Dalam terpana dengan kecantikan pokok bunga yang pelbagai jenis di karnival Royal Floria Putrajaya, kecoh pula baru-baru ini ada individu yang tidak bertanggungjawab membawa pulang atau erti kata lain curi pokok bunga tersebut.
Bukan hanya pihak organisasi, orang ramai turut mengutuk perbuatan tersebut yang disifatkan sebagai tidak moral dan menyentuh isu B40. Malah, terdapat seorang pengguna laman Twitter tular sekeping gambar memaparkan seorang wanita yang sedang mengangkut pokok-pokok ke dalam kereta.
Susulan isu itu, seorang lelaki yang mendakwa dia adalah anak kepada wanita itu menepis dakwaan yang dikatakan. Menurutnya, wanita di dalam gambar itu yang merupakan ibunya tidak mencuri pokok-pokok tersebut seperti yang didakwa individu itu.
Sebaliknya, ibunya membeli sendiri pokok yang dijual di karnival tersebut dan bukannya membawa pulang pokok itu secara mencuri. Malah lelaki itu turut berkongsikan resit pembelian itu dan mengecam tindakan individu tersebut yang sewenang-wenangnya menuduh ibunya mencuri.
“Woii ni mak aku. Mak aku beli pokok yang dijual lah with receipt lagi bukan main kutip je…”
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meminta lelaki itu mengambil tindakan terhadap individu tersebut yang telah menyebarkan tuduhan ke atas ibunya. Selepas pemuda itu tampil memberikan penjelasan, individu yang memuat naik tuduhan itu telah pun memadamkan hantaran tersebut dan menukar profilnya kepada private.
Bukan hanya itu, penjual tersebut turut tampil beri komen sebagai saksi bahawa wanita berkenaan membeli pokok di kedainya.
Sumber : Twitter Amir Ashraf
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini