Tular baru-baru ini sebuah l video masakan seorang chef dari BBC Food gara-gara membasuh nasi yang sedang ditanak dengan air paip. Rata-rata memebri komen tindakan chef tersebut dan mengatakan cara tersebut salah.
Seorang ahli kimia iaitu Dr Che Puteh Osman menerusi laman Twitter berkongsi mengenai nutrisi dan teknik itu sebenarnya adalah cara yang betul dan sihat.
Saya agak tertinggal isu beras yang dimasak dan direbus sebelum ditapis, dan dibasuh dengan air sejuk. Ramai orang mengkritik cara chef tersebut, tanpa mereka sedar kaedah tersebut sama seperti pembuatan parboiled rice, sejenis beras rendah kanji dan rendah indeks glisemik.
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) July 27, 2020
Beras mempunyai kanji amylopectin dan amylose. Amylopectin adalah beratus unit glukosa yang diikat dengan ikatan alfa glukosidik pada lokasi 1->4 dan akan membentuk ranting pada setiap 25 unit glukosa dengan ikatan 1->6. Amylopectin lebih mudah dicerna berbanding amylose
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) July 27, 2020
Amylose pula hanya diikat dengan ikatan glikosidik alfa pada lokai 1->4. Ia lebih sukar dicerna enzim amylase. Jadi, beras tinggi kandungan amylose akan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Beras tinggi amylopectin akan lebih mudah dicerna dan lebih tinggi indeks glisemik

Menurut Dr Che Puteh lagi, proses membuang air rebusan nasi membantu menyingkirkan sebahagian kanji di dalam beras.
Dia juga turut orang ramai agar terbuka dalam menerima serta mengaplikasikan teknik atau kaedah terbaru yang berbeza.
Apabila beras direbus dan air rebusan dibuang, kita membuang sebahagian kanji. Proses membasuh dengan air sejuk untuk menggalakkan retrogradasi dalam proses pengelatinan kanji. Hasilnya beras, lebih berbutir dan tidak melekit.
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) July 27, 2020
Orang kata lain padang, lain belalang. Maka kita raikan perbezaan dan belajar kaedah baru. Mungkin anda ingin mencuba untuk menghasilkan nasi seperti di hotel-hotel terkemuka.
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) July 27, 2020
Kenyataan ini turut disokong oleh myHealth.
Dalam perkongsian di laman facebook ada menyatakan indeks glisemik (IG) merupakan penanda berapa cepat sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan gula dalam darah seseorang selepas makanan itu dimakan.
Amalan pengambilan makanan rendah IG merupakan salah satu cara untuk mengawal paras gula dalam darah selain mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
Makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG. Makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG. Makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG.
Justeru, pengambilan makanan rendah IG merupakan satu cara mengawal paras gula dalam darah selain mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.