Tudung Labuh Pelajar Kena Gunting, Tukang Jahit Ini Jelaskan Ukuran Yang Betul

Share

Tular baru-baru ini video mengenai seorang guru mengunting tudung labuh seorang pelajar yang didakwa tidak mengikut undang-undang sekolah.

Difahamkan tudung labuh berkenaan kelihatan bahagian belakang berekor. Barangkali, tidak ramai yang tahu mengenai perkara ini. Rupanya ada ciri-ciri tudung labuh yang dibenarkan oleh pihak sekolah.

 

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Sebagai tukang jahit pakaian muslimah, saya rasa patut untuk  saya share pada semua tailor yang ambil tempahan tudung sekolah. Agar kita lebih cakna.

Untuk Tudung sekolah labuh TIDAK BOLEH berekor sangat. Dikira fesyen. Kalau jahit kena bulat sikit.

Untuk video yang viral, pandang je lah dari sudut yang baik, kalau tidak kita tak tahu, dah viral, kita yang tailor di jadi cakna dengan peraturan sekolah.

Jangan dimarah cikgu kerana hal ini termaktub dalam peraturan, mungkin sudah dipesan banyak kali, atau tiap tahun.

Macam kita kat sekolah dulu. Kawan-kawan yang kena gunting seluar, tudung, semua kan dah kena tegur banyak kali baru cikgu gunting. Ingat tak. 

 

Moga jadi panduan bersama mengenai jenis tudung labuh yang dibolehkan di sekolah.

Sumber: Nur Eizyan Nazura

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club