kes remaja yang mengalami tekanan akibat desakan ibu bapa. Melalui laman facebooknya Afandy Bin Sutrisno Tanjung memberikan pendapatnya mengenai hal ini. Semoga bermanfaat perkongsian ini.
_________________________________________________________________
Jangan paksa anak! Bacalah dengan hati yang terbuka wahai yang bergelar ayah dan ibu. Dah baca jangan lupa sampaikan pada pasangan anda. Kisah ini umum dan sepanjang saya menjadi Pegawai Psikologi/Kaunselor bila melibatkan isu “KERJAYA”, anak yang menjadi “mangsa”. Saya percaya semua orang inginkan anak yang baik, cerdik, cerdas, serta soleh dan solehah. Namun perlu diingat amatlah menyedihkan apabila anak menjadi mangsa keinginan ibu bapa.
Bagi ayah dan ibu di luar sana yang jenis memaksa anak untuk menjadi seperti anda atau apa yang anda inginkan? Tahukah bahawa anak anda akan menangis sepuas-puasnya bila mereka diminta untuk menzahirkan perasaan mereka ketika diberi peluang? (ada yang meraung dan menangis hingga tidak cukup nafas, Allahu.. Saya yang “menghadap” situasi ini berasa teramat sedih dan pilu melihatnya….
ANAK BERPURA-PURA SENYUM TETAPI SEDANG MENGALAMI TEKANAN PERASAAN
Tahukah ibu bapa yang anak anda mungkin berpura-pura senyum dan bila ditanya mereka menjawab ok ayah, ok mak, jangan risau.. Semuanya ok.. Tapi bila bila tidak bersama anda, mereka menangis semahu-mahunya…? Sampai ada yang menangis sambil menyebut bait-bait doa “Ya Allah….. Tolong aku…. Aku dah tak tahan….. Allah…..”
Saya dapat rasakan yang anak-anak ini seolah-olah menanggung “tekanan demi tekanan terhadap perasaannya”… Depan ibu dan ayah mereka mengukir senyum dan ketawa, tapi dibelakang mereka menangis/meraung semahunya… Allahu..
Ini antara jawapan biasa yang ibu bapa berikan bila ditanya apa yang mereka mahukan dari anak mereka:
“Saya ingin anak saya jadi doktor! Boleh tolong rawat orang di samping kalau saya sakit nanti, bolehlah dia merawat saya pula. Saya akan pastikan walau apa sekalipun dia menjadi doktor!”
“Saya ingin anak saya jadi cikgu! Jadi cikgu senang sikit.. Tak macam kerja lain. Lagi satu, jadi cikgu ni cuti banyak!” sambil tersengeh
Ada pula yang cakap begini,
“Saya ingin anak saya jadi ustaz atau ustazah! Saya nak dia hafal Quran. Encik pun tahu kan bila ada salah seorang dalam keluarga kita yang hafiz Quran, mereka boleh beri syafaat kepada kita di akhirat nanti.
Apa yang saya dapati ibu bapa ini telah “imposed” nilai dan apa yang mereka hendak terhadap anak mereka. Dengan erti kata lain, ibu bapa ini seolah-olah memaksa anak-anak mereka agar menjadi seperti apa yang mereka inginkan!
Yang paling menyedihkan ada ibu bapa yang menyatakan,
“masa saya muda-muda dulu saya tak dapat nak buat, jadi biarlah dia ini yang lakukan (sambil menunjuk kepada anaknya).
Hati kecil saya berkata, ” adakah ibu bapa ini sedar bahawa kepandaian atau intelektual seseorang itu berbeza? apatah lagi bila anak itu telah berumur 14 atau 15 tahun dipaksa untuk jadi itu dan ini seperti yang mereka inginkan! (anak tu dah jadi buluh dah!). Kalau salah caranya konflik lain pula yang akan timbul!
ANTARA KES:
Kes= Depression.
Tahukah ibu ayah, apabila anak ini dirujuk atas sebab stress dan depression. Tidak mahu bercakap dan suka bersendirian. Di belakang ibu dan ayah, mereka sanggup menampar pipi serta menumbuk-numbuk badan dan dada mereka sendiri, sambil menjerit ” kenapa ayah dan mak nak paksa saya jadi apa yang dia nak?! Kenapa saya dibebankan dengan cita-cita mereka! Saya tak mampu! Saya benci ayah dan mak saya! Allahu.. Sayu bila dengar tangisan ini.
Kes= stress/Depression
“Saya dah cuba hafal, tapi saya tak boleh, orang lain dah alih ke surah yang baru, saya belum lagi, ustaz suka marah dan perli2 saya! Saya taknak sekolah tu…kenapa paksa-paksa saya..” sambil menangis… Cukup sebak mendengarnya..
Kes= Lari dari rumah.
“Ayah dan mak nak hantar saya ke sekolah tahfiz, tapi saya tak suka hafal.. Bukan saya tak suka Islam, sy solat 5 waktu cukup… Tapi saya taknk ke sekolah tahfiz… Tolong saya abang (panggilan terhadapku)” ….. Sambil menangis…
Tahukah wahai ayah dan ibu… Bila kita memaksa anak untuk jadi apa yang kita hendak, tanpa melihat faktor lain seperti tahap kecerdasan, emosi dan aptitude (bakat semula jadi) mereka, itu maknanya kita sedang mengorbankan jiwa yang tidak berdosa..
