Sering juga terjadi, pemilik rumah dibebani dengan bil tertunggak daripada penyewa yang berpindah dan ini menyebabkan bil tersebut terpaksa pula dilangsaikan oleh pemilik sebelum menerima penyewa yang baharu. Hal ini pastinya menyusahkan dan sebenarnya ada cara paling mudah yang boleh dilakukan untuk menjaga hak pemilik kediaman daripada ‘terkena’ masalah seperti itu.
Caranya cukup mudah, hanya dihujung jari sahaja sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Hazwan Abdullah ini. Nak tahu lanjut, jom kita baca perkongsian penuh daripada dan semoga bermanfaat.
Cara tukar nama bil TNB dari owner lama ke owner baru secara online, hanya perlu IC copy sahaja.
1. Register dulu dekat https://www.mytnb.com.my/
2. Lepas register dalam port TNB tu, kita boleh monitor bil, bayar bil , tengok penggunaan semasa and etc.
3. Untuk tukar nama, dari owner lama ke owner baru atau dari tuan rumah kepada penyewa, step dia sama, kecuali dokumen saja yang lain.
3.Kalau tukar nama dari owner lama dan owner baru, hanya perlukan ic copy saja.
4. Untuk memohon tukar nama, boleh rujuk screenshot dekat bawah:
Step 1 : Dekat sini kita boleh add berapa banyak akaun TNB yang kita nak, boleh letak rumah sendiri, rumah paents, rumah mertua.
Step 2 : Untuk permohonan, tekan garis tiga dekat atas tue
Step 3 : Kemudian tekan apply
Step 4 : Untuk tukar nama dari owner lama ke owner baru atau tukar nama dari owner kepada penyewa, tekan
Ads
I am moving in, get me started
Step 5 : Dekat property address tue, isi alamat sama dengan alamat semasa bil TNB, dia akan automatic keluar.
Step 6 : Then, pilih i’m applying as
Step 7 : Pilih Individual
Step 8 : So kalau unit tue residencem, kita hanya perlukan ic copy sahaja untuk new owner.
Step 9 : Then, isi semua personal detail owner baru.
Ads
Step 10 : Ok dekat sini, electric supply date adalah bacaan akhir meter akaun yang lama, so penggunaan elektrik pada tarikh akhir yang kita pilih tue akan di bil kan kepada owner baru.
Pilih juga masa untuk bacaan akhir meter tue.
Kalau meter tue boleh access by TNB, tick jer.
Yang address tue, just click dekat same address kita bil hantar dekat adress yang sama.
Step 11 : Choose date
Step 12 : Choose time
Step 13 : Click same premise address.
Ads
Step 14 : Boleh download permohonan kita, just untuk reference kita. Upload ic copy new owner. Then, click all the requirement tue and click submit!
Ini sehari dua macam tu, TNB akan hantar email beritahu nombor akaun yang baru, lepas tu berapa deposit yang kena bayar.
Ni deposit yang kena bayar, berbeza jumlah berdasarkan jenis kediaman. Kalau apartment, RM 263
Lepas bayar deposit, kita akan terima satu email macam ni, so settle urusan tukar nama tanpa pergi ke kaunter.
5. Settle je permohonan tukar nama dekat portal, nanti kita akan terima satu email pengesahan untuk tukar nama.
6. Dalam sehari dua macam tue, staff TNB akan call kita untuk confirmkan permohonan kita.
7. Then, TNB akan hantar satu lagi email beritahu no akaun TNB yang baru , dan juga lampiran deposit berapa yang kita kena bayar. Deposit boleh di bayar melalui online banking kepada nombor akaun TNB yang baru tue.
