“Tuhan Beri Nikmat Indah Sekali Lagi Di Usia Sekarang.” Azrinaz Hamil Anak Keempat Pada Usia 42 Tahun!

Share

Dalam diam, rupanya bekas personaliti TV3 yang terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim kini sedang hamil anak keempat. Berita gembira tersebut dikongsikannya menerusi Instagram rasminya semalam.

Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid itu mengesahkan yang dirinya sedang hamil lebih tujuh bulan ketika ini.

Azrinaz mengulangi perkara sama mengumumkan berita sama saat hamil anak ketiganya, Areesya Malaykha (kini setahun empat bulan) pada tahun 2019.

Malah Azrinaz turut berseloroh memaklumkan gambar berbadan dua yang dimuat tersebut bukanlah gambar lama yang dikongsi semula.

“Ini bukan gambar ‘throwback’. Apa yang dilihat dalam ini gambar semasa. Anak lelaki atau perempuan, nak mengidam apa… saya memperkenalkan bakal anak keempat.

“Saya sudah hamil dalam tempoh 30 minggu saat ini. Alhamdulillah Tuhan berikan nikmat indah ini untuk saya dan suami sekali lagi di usia kami sekarang.

“Saya pun tak jangka akan hamil lagi dengan jarak yang dekat usia kelahiran Areesya Malaykha. Tapi kenapa perlu menunggu lagi, jika saya masih diberi kesempatan ini,” katanya.

Azrinaz turut memohon keluarga, teman dan pengikutnya di Instagram untuk mendoakan kesejahteraan diri dan anak dikandungnya itu.

“Semoga segala galanya akan lancar dan dipermudahkan. Saya dijangka melahirkan anak keempat ini awal bulan April depan,” katanya

Dalam pada itu, Azrinaz sempat berseloroh kepada BH Online saat ditanya mengenai fasa perintah kawalan manakah anak yang dikandungnya kini

“Tak tahulah nak cakap anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sejujurnya saya tak merancang pun,” katanya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lamanya itu pada 1 Mei tahun 2018

Sumber: azrinazmazharhakim

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club