Tular Adik Menari & Abang Layankan Setiap Balik Kerja. Ni Ibunya Dedah Rahsia Keakraban Tiga Beradik!

Share

Bagai kucing dengan anjing, begitulah yang selalu ibu ayah boleh katakan bila mengenangkan perangai dan ragam anak-anak. Memang boleh buat pening kepala jadinya, sikit-sikit ada sahaja benda yang ingin digaduhkan.

Tapi lain pula kisahnya baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang kanak-anak lelaki riang menyambut abangnya pulang dari bekerja, siap kedua-duanya menari di depan pintu telah menjadi tular di laman sosial.

Ibu mereka, Nirwana Azman, 39, tidak menyangka video memaparkan gelagat anak bongsu dan sulungnya itu telah mencuri tumpuan warganet. Tinjauan KELUARGA mendapati hantaran di laman sosial tiktok itu menerima 3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

“Perangai dua beradik, si bongsu memang tunggu abang sulung balik kerja. Macam itulah setiap kali abangnya balik kerja, perlu layan supaya beliau ‘happy’.

“Sebelum ini abangnya suka mengusik sampai menangis. Sekarang abang sudah kerja si bongsu sunyi,” jelasnya.

Apabila ditanya rahsianya, ternyata setiap butir perkongsiannya menyuntik inspirasi dan bolehlah dijadikan panduan untuk yang lain dalam hal bagaimana adik beradik ini menyantuni antara satu sama lain dan pendekatan ibu ayah dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Hubungan adik beradik Muhamad Shamil, 18, Muhamad Shazril, 12, dan Muhamad Shaqil, 8, ini sangat rapat. Ini sebagaimana memetik di SinarPlus.

“Tiada rahsia, cuma adik-adik banyak membesar dengan tangan abang. Maksudnya sejak dari kecil si abang rajin menguruskan seperti memandikan adik, makan abangnya akan suap atau bantu tukarkan baju.

“Kiranya abang sulung banyak ringankan tugas saya. Malah baginya adik-adik insan yang penting. Jika makanan tinggal sedikit, walaupun sudah hendak suap ke mulut beliau sanggup beri kepada adik-adik dahulu,” ujar Nirwana.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui beliau dan suami, Shahril Shaari, 42, juga memiliki hubungan yang erat dengan adik beradik masing-masing.

“Saya dan adik beradik memang rapat. Kalau berjumpa cukuplah kami sahaja tidak perlu orang lain. Riuh sekampung! Adik beradik suami pun rapat,” ujarnya.

Melihatkan hubungan teguh dan mesra anak-anak, hati ibu itu mahu semuanya kekal sehingga ke akhir hayat.

“Harapan saya dan suami pastinya mahu hubungan anak-anak ni kekal hingga ke akhirnya. Setiap malam sebelum tidur saya akan ke bilik mereka mencium dahi dan memeluk mereka.

“Saya akan berpesan ibu abah tiada harta hendak tinggalkan apabila tiada nanti, yang ada hanya harta yang tidak ternilai dan ditukar ganti iaitu anak-anak.

“Apa yang berlaku sekalipun jangan putus hubungan adik beradik. Susah senang, jangan lupa sesama kalian. Hormati abang sulung. Kepada anak yang sulung saya berpesan supaya menjaga adik-adik, itu amanah saya dan suami untuknya,” titip Nirwana.

 

Kongsi Rahsia Cipta Keharmonian

“Saya dan suami terapkan walaupun anak-anak lelaki perlu pandai melakukan kerja rumah. Solat jangan tunggu disuruh kerana pada masa hadapan hendak jadi ketua keluarga, perlu tunjuk contoh yang baik, rajin ‘turun’ ke dapur dan pandai kemas rumah.

“Untuk mereka adik beradik saya memang melarang menggunakan perkataan ‘kau’ dan ‘aku’, mesti sebut abang dan adik sahaja,” ujar nirwana tentang rahsia keharmonian hubungan.

Malah setiap minggu, beliau dan suami akan meluangkan masa bersama anak bergilir-gilir untuk mendegar masalah anak-anak.

“Rutin kami sejak anak berusia 12 tahun, masa tu anak akan cerita ‘one to one’ tentang isi hati dan masalah mereka. Atau ibu abah terlebih beri perhatian kepada salah seorang. Bimbang ada yang terasa dalam diam. Alhamdullilah rutin itu kami buat sampai sekarang,” kongsinya.

Semoga kisah yang dikongsikan ini memberikan inspirasi buat kita semua  dalam mewujudkan hubungan baik antara adik beradik dan anak beranak.

Sumber : Sinarplus & TikTok @n.i.r.w.a.n.a_83

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Cuti sekolah hujung tahun ini  kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.