8. Lepas bayar deposit, kita akan terima satu lagi email from TNB ( welcome email) , so settle dah tukar nama.
9. Let say, bil kita setiap 25 hari bulan, dan kita settle sebelum tarikh tue, bil yang baru terus atas nama kita.
10. Dalam proses permohonan tue, kita akan pilih bila tarikh akhir bacaan meter untuk akaun yang lama, sebagai contoh kita pilih 10 hb, so dari tarikh 26 hb hingga 10hb , penggunaan eletrik pada tarikh ni akan ditolak dari deposit owner lama. Selepas tarikh tue, penggunaan akan di caj kepada akaun yang baru
SETTLE !
Sumber : Hazwan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekali pandang tentu ramai tidak percaya dengan usia ibu anak lima ini adalah 51 tahun.
Ingin tahu apa rahsianya, ikuti perkongsian penuh daripadanya.
PETUA AWET MUDA DAN BERPANTANG.
Saya dihujani oleh ratusan (ye ratusan) permintaan di messenger meminta saya menulis tentang penjagaan diri serta petua yang saya amalkan.
Anda mungkin mahu panggil ini sebagai petua awet muda memandangkan usia saya pada tahun ini mencecah 51 tahun.
Gambar bersama anak yang kedua
Apa yang bakal saya tulis ini adalah amalan rutin saya. Yang menjadi sebahagian dari hidup saya sejak remaja atau di zaman persekolahan. Sebahagian besarnya sudah jadi kebiasaan kerana memang menjadi amalan dalam keluarga juga.
Jadi, bukanlah ke semua ini saya lakukan kerana terpaksa dan kerana nak dipandang cantik atau muda ya.
Namun, apa sahaja ilmu yang dikongsi, jika anda rasa dapat membawa kepada kebaikan, bolehlah diambil dan diamalkan juga nanti.
Alhamdulillah, walaupun sudah hampir 51 tahun usia saya, dengan izin Allah, saya tidak ada masalah kedut di wajah yang ketara termasuk di bahagian mata, tidak ada sebarang masalah sakit-sakit sendi, tapak kaki, lutut, mahupun badan, tiada sakit-sakit kepala, tidak ada masalah angin dalam badan, masih boleh membaca dan menulis tanpa menggunakan cermin mata, masih berambut lebat, tiada masalah kulit menggeleber….
Kalau nak diikutkan, boleh jadi saya boleh buat buku khas untuk penjagaan diri ini. Namun saya cuba ringkaskan di sini untuk bacaan anda semua ya…
1. Saya jenis seorang yang jarang dan boleh dikatakan tak suka minum air manis.
Antara keburukan minuman manis:
– Tambah berat badan.
– Tak puas minum atau susah rasa kenyang.
– Risiko diabetes.
– Melemahkan otot.
Lebihkan air masak atau air mineral ya.
2. Saya suka makan buah. Terutamanya buah yang kaya dengan Vitamin C.
Malam-malam kalau lapar, makan je buah. Dan antara buah yang saya selalu amalkan adalah Lemon! Yes, lemon sangat bagus untuk kekalkan keremajaan dan awet muda. Saya amalkan minum air lemon suam bersama madu setiap pagi dan malam!
3. Saya suka bersenam dan bersukan.
Saya memang suka bersenam dan bersukan. Ianya sejak dari zaman sekolah lagi. Sampailah ke hari ini.
Musim PKP begini pun saya masih bersenam selalu di rumah. Anda boleh lakukan banyak senaman yang nampak sungguh ringkas tetapi sebenarnya sangat mencabar.
Cubalah. Senaman boleh bantu detox, menjadikan kulit kita awet muda, anjal dan sihat. Senaman juga boleh bantu minda kita untuk berfikiran lebih positif.
4. Biasakan membaca selawat ketika membasuh muka.
Pertama kali saya kongsi ini kepada umum. Ini diajar oleh arwah bapa saudara saya sejak saya berusia 12 tahun lagi. Sejak itu saya amalkan selalu. Setiap kali mandi dan cuci muka, saya akan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Saya amalkan ini hingga sekarang.
Kata arwah bapa saudara, selain mendapat pahala, amalan ini dapat menaikkan seri jernih pada wajah. Wallahualam.
5. Saya suka ikut petua orang-orang tua. Contohnya:
– Tak boleh berkemban waktu nak makan.
– Amalkan pakai kain batik di rumah. (Yang sebenarnya kena selalu berpakaian yang ada “ikat” di pinggang, supaya kita tak makan banyak).
– Kurang minum ais.
– Tak makan bersulam air (makan selang seli dengan air).
– Mandi sebelum makan, bukan selepas makan.
– Banyak lagi (nanti you all boring pula nak baca).
6. Saya sentiasa ceria dan positif. Tidak suka negativiti.
Setiap masalah cuba atasi dengan cara positif. Selalu bersangka baik. Buat baik dengan semua orang. Pesan arwah ibu, biar orang buat kita…jangan kita buat orang. Macam tu lah. Simple tapi mudah dan bermakna bila orang tua berpesan.
7 TIPS MUDAH UNTUK KEKAL CERIA DAN BAHAGIA DALAM HIDUP:
– NEVER HATE. Usah benci apa dan sesiapa pun.
– DON’T WORRY. Jangan terlalu bimbangkan masa depan dan masa silam. Jangan bimbang dengan cakap orang. Jangan bimbang benda yang tak perlu.
– LIVE SIMPLE. Bersederhana selalu. Erm…
– EXPECT A LITTLE. Usah terlalu berharap dengan orang, dengan apa yang kita usahakan, dengan perkara yang kita belum pasti. Tenang selalu.
– GIVE A LOT. Amalkan banyak memberi dari menerima ya. Beri bantuan, sedekah, senyum, kata-kata baik. Beri bahagia. Apa sahaja yang baik.
– GIVE A SMILE. Selalu senyum dengan semua orang. Termasuk di waktu kita sedang bersedih.
– “KEEP IN TOUCH” with Allah. Yang ini semua boleh faham kan?
Kalau nak tahu, saya sangat susah untuk marah. Dan tak suka marah. Bila berdepan dengan orang yang sedang marah, saya akan cool sahaja…biar dia marah sorang-sorang hehe.
7. Saya suka jaga personaliti.
Mungkin sudah terikut dengan arwah ibu dan cara dibesarkan dalam keluarga kami, kalau boleh, saya sentiasa nak nampak kemas dan cantik. Setidak-tidaknya untuk diri saya sendiri.
Orang yang suka menjaga keterampilan. Duduk dalam rumah pun kadang bergincu hehe. Yang ni isteri-isteri harus praktikkan tau. Dalam rumah pun haruslah kelihatan berseri, kemas, bersih dan menarik! Usah bersiap hanya untuk keluar rumah sahaja. Namun bila di rumah, kata Ustaz Azhar Idrus… “Kadang sisik ikan pun ada melekat di muka”. Lucu tapi dalam maknanya.
8. Dengan izin Allah, saya jarang sangat selsema, batuk atau demam.
Mungkin kerana penjagaan makanan, pengambilan air yang cukup, juga kerana sering bersenam, saya jarang sakit. Kalau kerja, paling jarang MC. Alhamdulillah.
Dengan kata lain, kalau kita selalu jaga makan, kesihatan pun terjaga. InsyaAllah.
9. Suka makan ulam-ulaman.
Contohnya: Ulam raja, pucuk paku, ibu kunyit, pudina, daun selom (daun dalam laksa tu), pegaga dan macam-macam termasuk yang pahit, payau, berlendir. Segala ulam saya memang suka.
Sebab ini sudah jadi kebiasaan dalam keluarga saya sejak saya kecil. Jika susah nak dapatkan ulam, bolehlah digantikan dengan salad.
Saya juga suka makan halia muda dan kunyit muda sebagai ulam.
