Cuba lihat keadaan peti ais yang telah kita gunakan puluhan tahun lamanya, mesti keadaan luarannya nampak ada kekurangan. Jika hendak ditukar baharu terasa sayang pula sebab masih berfungsi dengan baik.
Kalau ikutkan hati teringin juga memiliki peti ais yang cantik sempena sambutan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Barulah ruangan dapur nampak bergaya. Tapi bukankah cara ini merugikan?
Alangkah baiknya jika ibu-ibu mencuba lebih kreatif dengan memberikan ‘solekan’ pada peti ais dengan menggunakan teknik tampalan yang mampu bukan sahaja menjadikan peti sejuk nampak lebih menarik malah terlihat cukup unik.
Idea Faminin
Mencetuskan gaya ruangan dapur nampak lebih faminin, olahan stiker berbunga seperti ini pada bahagian pintu peti sejuk cukup memberi impak yang hebat. Biarpun ringkas namun cukup mempersona.
Ads
Kekal Comel
Gaya sepertinya ini amat sesuai buat anda yang mempunyai karakter yang periang. Melihat rekaan sebegini cukup mencuit hati dan tentu sahaja anak-anak juga suka dengan sentuhan sebegini di ruangan dapur.
Ads
Kreatif Bersama Garisan
Wujudnya garisan-garisan dengan ritma warna senada memberi impak rekaan peti sejuk dan sekali gus menyumbang pada gaya ruangan dapur. Cukup istimewa.
Ads
Riang & Cool
Sememangnya mencuri tumpuan. Peletakan stiker aiskrim pelbagai warna ceria secara bebas aturannya cukup luar biasa. Anak-anak tentu sahaja akan suka dengan hiasan sepertinya ini.
Wajah Kesayangan
Paling ringkas dan mudah untuk digayakan. Letakkan sahaja gambar ahli keluarga di sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lazimnya badan akan terasa lesu dan cepat letih ketika berpuasa disebabkan tidak cukup tenaga. Jadi bagaimana untuk memastikan badan kekal bertenaga ketika berpuasa. Tentu ada caranya.
Berikut 5 Jenis buah yang boleh dijadikan diambil ketika berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadan ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1.KURMA
Kurma merupakan salah satu makanan terbaik untuk diambil ketika mengerjakan amalan puasa. Hal ini kerana, mengambil buah kurma yang mengandungi kalori ketika sahur, terutamanya dapat membekalkan tenaga pada tubuh badan di siang hari.
2.PISANG
Biarpun kandungan gula dan karbohidrat pisang tinggi, buah-buahan yang penuh dengan nutrien ini menghasilkan makanan terbaik untuk dimakan semasa berbuka puasa. Ia mengandungi karbohidrat, serat, vitamin dan mineral yang sihat yang akan mengisi semula badan anda dengan cepat.
3.STRAWBERI
Buah strawberi bagus diambil ketika berbuka puasa kerana mempunyai kelebihan dalam mengawal gula dalam darah. Buah ini juga, memperlambatkan proses pencernaan glukosa. Jadi, anda boleh mendapatkan bekalan zat dan cairan tanpa berisiko peningkatan gula secara drastik dalam darah.
4.OREN
Terdapat hampir setengah cawan (118 ml) air dalam sebiji oren, bersama dengan serat dan beberapa nutrien. Ini termasuklah vitamin C dan kalium, yang boleh meningkatkan fungsi imun dan kesihatan jantung anda. Air dan serat dalam buah oren boleh menggalakkan rasa kenyang, yang berguna untuk mengawal selera makan anda.
5.TEMBIKAI
Memandangkan tembikai terdiri daripada lebih daripada 90% kandungan air, ia adalah buah-buahan yang bagus untuk dimakan semasa berbuka puasa. Hal ini kerana, air tersebut menjadikannya mudah dihadam dan membantu menghidratkan anda. Malah, kandungan airnya yang tinggi, tembikai mempunyai ketumpatan kalori yang sangat rendah. Ini bermakna sebahagian besar tembikai mengandungi sedikit kalori. Makanan dengan ketumpatan kalori yang rendah dapat membantu penurunan berat badan dengan menggalakkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan.
Berdepan dengan ragam anak-anak yang asyik meragam, menjerit-jerit dan menangis waktu malam memang boleh membuatkan kita tertekan menghadapinya.
Jadi apa usaha yang boleh kita lakukan agar ianya tidak berlarutan?
Selain perlu tenangkan anak, ada baiknya usahakan dan amalkan cara dengan membacakan doa ini yang dikongsikan oleh cikgu Fadhli Salleh ini.
Jom semak perkongsian ini.
Arshad Arumi, anak sulung aku waktu kecil dulu kuat betul meragam. Jenis menangis tak tahu sebab. Macam meracau pun ya juga.
Mertua aku panggil seorang ustaz yang pandai ubatkan hal-hal gini. Ustaz tu baca ayat, kemudian dia hembus ket telinga, ubun Arshad.
Baru Arshad boleh tidur elok dan tidak lagi meragam. Ustaz tu pesan kat aku,
“Cikgu amalkan ayat ni. Bacakan pada telinga dan hembus pada ubun anak.
