Tular klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial didakwa berkaitan kejadian serangan asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, 5 Mei lalu.
Klip rakaman CCTV berdurasi 56 saat itu dikesan mulai ditularkan oleh beberapa pemilik akaun laman X, hari ini.
Dalam klip rakaman kelihatan seorang lelaki disyaki penyerang dalam kejadian itu bersembunyi di belakang sebuah kenderaan di tempat parkir kenderaan sebuah bangunan.
Kemudian kelihatan kelibat seorang lelaki dipercayai Faisal sedang berjalan diekori seorang wanita di belakang dipercayai isterinya menuju ke arah sebuah kereta.
Lelaki yang bersembunyi di belakang kenderaan itu kemudian keluar dari belakang kenderaan dan mengekori lelaki dipercayai Faisal sebelum menyimbah sesuatu ke arahnya sebanyak dua kali.
Lelaki dipercayai Faisal cuba mengelak daripada terkena simbahan sebelum dilihat lari dari tempat kejadian untuk menyelamatkan diri.
Penyerang yang bertopi dan berpelitup muka itu kemudian melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang siap sedia menunggunya tidak jauh dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, buat masa ini BH sedang menunggu pengesahan daripada polis berkenaan kesahihan klip rakaman CCTV berkenaan.
Pada 5 Mei lalu, negara digemparkan dengan insiden simbah asid membabitkan Faisal menyebabkan tonggak utama Harimau Malaya berusia 26 tahun itu cedera melecur tahap empat.
Ads
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang itu didalangi dua individu bermotosikal.
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan lapan kesan cap di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan Faisal Halim, namun hanya tiga cap jari sahaja cukup sifatnya.
Kes simbah asid Faisal Halim: Hanya 3 cap jari cukup sifat – Razarudin#BHNasional Siasatan dalam sistem pangkalan data mendapati tiada padanan dengan cap jari cukup sifat itu.https://t.co/ZlqPKeeISg
Menurutnya, hasil lapan cap jari yang dianalisa itu, limanya tidak cukup sifat manakala tiga lagi cukup sifat.
Bagaimanapun semakan dalam sistem pangkalan data mendapati tidak timbul padanan dengan cap jari cukup sifat itu.
BH sebelum ini melaporkan polis sedang menganalisa cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim.
Ads
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata hasil semakan CCTV di sekitar pusat beli belah didapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan atau tempat sehingga meninggalkan cap jari.
PDRM baru-baru ini turut mengedarkan satu lakaran fotofit suspek yang dikenal pasti memakai topi celoreng tentera dan pelitup muka bercorak ketika kejadian.
Selain itu, suspek dianggarkan berusia 30 tahun, berketinggian 165 sentimeter (sm) dengan saiz susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.
Kebiasaannya pada hari raya, pasti juadah yang sama akan dihidangkan oleh setiap rumah. Ianya merupakan makanan tradisi yang menjadi kegemaran setiap golongan.
Mana tidaknya, juadah-juadah ini walaupun dimakan di setiap rumah yang dikunjungi namun tetap punyai keistimewaan tersendiri. Orang kata, air tangan si pembuatnya itu yang istimewa.
Oleh yang demikian, apa kata bagi memberikan sedikit kelainan pada hidangan anda pada Hari Raya ini, anda jamu tetamu dengan minuman yang sangat istimewa. Caranya sangat mudah tapi sangat sedap. Seperti anda menikmatinya di restoran ternama.
Di sini kami senaraikan 4 minuman istimewa yang boleh anda buat di hari raya nanti.
SODA BANDUNG
Air bandung dengan Raya memang tak dapat dipisahkan. Kalini kita buat resepi twist, ada air soda. Rasa lemak lemak!
BAHAN-BAHAN:
1.65L air aiskrim soda
500ml kordial sirap ros
700ml susu cair
Secubit garam
Ais batu
Cara :
Tuangkan air aiskrim soda ke dalam jag.
Kacaukan air aiskrim soda yang didalam jag untuk bebaskan sedikit gas.
Masukkan sedikit garam ke dalam air aiskrim soda untuk kurangkan asid dan buatkan sirap bandung lebih berlemak.
Masukkan kordial sirap ros ke dalam jag. Kacau hingga sebati.
Akhirnya, masukkan susu cair ke dalam jag sambil kacau air perlahan-lahan supaya air tidak berkeladak.
LAICI LEMONADE
Buah laici yang manis dipadankan pula dengan perahan lemon dan daun pudina yang menyegarkan, boleh melegakan tekak dan menyejukkan badan setelah penat beraya di Aidilfitri.
Bahan-bahan:
5 biji buah laici
Daun pudina
½ lemon (diperah)
Hirisan lemon
½ air soda
Ais
Air gula (optional)
Cara :
Masukkan laici, daun pudina yang dikoyak kasar dan perahan air lemon
Masukkan air soda dan ais
Sedia dihidang
SODA KELAPA PUDINA
Minuman klasik yang diberikan nafas segar dengan tambahan pudina dan soda yang menyegarkan. Sesuai untuk dijadikan minuman wajib dihidang di hari perayaan.
