Penggunaan internet kini begitu menyeluruh di dalam kehidupan seharian kita dan ia juga menjadi keperluan dan bukannya lagi sekadar dilihat memenuhi kehendak semata-mata di zaman ini. Apa tidaknya, dari buka mata di subuh hari hingga nak tidur di malam hari, mesti ada sahaja urusan kita lakukan dengan menggunakan internet.
Jadi tidak hairanlan, kalau boleh kita semua mahukan line internet yang mempunyai kelajuan pantas agar memudahkan urusan. Bahkan bila berdepan dengan masalah line internet yang lembab, memang boleh hilang sabar dibuatnya. Tambahan pula jika dalam urusan kerja yang perlu dilakukan dengan pantas dan sebagainya.
Dan baru-baru ini tular di media social mengenai tips atau trik yang boleh dilakukan oleh pelayar internet bagi mengguatkan isyarat wifi agar dapat dihantar kepada peranti yang digunakan dengan pelbagai cara. Sejauh mana keberkesanannya tidaklah dapat dipastikan lagi selagi anda sendiri tidak mencubanya.
Namun perkongsian warganet tentang tips-tips tersebut, nampaknya cukup meyakinkan dan tidak salah kiranya untuk anda cuba dan di sini dikongsikan agar anda dapat praktikkan.
Menurut AQu Fenz pada mulanya isterinya bising bilamana dia menggunakan aluminium foil untuk dijadikan bekas menempatkan modem wifi dan apabila melihat perubahan pada akses internet yang lebih lancar tanpa ‘lag’ isterinya tersenyum lebar.
Begitu juga dengan perkongsian daripada Shahrul Hafizh yang mana sebelum ini jika pukul 8.00 malam jatuh 10Mbps dan selepas mencuba menggunakan aluminium foil menjadi 24Mbps. Pada awalnya dia pun seakan tidak percaya.
Manakala cara yang dikongsikan oleh Fakhrul Rodzi ini mengundang tawa namun bila membaca perkongsiannya mungkin menarik untuk dicuba. Katanya dengan cara tersebut dapat menyebabkan kelajuan internet daripada 2.5Mbps menjadi 13Mbps.
Jadi tunggu apa lagi, jika sebelum ini anda mengalami masalah dengan kelajuan internet bolehlah diusahakan cara mudah yang dikongsikan ini. Mana tahu ianya benar-benar berkesan, dapatlah anda melayari internet dengan rasa hati yang lebih tenang dan selesa. Selamat mencuba.
Sumber : Konsep Store Skudai
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club