“Tuanku Suka & Tapau Bawa Balik Istana,” Lelaki Ni Kongsi Cara Buat ‘Sardine Roll Permaisuri’ Kesukaan Permaisuri Agong

Share

Resipinya cukup mudah dan sesuai untuk dijadikan minum petang seisi keluarga. Anak-anak pasti suka ni.

Hanya menggunakan roti putih dan sardin di dalam tin sahaja. Paling penting ia sangat ranggup dan di dalamnya yang lembut.

Tetapi kenapa nama  resipi ini “sardin roll Permaisuri”? Rupa-rupanya ada kisah disebalik nama tersebut

Menerusi satu perkongsian Di Tiktok, Roti Sardin tersebut dinamakan sempena Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana Tuanku Permaisuri sangat gemar dengan juadah ini di sebuah hotel di Kota Kuala Lumpur.

Menurut Abang Rider, resipi ini awalnya hanya dibuat untuk juadah berbuka dalam kalangan pekerja dapur sahaja. Namun segalanya berubah apabila chef hotel tersebut menghulurkan juadah ini untuk santapan Permaisuri Agong.

“Tak sangka tuanku suka dan ‘tapau’ bawa balik Istana… lepas pada tu, tiga empat kali juga dapat call dari Istana order juadah ini…”

@pandaterbang.my Dekat hotel dulu kami bagi nama makanan ni “Sardine Roll Permaisuri 👸” #fypシ #fyp ♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

 Sumber: Abang Rider

ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club