Tular di media sosial beberapa hari lalu apabila pelakon Puteri Balqis mendedahkan sikap buruk bapanya dalam satu program broadcast di YouTube sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perkara itu pada orang ramai.
Hal ini mendapat respon pelbagai pihak dan memetik laporan di Harian Metro difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, remaja itu sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.
“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.
“Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2022 di sini, hari ini.
Idris menjawab dakwaan pelakon berkenaan baru-baru ini, yang mendedahkan sikap buruk bapanya termasuk memperlakukan ibunya dengan teruk.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dalam reaksi semalam juga bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.
Ads
Manakala Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim pula berkata, tindakan pihak yang menemu bual pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun itu bagi mendedahkan dakwaan perbuatan jenayah bapa pelakon adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan.
Sehubungan itu beliau berkata, mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan di media sosial perlu mengikut garis panduan ditetapkan dalam menemu bual kanak-kanak bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi golongan berkenaan demi mengejar tontonan yang tinggi.
“Apa tujuan Youtuber itu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemubualnya.
“Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.
“Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemubual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.
Ads
“Kita sendiri tidak tahu bagaimana Youtuber ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka,” katanya lagi.
Pada masa sama, Raj berkata, tindakan pelakon itu mendedahkan berhubung pengalaman pahitnya dikhuatiri memberi kesan jangka panjang termasuk kemurungan dan malu.
Beliau berkata, remaja terbabit sepatutnya mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membuat laporan polis jika benar berdepan gangguan seksual daripada bapanya sendiri.
“Dekat rumah saya sekarang ada ibu dan mak mentua, baru sahaja ibu Zain tinggal bersama kami sekitar dua bulan lalu.”
Itulah pengakuan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, kepada Media Hiburan yang menjelaskan bahawa ibu suaminya yang juga merupakan pelakon, Zain Saidin, iaitu Siti Aisyah Abdullah baru sahaja jalani pembedahan dan penting untuknya mempunyai penjaga bagi memastikan keadaannya terjaga.
“Saya beritahu suami, saya terbuka sekiranya Mummy (panggilan kepada ibu mentua) tinggal bersama-sama. Saya percaya rezeki dan memuliakan orang tua. Tambahan pula ada di antara anaknya yang kini sudah bekerja di luar negara.
“Jadi Zain pujuk ibunya supaya tinggal bersama kami sekeluarga. Syukur Mummy pun tiada masalah dan saya gembira kerana sekurang-kurangnya dapat melihatnya di depan mata.
“Cuma kadang-kadang rasa seronok juga tengok ibu saya dan Zain bersembang. Seorang cakap bahasa Melayu, seorang lagi cakap Inggeris, terhibur jadinya. Adalah mereka kawan untuk mengisi masa bersama.
“Ibu Zain baru-baru ini terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan. Jadi lebih baik sekiranya dia tinggal bersama. Umurnya pun sudah 76 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta juga tak kurangnya memberikan pendapat mengenai spektikal bahawa menantu pasti rasa tak selesa sekiranya ada mentua menghuni kediaman sama.
“Dia macam ni, bila kita sayangkan suami, sudah tentu kita mahu dia pun dapat pahala atas asbab dengan apa yang kita lalukan. Pada masa sama, kita perlu sayang ahli keluarga suami, macam famili sendiri.
“Jadi pada saya tiada istilah susah untuk ibu mentua tinggal bersama menantu perempuan contohnya. Ibu mentua pun seorang yang mudah diuruskan dan bukan cerewet.
“Kalau ada isu sekalipun, lebih kurang tu halalkan lah. Kita tidak boleh nak berkira atau rasa dia boleh terima kita seratus peratus. Begitu juga sebaliknya. Yang penting bagi saya bertolak ansur.
“Lain orang mungkin berbeza pandangannya. Cuma di sini saya bertuah kerana mempunyai ibu mertua yang tak cerewet” katanya lagi.
Sumber : Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang menonton rancangan The Chosen One tahun lalu, pasti korang menyaksikan perjalanan Amir Sisi yang merupakan salah seorang peserta program tersebut.
Amir juga telah di nobat sebagai pemenang The Chosen One bagi musim pertama.
Apa yang unik mengenai kawan kita ini, bukan sahaja memiliki suara yang sedap tetapi sifat yang bersahaja.
Inilah yang memikat hati ramai peminat sehingga menjadi viral di platform Tiktok bukan sahaj di Malaysia tetapi juga Indonesia.
Kalau korang nak tahu, Amir ini merupakan Orang Asli dari suku kaum Temiar. Bakatnya mula di cungkil oleh guru sekolah Amir.
Lagu nyanyiannya yang digilai ramai adalah Tiara yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris.
Terbaharu, Amir telah pun melancarkan sebuah lagu berjudul Ayah Ibu.
Kami di Bintang Kecil sangat berbangga dengan pencapaian Amir Sisi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuti sekolah adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Tapi, bila terlalu lama di rumah tanpa aktiviti menarik, anak-anak boleh cepat bosan. Jadi, jom cuba 5 idea ini untuk pastikan mereka aktif, ceria, dan masa bersama keluarga jadi lebih bermakna!
1. Projek Seni Kreatif
Gunakan bahan yang ada di rumah seperti kertas warna, kotak terpakai, atau cat air untuk buat kraftangan. Contohnya, buat topeng haiwan, kad ucapan, atau lukisan besar di dinding kosong (guna kertas ya, jangan betul-betul di dinding!). Aktiviti ini bukan sahaja seronok, tapi boleh kembangkan daya imaginasi anak-anak.
2. Sesi Memasak Bersama
Libatkan anak-anak dalam dapur dengan resepi mudah seperti biskut coklat atau pizza mini. Biarkan mereka cuba uli doh, susun topping, atau gaul adunan. Selain mengeratkan hubungan, mereka juga belajar kemahiran asas dapur.
3. Treasure Hunt di Rumah
Rancang aktiviti ‘mencari harta karun’ di sekitar rumah. Sediakan peta mudah atau petunjuk. Harta karun boleh jadi benda kecil seperti gula-gula, mainan lama, atau buku cerita. Aktiviti ini melatih anak berfikir kreatif dan bersabar.
4. Perkhemahan Mini di Rumah
Pasang khemah di ruang tamu atau halaman rumah. Kalau tiada khemah, guna selimut dan kusyen untuk bina ‘kubu’. Ceritakan kisah seram ringan, main permainan teka-teki, atau makan snek bersama. Pengalaman ini pasti jadi kenangan manis buat mereka.
5. Waktu Screen yang Bermanfaat
Jika anak nak tengok TV atau main gajet, pilih kandungan yang mendidik seperti dokumentari haiwan, eksperimen sains, atau video pendidikan. Tetapkan masa dan pastikan mereka tak hanya bergantung pada skrin sepanjang hari.
Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk mencipta kenangan manis bersama anak-anak. Dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat, masa mereka di rumah bukan sahaja lebih bermakna, malah membantu perkembangan emosi dan fizikal mereka. Jadi, cuba mana-mana aktiviti ini dan lihat senyuman mereka sepanjang cuti!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.