Tukar Langsir Sliding Door Gaya Bajet. Wanita Ni Kongsikan, Memang Murah & Bergaya!

Share

Jika berkira-kira ingin memberi mood baharu sempena sambutan Hari Raya ini pada ruang tamu terutamanya pada bahagian sliding door,  apa kata anda gayakan dengan kemasan langsir yang nampak cantik dengan bajet yang mampu milik. Percayalah, impak gaya dan warna langsir yang akan digayakan ini akan memberi karektor berbeza.

Menurut Noor Hafiza Mohamad yang berkongsi idea dan bajet untuk melengkapkan gaya pada bahagian sliding door, nyata kos yang digunakan adalah RM206 sahaja. Jom teliti dan bolehlah diguna pakai jika ada yang berhajat untuk tukar langsir baharu raya kali ini,


DEKO BAJET ~ RM206 UNTUK PASANG LANGSIR SLIDING DOOR

Barang-barang yang diperlukan:

• 2 batang rod langsir IKEA RM15 x 2
• 6 pendakap rod IKEA RM6.50 x 6
• 1 pasang langsir MR.DIY RM50 x 2
• 1 pasang day curtain IKEA RM37.60

JUMLAH KOS = RM206.60

CATATAN
– Rod IKEA diperbuat dari besi RM15
– Rod MR DIY diperbuat dari plastik ~RM9 (>210 cm)
– Langsir IKEA banyak pilihan dan harga berpatutan. Semuanya labuh 250cm
– Saya pilih langsir MR.DIY sebab mahukan langsir yang lebih tinggi.
– Langsir day curtain (putih) banyak pilihan di IKEA dan harga berpatutan.

Sumber : Noor Hafiza Mohamad