Tular Video Chef Basuh Nasi Tengah Ditanak, Ahli Kimia Ni Jelaskan Manfaat Tapis Air Rebusan Beras Yang Ramai Tak Tahu!

Share

Tular baru-baru ini sebuah l video masakan seorang chef dari BBC Food gara-gara membasuh nasi yang sedang ditanak dengan air paip. Rata-rata memebri komen tindakan chef tersebut dan mengatakan cara tersebut salah.

Seorang ahli kimia iaitu Dr Che Puteh Osman menerusi laman Twitter berkongsi mengenai nutrisi dan teknik itu sebenarnya adalah cara yang betul dan sihat.


Menurut  Dr Che Puteh lagi, proses membuang air rebusan nasi membantu menyingkirkan sebahagian kanji di dalam beras.

Dia juga turut orang ramai agar terbuka dalam menerima serta mengaplikasikan teknik atau kaedah terbaru yang berbeza.


 Kenyataan  ini turut disokong oleh myHealth.

Dalam perkongsian di laman facebook ada menyatakan indeks glisemik (IG) merupakan penanda berapa cepat sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan gula dalam darah seseorang selepas makanan itu dimakan.

Amalan pengambilan makanan rendah IG merupakan salah satu cara untuk mengawal paras gula dalam darah selain mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG. Makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG. Makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG.

Justeru, pengambilan makanan rendah IG merupakan  satu cara mengawal paras gula dalam darah selain mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.