Anak2 ini akhirnya mengalami stress, anxiety dan depression yang berterusan jika ia tidak mampu menghadapi seperti apa yg diharapkan. Apatah lagi jika anak telah menjadi “buluh”, bukan mudah bagi mereka utk “adapt” dengan “arahan” demi arahan oleh ibu bapa terhadap mereka.
Sebenarnya, ada tips untuk Ibu bapa untuk membentuk anak agar menjadi seperti yang kita harap dan inginkan.
1) Tanamkan dalam diri anak kita tentang apa yang kita inginkan sedari anak itu masih bayi lagi. Maksud di sini ialah berdoalah. Doa anda sebagai ibu bapa terhadap anaknya. Bukankah doa ibu untuk anaknya tiada hijab?
2) Bercakap dengan bayi anda sedari kecil. Nampak remeh. Takkan nak bercakap kat budak kecil yang tak tahu apa2. Anda silap! Pada fasa ini otak mereka pesat berkembang dan akan “absorb” apa sahaja yang mereka dengar dan perhatikan! Jika baik yang anda cakap, maka baiklah yang dia dengar.
“Never underestimate your baby!“
3) Kalau beli permainan, belikan permainan yang berkaitan dengan jenis pekerjaan yang kita inginkan. Misalnya nak anak jadi doktor, belikan mainan doktor-doktor, selalu cerita tentang kelebihan doktor. Begitu juga kalau nak jadi penghafaz quran, sedari bayi lagi perdengarkan quran, sembang quran dan banyakkan perkara yg berkaitan dengan quran.
4) Tidak memaksa. Adalah normal bagi kanak-kanak bila ditanya “adik nak jadi apa bila besar nanti?” dan ia menjawab, “adik nak jadi superman”. Jangan marahkan dia! Sewaktu kanak-kanak lah imaginasi mereka sedang pesat terbentuk. Fasa ini penting dalam membentuk pandangan mereka terhadap sesuatu. Jika dilekehkan, ini dapat menjejaskan self-esteem anak tersebut. Jadi pemalu, pasif dan tidak suka bergaul.
5) Ahli keluarga yang supportive. Bahasa mudahnya ialah dorongan keluarga, iaitu mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. Biasanya kecemerlanagn seseorang itu berkait rapat dengan ikatan emosi kekeluargaan yang bahagia.
6) Jangan sesekali membanding-bandingkan anak-anak kerana perbandingan itu boleh memberi luka yang parah pada emosi. Lagipun perlu sedar bahawa kemampuan setiap anak adalah berbeza.
Pesanan: share sahaja kalau rasa info ini berguna juga untuk orang lain. ?
Semoga bermanfaat.
AFANDY BIN SUTRISNO TANJUNG
Pegawai Psikologi
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sumber: Afandy Bin Sutrisno Tanjung
Nestlé Tawar Hadiah PS5 Menerusi Peraduan Beraktif Bersama Keluarga

Seronoknya dapat keluar membeli- belah bersama keluarga tersayang. Sekian lama berada di rumah, inilah kesempatan yang ada untuk keluar jalan-jalan kan.
Sambil itu, jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan Beli dan Menang anjuran Nestlé di Lotus’s. Pertandingan yang bermula 4 November sehingga 31 Disember 2021 menyediakan hadiah menarik untuk anda dan keluarga berupa 670 unit Touch ‘n Go pin dan juga 10 unit PS5.Caranya cukup mudah. Langkah pertama, anda hanya perlu membeli barangan Nestlé bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit di Lotus’s. Langkah kedua, WhatsApp nama, nombor kad pengenalan, gambar resit ke nombor 0182406228. Pemenang yang dipilih bakal membawa pulang Touch ‘n Go pin yang bernilai RM100.
Bagi yang ingin memenangi hadiah PS5, langkah pertama, anda hanya perlu membeli barangan Nestlé bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit di Lotus’s. Langkah kedua, tangkap gambar atau video anda dan ahli keluarga mengambil bahagian dalam aktiviti kreatif menggunakan produk Nestlé. Sebagai contoh, Selfie bersama keluarga dan produk Nestlé dengan cara yang paling kreatif.
Langkah ketiga, muat naik gambar atau video tersebut ke Facebook/ Instagram lengkap dengan kepsyen dan #beraktifdenganNestlé. Pastikan profil Facebook/ Instagram anda dalam status publik. Langkah keempat, WhatsApp nama, nombor kad pengenalan, gambar resit ke nombor 0182406228.
Penyertaan paling kreatif akan memenangi PS5. Selain itu, peraduan ini juga tidak terhad kepada ahli keluarga sahaja, sebaliknya terbuka kepada semua.
Jangan tunggu lagi, jom sertai sekarang peraduan Beraktif Bersama Keluarga dan Nestlé serta menangi hadiah yang ditawarkan. Cepat sebelum kehabisan!
Untuk keterangan lanjut boleh layari: https://www.dearnestle.com.my/beraktif-bersama-keluarga