Tular Polis Tertidur, Nabila Huda-“Sibuklah Nak Record, Nak Post, Nak Viral, Nak Viewers.. Mana Adab?”

Share

Zaman sosial media sekarang ni, semua benda nak dimuat naik. Tak kira lah benda yang positif atau negatif, dah menjadi kebiasaan pula orang ramai nak kongsikan.

Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, sebuah rakaman video memaparkan seorang anggota polis trafik yang seolah-olah mengantuk dan kelihatan terhuyung-hayang di tepi jalan ketika menjalankan tugas menjaga lalu lintas.

Perkara ini sekali gus membuatkan orang awam bimbang dengan tindakannya yang boleh mengundang bahaya dan mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon, Nabila Huda.

Nabila yang juga anak kepada penyanyi, Amy Search tampil meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah netizen yang semakin kurang sensitif.

Nabila turut mempersoalkan ke mana perginya adab dan rasa simpati individu yang menyebarkan video tersebut sehingga tular demi meraih viewers di ruangan komen.

“Ni la masalahnya..Semua benda nak di record tanpa izin pastu post kat social media..kan lebih baik berhenti tepi,pergi lah tanya tuan tu ok ke tak,offer dia air ke,tanya if he need food ke or help..ini sibukkkkkkkkkk lahhh nak record, nak post, nak viral, nak viewers..mana adab? Mana rasa simpati ? Memang suka eh post untuk kasi orang ketawa..you think this is funny ?” tulisnya di Instagram Xtra.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah telah mengesahkan kejadian terbabit berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.

Malah, pihak mereka juga mengambil tindakan untuk meneliti tahap kesihatan anggota trafik tersebut.

Meninjau komen lain di perkongsian tersebut, rata-rata turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang merekod kejadian tersebut. Malah, ada yang membayangkan jika orang tua mereka di situasi sebegitu.

Sumber : Instagram Xtra