Tukar Mood, Bonda Rozita Bawa Keluarga Beraya Di London

Share

Dikala seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing, ibu kepada usahawan terkenal yang dikenali sebagai Bonda Rozita Ibrahim ini nampaknya mengambil kesempatan beraya di luar negara.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram beberapa hari yang lalu, Bonda dan keluarganya mengambil keputusan untuk bercuti di London pada hujung Ramadan dan mahu beraya di sana.

Di samping itu, Bonda turut tak lupa untuk berkongsi pengalamannya dan keluarga yang sangat bermakna baginya ketika menyambut raya di negara itu.

“Selamat Hari Raya semua di Malaysia, pengalaman travel kami sanagt lain dari sebelumnya. Sangat meriah menyeronokan dan bermakna sekali,” tulisnya.

Menurutnya, walaupun London bukanlah majoriti Muslim seperti di Malaysia, tetapi masjidnya tetap penuh dengan umat Islam yang mahu mengerjakan solat raya.

“Ramai betul muslim kat london – 6 kali solat hari raya kat masjid yg penuh masjid Morroco. Tak cukup tempat mesjid sampai mereka buat 6 kali solat raya!.

“Pertama kali raya sini meriah mood Internationalnya. Berbagai bangsa seluruh dunia merayakan. Orang-orang Inggeris di London sendiri melihatkan kami mengucapkan happy eid pada kami dan ada ajak ambik gambar sebab baju-baju kami unik katanya.

“Saya pakai kebaya merah dan anak ntah apa pesennya tak tau nak sebut saya! Pelik bagi kami sbb kena pakai kasut boot sbb sejuk 2 celsius,” tambahnya.

 Sementara itu, Bonda juga sempat berkongsi tentang bagaimana caranya mendidik anak-anak untuk berjimat dalam berbelanja terutama ketika di London.

“Saya ajar anak-anak berjimat kalau nak belanja pun kena berkira-kira. Kita tak tau lama mana kita hidup sihat atau senang hidup ni sekejap kita di atas esok kita dibawah hati-hati dengan masa dan semangat kena ada supaya rajin kerja.

“Ami ajar susahnya cari duit zaman muda strugglenya takde air mata menahan lapar, takde baju baharu untuj raya (agaknya sebab tu saya tak teruja raya sebab dah biasa tak sambut raya sejak muda).

“Kenangan silam sejarah tp itu lah pelajaran terbaik Allah bagi dlm takdir saya. Miskin tak hina. Kaya tak mulia. Yang tinggi orang pandang ilmu yg diamal. Adab yang berbudi bahasa itu lah iman nasihat saya pada anak-anak.

“Saya kasi 600 pound je duit raya. Pandai-pandailah nak jimat nak beli apa di Mall, suka tengok penuh org muslim dengan pakaian hijabnya,”

Dalam seronok bergembira di perantauan, Bonda juga tak lupa untuk memberi kata-kata nasihat dan semangat kepada masyarakat di luar sana.

Usahawan yang mesra dipanggil bonda ini turut sangat dikenali dengan produk jualannya yang berasaskan bahan-bahan natural serta ilmu-ilmu kecantikan dan kesihatan yang sering dikongsikan di media sosialnya.

Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim