Subhanallah. Rasa ingin menangis bila melihat sejadah dan al-Quran masih dalam keadaan baik walaupun banjir teruk melanda rumah yang didiami oleh Nur Hidayah Raja Norkamalrudin.

Sejak semalam, video ini tular di media sosial menunjukkan sebuah rumah yang dimasuki air banjir sehingga paras hidung. Namun satu kejadian luar biasa terjadi apabila melihat sejadah dan al-quran langsung tidak basah selepas air surut.

Berkongsi pengalaman mengharungi banjir, Nur Hor idayah Raja Norkamalrudin yang menyewa bersama keluarga di kawasan perumahan teres dua tingkat di Taman Aman, Kota Tinggi, Johor itu mula dinaiki air pada awal pagi Rabu.

“Air mula naik kira-kira pukul 3.30 pagi. Jika telefon beritahu rumah sudah dinaiki air paras pinggang. Suami ajak balik ke Kota Tinggi tapi jalan ke rumah dah tak boleh masuk,” ceritanya yang ketika itu berada di Johor Baharu.

“Selepas itu, paras air naik mencecah hidung. apabila banjir sudah surut, kami balik semula untuk melihat keadaan rumah.

Menceritakan keadaan rumah sewaktu dia dan keluarganya sampai,

“Memang berlecak. Penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami datang panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah. Sejadah kering tanpa sedikitpun terkena air banjir mahupun kesan lumpur.”

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

Ads

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Menurut Hidayah, kedudukan ruang solat itu terletak di antara dapur dan tangga untuk naik ke tingkat atas rumah.

“Pintu sliding pecah terbuka dari landasan, habis barang-barang dapur berubah ke ruang tamu termasuk dua peti sejuk besar sampai terbaring.

“Bukan setakat sejadah, alas untuk letak sejadah juga tidak basah dan tiada lumpur. Saya tengok depan mata, rasa terkedu.

Ads

Menurutnya lagi, dia tidak menyangka kejadian luar biasa itu berlaku di rumahnya.

“Sedangkan telekung dan kain pelikat yang digantung di dinding ruang solat diletakkan di kedudukan lebih tinggi tetap basan dan ada kesan lumpur.

“Lebih mengejutkan kami apabila lantai yang menempatkan las dan sejadah itu memang berlumpur. Tapi alas dan sejadah tidak.

Ads

Kebanyakan perabot dan kelengkapan di tingkat bawah rumah Hidayah rosak akibat banjir.

Selain alas, sejadah dan al-quran, Hidayah memberitahu bahawa rehal untuk meletakkan kitab suci yang diletakkan di ruang solat turut kering.

“Hebatnya kuasa allah. Tuhan tu nak jentik kita, beri peringatan kepada umat manusia yang kadang-kadang melakukan dosa.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Tuhan Tu Nak Jentik Kita.’ Rumah Ditenggelami Banjir Sampai Paras Hidung Tapi Sejadah, Al-Quran Dan Rehal Langsung Tidak Berlumpur Di Kota Tinggi, Johor

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI