Wanita dan kecantikan diri memang tidak dapat dipisahkan. Umpama irama dan lagu. Malah sanggup memperuntukkan sebulan sekali untuk memanjakan diri ke pusat kecantikkan yang kosnya agak tinggi. Semua ini agar memastikan diri cantik yang memberi keyakinan kepada dirinnya.
Namun, tidak bermakna tiada bajet yang tinggi kita tidak boleh cantik. Ada pelbagai petua yang boleh dijadikan panduan untuk kekal cantik.
Selain penjagaan muka dan tubuh badan, penjagaan kulit tangan juga salah satu perkara yang diberi perhatian oleh kaum hawa. Mana taknya, di pasaran banyak produk pemutih untuk mencerahkan kulit tangan.
Sebagaimana perkongsian ini yang menggunakan bahan-bahan dengan bajet yang rendah. Menariknya petua ini hanya menggunakan 4 bahan aje.
Mendapat share shingga 39K di facebook, petua untuk petua untuk mendapatkan kulit tangan yang cerah. Pastikan konsisten dan rajin buat. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Asam jawa. Segenggam untuk sekali pakai
Lotion vaseline seperti dalam gambar sahaja .rujuk pic. Letak sedikit agak2 untuk skali pakai
Asam limau 1 biji
Soda bikabonat 1 sudu besar
Penyediaan:
Campurkan kesemua bahan dan gaul . Dia akan jadi buih macam sabun. Haaa..best ke best?
Tonyoh sekuat harimau dan biarkan 15 minit. Nampak tak?Ada buih-buih disitu?
Cuci dan bilas. Pastu pakai lotion. Hasil dia SUMPAH! Kulit jadi lembut gila weh! Lincin,wangi dan putih. Kedut-kedut pun tak hado dah ha tangan den..hehe
Tapi idak ler trus putih melepak yea. Nak putih trus pi celup clorok..haha. Kena rajin buat..tiap hari buat. InsyaAllah putih melepak!!
Menarik! Boleh cuba cara ini. Tetapi kena rajin buat lah untuk kulit jadi lebih cerah.
Kredit: Norraihan Ismail