Pelakon, Datin Paduka Eina Azman berkongsi berita sedih apabila salah seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Mega pulang ke negara asalnya setelah 5 tahun bersamannya.
Eina menerusi Instagram memaparkan coretan yang panjang mengenai orang gajinya.
Dia juga turut berkongsi gambar perpisahan itu.
Salam to all my follower. 26/6 finally mega pergi tinggal kan saya dan family untuk pulang ke Acheh bersama keluarga tersayang selepas 5 tahun berkerja dengan kami sekeluarga. Ya Allah rasa sedih tu tak tau nak cakap. Macam tengah breakup dengan boyfrien. Bayangkan Dato pun boleh menangis bila tengok kamu pulang
.Rumah saya sekarang dah sunyi sebab takde siapa dah cakap kuat-kuat, gelak dan buli @aubreykarl.
Terlalu banyak kenangan saya dengan Mega. Dulu dia selalu jahit untuk kecil kan baju saya, teman saya memasak didapur, tukang buat rambut saya dan Aubrey, tukang pilih baju dan beg bila saya nak keluar, tukang ambik gambar n video untuk saya, dan peneman untuk buat tiktok, teman saya pergi shooting, dan siap boleh bertukang di rumah.
Mega ni semua benda dia nak buat. Bila Mega dah balik ni rasa macam lost kejap, sebab saya dah takde teman nak bergaduh dan marah. Saya rindu nak kena kan kamu makan benda-benda pedas, rindu marah kamu n last sekali kita dua akan menangis sebab dua2 hati tissue. Memang betul boleh amik bibik baru,
Tapi yang baru belum tentu boleh click dengan saya mega hmmm.
Mega saya bukan lah majikan yang sempurna adakala saya tegur n marah kamu. Maaf kan saya kalau saya buat kamu sedih atau kecil kan hati kamu.
Tapi saya nak kamu tau yang saya sayang kamu mega. Tugas saya dan Dato sebagai mak bapak kamu di Malaysia dah selesai. Saya harap kamu happy di kampung. Kita 0-0 ok. Jangan lupa video call saya selalu. Take care Mega.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club