Tular Isu Puteri Balqis, Ni Respon Datuk Idris Ahmad & Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia!

Share

Tular di media sosial beberapa hari lalu apabila pelakon Puteri Balqis  mendedahkan sikap buruk bapanya dalam satu program broadcast di YouTube sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perkara itu pada orang ramai.

Hal ini mendapat respon pelbagai pihak dan memetik laporan di Harian Metro difahamkan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, remaja itu sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.

“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.

“Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2022 di sini, hari ini.

Idris menjawab dakwaan pelakon berkenaan baru-baru ini, yang mendedahkan sikap buruk bapanya termasuk memperlakukan ibunya dengan teruk.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dalam reaksi semalam juga bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.

Manakala Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim pula  berkata, tindakan pihak yang menemu bual pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun itu bagi mendedahkan dakwaan perbuatan jenayah bapa pelakon adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan.

Sehubungan itu beliau berkata, mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan di media sosial perlu mengikut garis panduan ditetapkan dalam menemu bual kanak-kanak bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi golongan berkenaan demi mengejar tontonan yang tinggi.

“Apa tujuan Youtuber itu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemubualnya.

“Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.

“Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemubual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.

“Kita sendiri tidak tahu bagaimana Youtuber ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka,” katanya lagi.

Pada masa sama, Raj berkata, tindakan pelakon itu mendedahkan berhubung pengalaman pahitnya dikhuatiri memberi kesan jangka panjang termasuk kemurungan dan malu.

Beliau berkata, remaja terbabit sepatutnya mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membuat laporan polis jika benar berdepan gangguan seksual daripada bapanya sendiri.

Sumber : myMetro

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!