Amalkan selalu, InsyaAllah.”
Sejak itu, setiap anak-anak yang meragam, meraung menjerit tengah malam atau senja, aku bacakan ayat ini. Alhamdulillah, cepat reda teriak tu.
Suatu ketika, seorang cikgu perempuan di sekolah lama meracau seolah dirasuk. Pun ustaz yang handal bab-bab rasukan ini bacakan ayat ini (disamping ayat-ayat lain) sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan.
Alhamdulillah, terus sedar cikgu tu.
Bagus ayat ini diamalkan terutama untuk anak-anak kecil. Hafal dan amalkan lah.
Dalam dunia ni, bukan hanya kita yang tinggal. Benda-benda ghaib, jin dan makhlus halus pun ada juga. Jadi, pakat hafal lah ya
Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin nyata memberikan impak kepada ramai orang. Ia termasuk sikapnya yang begitu menyantuni suaminya.
Tular cara arwah pernah pakaikan suami stokin dan kasut sebelum Shuib pergi kerja beberapa tahun lalu.
Cerminan yang baik itu menunjukkan arwah mendapat layanan yang baik daripada suaminyaa jua.
Namun semua itu adalah simbolik betapa arwah Siti Sarah begitu menghormati suaminya atas kebaikkan yang diberikan kepadanya.
Namun mungkin ada suami terlepas pandang, adakah mereka sendiri melayan isteri umpama bidadari.
Suami inginkan isteri menghormatinya, apakah suami menghormati perasaan isteri. Begitulah layanan dan sebagainya yang merangkumi perhubungan suami isteri. Dengan kata mudah, hubugan suami isteri ini saling melengkapi antara satu sama lain.
Sebagaimana dengan perkongsian ini yang begitu mendalam mengenai hubungan suami isteri.
Dari balik kerja sampailah masa waktu makan malam, saya dengan orang rumah asyik bersembang sembang tentang pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang menggemparkan seluruh negara. Sedih dan pilu mengenangkan anak anaknya yang masih kecil.
Dalam kedukaaan, hati terubat mendengar banyaknya kebaikan yang dilakukan arwah sewaktu hidupnya. Bab hijrah, perlahan lahan beliau berubah dan menjaga aurat. Kalau perasan, arwah kerap memakai tudung labuh dan bertelekung sahaja sejak akhir akhir ini.
Bab bersedekah pula, inilah yang mahsyur. Korban seekor lembu yang bernilai belasan ribu di Palestin, sedekahnya yang banyak pada orang yang memerlukan, sedekah subuh dan malah banyak lagi kebaikan arwah yang diluahkan orang yang rapat dan jauh dengan arwah. Itu yang kita tahu, yang tak tahu kami percaya banyak lagi.
Tetapi, dalam banyaknya kebaikan arwah, kami paling kagum tentang arwah yang dikatakan banyak berkhidmat kepada keluarga. Ini diakui Shuaib sendiri dalam live nya semalam.
Istiqomah Dalam Amalan
Kau bayangkan, arwah ni dikatakan istiqomah bangun awal pagi. Solat tahajud hingga dapat solat qabliah Subuh.
Selesai Solat Subuh, bingkas pula masak, siapkan kelengkapan pakaian suami hantar sampai ke pintu, siap pakaikan stokin lagi. Allahu.
Sangat tingginya khidmat beliau, berkhidmat hingga akhir hayat dan menghadiahkan Shuaib, seorang anak lagi yang diberikan nama Ayyash Affan. Dan akhirnya arwah dijemput Allah SWT tepat jam 05.13 pagi. Waktu yang sama lebih kurang beliau bangun setiap pagi untuk solat dan berkhidmat untuk keluarga.
Allahu.
Ini bukan amalan yang biasa biasa kawan. Seorang isteri itu, jika menjaga solat dan puasa yang wajib, dan berkhidmat kepada suami, itulah asbab syurga buatnya. Khidmat yang baik itulah yang akan dikenang kenang dan menjadi asbab redha seorang suami.
Benarlah. Ramai yang berkata kematian Allahyarhamah merupakan kematian yang menghidupkan ramainya jiwa.
Kau tahu kawan,
Siti Sarah telah mengajarkan kita bahawa kehidupan ini amatlah singkat, dan sebaik baik perkara isilah ia dengan amal kebaikan terhadap ahli keluarga dan ummat. Demikian contoh yang telah ditunjukkan Nabi SAW dan para Sahabat baginda. Tinggal kita ikuti sahaja jalan itu sampailah destinasi syurga kelak. Insya-Allah.
Kawan kawan, sama sama kita teruskan berdoa semoga Allahyarhamah diampunkan Allah SWT, diterima amalnya dan ditempatkan bersama mereka yang yang beriman dan beramal soleh. Semoga kita juga diberikan kesudahan yang baik semasa maut tiba kelak.
Amin ya Allah.
Di sebalik kejayaan seorang suami, di sana berdirinya seorang wanita yang setia disisinya. Di sebalik kejayaan seorang isteri masuk ke syurga, disana asbab adanya redha seorang suami.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.