Bahan-bahan:
½ cawan air kelapa
½ cawan sparkling water
Daun pudina segar
Hirisan lemon
Ais
Air gula (optional)
Cara :
Campurkan air kelapa dan sparkling/soda.
Masukkan perahan air lemon & limau
Kemudian racik kasar daun pudina dengan tangan
Tambah air gula ikut selera
Masukkan ais
Sedia dihidang
SIRAP SUSU THAI
Rupanya sahaja seakan-akan bandung, tapi rasanya jauh lebih sedap dan berlemak! SIrap susu ni bandung versi Thailand yang confirm jadi kegemaran keluarga. Wajib cuba!
Bahan-bahan:
5 sudu Sala’s syrup
4 sudu kecil susu pekat
200 ml susu full cream
Ais
CARA:
Campur sirap dengan susu pekat dalam cawan. Kacau sebati
Tuang campuran kedalam gelas berisi ais dan tuang susu krim penuh
Kata orang terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak perbuatan buruk padahnya.
Itulah yang berlaku kepada seorang Tiktoker yang dengan tidak berfikir panjang telah membuat konten yang mendapat kecaman netizen kerana menjatuhkan maruah TLDM.
Segalanya bermulanya apabila beliau telah berkongsi ruang dan keadaan dalam kapal TLDM bersempena dengan Hari Terbuka Armada yang membolehkan orang awam masuk ke dalam kapal perang TLDM.
Walau bagaimanapun, tindakannya yang berlakon seolah kentut pada kapal mikrofon TLDM pada bilik kawalan utama demi konten itu telah membuat para netizen kurang senang.
Meskipun sekadar lakonan, tindakan yang dilakukan bukan sahaja menjatuhkan maruah TLDM malah menjatuhkan maruah diri beliau sendiri. Lebih ironi, terdapat warga TLDM yang dilihat turut berlakon menjayakan konten beliau.
Perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian Facebook Malaysia Military Power yang turut mengecam tindakan wanita ini yang popular dengan menghasilkan konten yang aneh.
Selain itu, seorang pesara Tentera menerusi TikTok @fakhrintokai turut mengakui terkejut melihat tindakan wanita ini yang seolah menghina para tentera.
“Dia ini orang awam, dia mengambil kesempatan kerana di luar sana ramai yang tidak suka pada askar dan kita tidak menafikan. Jadi, dia memang menunggu peluang seperti ini untuk menghina tentera.
“Yang menyedihkan, ada anggota tentera yang terlibat. Tak tahu sama ada mereka sedar apa yang mereka lakukan, tetapi pengelibatan mereka sangat menyedihkan saya.
“Yang kasihannya pegawai pemerintah kapal, rekod dah jadi buruk. Anggota tentera yang terlibat itu mungkin akan dikenakan tindakan disiplin,” katanya.
Menerusi video terbaharu TikToker wanita ini, beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak TLDM atas perkongsian yang tidak disengajakan beliau.
Jika anda berkunjung di negeri Selangor, pasti anda tidak akan percaya di tengah kesibukan dan keindahan kota Shah Alam, terdapat satu pusat membeli-belah yang sangat sesuai untuk anda ‘healing bersama keluarga’.
Jauh dari kesibukan kota serta terhindar dari kesesakan lalu lintas, Plaza Shah Alam sering menjadi pilihan keluarga untuk berhibur di sini. Malah ada juga yang menjadikan tempat ini sebagai ‘port’ untuk berkumpul bersama rakan-rakan.
Sesuai dengan konsep yang dipaparkan iaitu mesra pengguna, Plaza Shah Alam menyediakan kemudahan bagi OKU dan warga emas. Tempat untuk kerusi roda turut disediakan. Ianya juga boleh digunakan bagi keluarga yang membawa kereta sorong.
Berdekatan dengn masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan masjid bagi negeri Selangor, Plaza Shah Alam sering dijadikan tempat untuk melepaskan lelah lebih-lebih lagi selepas beriadah di Taman Botani ataupun tasik berdekatan.
Terdapat banyak outlet di sini yang boleh dijadikan tempat untuk ‘melepak’ malah ada beberapa kedai yang menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma bagi pelanggan.
Paling menarik adalah caj bagi tempat letak kereta di Plaza Shah Alam adalah sangat-sangat murah lebih-lebih lagi apabila anda berkunjung pada hujung minggu. Pada setiap Sabtu dan Ahad, caj dikenakan hanya sebanyak RM 1 bagi satu hari.
Pada setiap bulan, ada sahaja acara dilakukan di ruang legar pusat membeli belah ini seperti acara BK Mini Fest 2023 yang telah diadakan pada bulan Ogos yang lalu sangat mendapat sambutan yang luar biasa.
Sepanjang bulan Oktober 2023 ini, pelbagai tawaran menarik diadakan seperti diskaun hebat bagi setiap pembelian di outlet-outlet pakaian dan juga makanan serta pembukaan cawangan ke 27 Mee Hiris China Muslim pada 24 September yang lalu.
Jadi bagi anda yang inginkan suasana yang tenang dan selesa apabila keluar bersama keluarga dan rakan-rakan, jom berkunjung di Plaza Shah Alam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rotan murid, hanya guru besar, guru diberi kuasa. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.