Tular di media sosial sebuah video menyentuh hati memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang lumpuh separuh badan berjalan dengan penuh semangat dan laju, hingga meraih perhatian ramai.

Video yang dikongsikan oleh Faizal Rambli itu membuatkan ramai kagum dan sebak melihat kecekalan anaknya yang tetap ceria dan kuat walaupun diuji dengan masalah kesihatan.

Tular Video Anak Perempuan Lumpuh Separuh Badan Bergerak Laju, Kecekalan Raih Perhatian Ramai Tular Video Anak Perempuan Lumpuh Separuh Badan Bergerak Laju, Kecekalan Raih Perhatian Ramai

Difahamkan, anak perempuannya itu tidak boleh berjalan seperti kanak-kanak lain kerana lumpuh separuh badan dan turut menghadapi masalah buah pinggang.

Ads

Bapa kepada si kecil ini yang menetap di Sarawak turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya, yang kini murid Tahun Satu, sangat bertuah dikelilingi rakan-rakan sekolah yang prihatin dan sanggup membantunya bergerak ke sana sini menggunakan kerusi roda.

“Tak Perlu Sumbangan, Cukuplah Sekadar Doa Buat Anak Saya”

Tular Video Anak Perempuan Lumpuh Separuh Badan Bergerak Laju, Kecekalan Raih Perhatian Ramai

Ads

Menurut Faizal, ramai yang tersentuh hati dengan perkongsiannya hingga ada yang menawarkan sumbangan, duit raya dan mencadangkan rawatan alternatif buat anaknya. Namun dia dengan rendah hati menolak dengan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua.

Katanya lagi, video tersebut sekadar perkongsian peribadi untuk dijadikan kenangan bersama anaknya, dan cukuplah sekadar doa orang ramai agar anaknya terus kuat dan dipermudahkan urusan kesembuhan.

Ads

Tular Video Anak Perempuan Lumpuh Separuh Badan Bergerak Laju, Kecekalan Raih Perhatian Ramai

Sumber: Faizal Rambli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI