Tular Dimarahi Mekap Ke Sekolah, Adik Ammara Tak Sedih Lagi Dapat Bergambar Bersama Agong!

Share

Semalam negara kita, Malaysia telah menyambut Hari kemerdekaan yang ke 66 tahun dengan sangat meriah! Sehingga ke hari ini, pelbagai video dan konten menarik tentang sambutan hari tersebut menjadi bualan dan perkongsian ramai.

Tidak kurang hebatnya buat sebuah video ini yang tular, memperlihatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi miliknya untuk menyapa seorang kanak-kanak yang mengenakan busana unik di acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Al-Sultan Abdullah dipercayai mahu berangkat pulang usai acara tersebut selesai.

Seri Paduka kemudian turun dari kenderaan selepas melihat kanak-kanak tersebut melambaikan tangannya di sisi bahu jalan.

Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Ammara itu dilihat mengenakan busana gaun labuh yang dihiasi beberapa akseseori seperti tiara di atas kepalanya dan bunga raya di bahagian bajunya menggunakan elemen bendera Jalur Gemilang yang terdiri daripada warna biru, merah, putih dan kuning.

Dalam video sama, Seri Paduka turut perkenan untuk merakam beberapa gambar bersama Ammara.

Malah, Seri Paduka sempat menunjukkan reaksi terkejut selepas pengiringnya memaklumkan Ammara pernah tular di media sosial.

Sebelum ini, kisah Ammara pernah tular di media sosial apabila dia telah dimarahi oleh gurunya di sekolah ketika sambutan Hari Kemerdekaan.

Difahamkan, Ammara dimarahi kerana mengenakan solekan ketika hadir ke sekolah. Bukan itu sahaja, guru tersebut turut bertindak membersihkan solekan pada wajahnya dengan menggunakan kain.

Malah, bapa kepada Ammara yang dikenali sebagai Shazliey mendakwa guru terbabit telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada anaknya yang masih di tahun dua itu.

@shazliey1 Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong
#AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok ♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai menyifatkan momen Ammara bertemu dengan Seri Paduka sebagai ganti kepada kesedihannya. Dalam masa sama, wargamaya turut menumpang gembira melihat wajah ceria yang ditunjukkan Ammara.

Sumber: TikTok @shazliey1