Jujurnya saya makan ulam bukan kerana nak awet muda, tapi kerana sudah ketagih dan terbiasa!
10. Saya sukakan rehat dan ketenangan.
Saya suka cari masa untuk diri. Rehat dengan cukup. Buat aktiviti yang saya gemari contohnya bercucuk tanam, menulis, membaca atau apa sahaja yang menceriakan hati kita.
11. Saya sentiasa cuba untuk jaga solat Tahajjud.
Kalau boleh tak mahu dan sangat tak suka nak kongsi ini. Bimbang ada yang fikir saya riak pula. Tapi saya nak ajak semua supaya amalkan yang satu ini. Ia adalah punca bahagia bagi banyak perkara.
Cubalah untuk sentiasa jaga Tahajjud. Kunci jam, bangun malam. Memang susah, tapi lama-lama dah terbiasa dan susah nak ditinggalkan. Dan kelebihan Tahajjud ni sangatlah besar. Ramai orang tahu tapi tak ramai yang buat. Jom kita cuba bangun tahajjud mulai hari ini.
Tahajjud adalah “ubat” bagi banyak perkara. Boleh buat kita tenang.
Dan orang-orang yang tenang, adalah orang-orang yang menang. Nampak tak bagaimana tenang itu boleh membuat kira rasa bahagia dan seterusnya awet muda?
12. Minum air masak dengan secukupnya.
Jangan malas atau culas ye. Cubalah minum air dengan secukupnya selama 2 minggu dah lihat perbezaan pada kulit wajah anda. Minum banyak air kosong untuk memastikan organ-organ badan berfungsi dengan baik. Jika tubuh badan kekurangan air, ia juga boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kusam. Masalah kulit ini membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua daripada usia.
.
13. Suka makan ikan.
Ini pun kerana sudah terbiasa dari kecil. Lauk kegemaran saya ialah ikan. Semua orang tahu ikan kaya dengan kandungan lemak omega-3 yang tinggi (contoh, salmon dan ikan sardin) baik untuk hati dan sistem saraf. Lemak Omega-3 juga akan memberi anda rambut dan kulit yang sihat.
.
14. Makan pisang.
Mungkin kebetulan, tapi buah pisang adalah salah satu “snek” kegemaran saya yang menyihatkan. Pisang kaya dengan kalsium yang khasiatnya membantu mengembalikan keseimbangan elektrolit serta menyerap lebihan air yang ada dalam tubuh.
15. Tomato.
Ini dah jadi sebahagian dari ulam kegemaran. Bila dah besar baru saya tahu dalam buah tomato terdapat pigmen merah (likopen) yang khasiatnya dapat untuk membantu untuk memperlahankan proses penuaan.
16. Skincare.
Gunakan skincare dengan rajin. Skincare adalah sama seperti baja untuk pokok. Pasti ada beza pokok yang berbaja dan tidak bukan? Usah beli skincare timbang!
17. BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN.
Saya tulis huruf besar ni. Sebab ramai wanita moden tak suka berpantang. Ambil ringan. Serta mungkin juga kerana tidak seiring dengan banyak pendapat moden. Tapi saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke 5 ya…
– MANDI AKAR KAYU setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang.
Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan. Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi.
– MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU.
Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital.
– BERURUT.
Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.
– BERTANGAS.
– KURANG PENGAMBILAN AIR.
Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.
– JAGA MAKAN.
Usah makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik). Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.
– BERSTOKIN.
Usah ambil remeh.
– PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS.
Jauhi aircond.
– PANTANG BERSAMA SUAMI.
(Kalau saya 100 hari, terserahlah).
– ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT.
– PANTANG KELUAR RUMAH.
– IKAT RAMBUT TINGGI SELALU.
Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.
Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Jangan culas kalau betul-betul nak jaga badan.
Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas dan culas, tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok. Tunggu bila berusia…. Kata orang tua, jika tidak berpantang ni, bukan sahaja diri yang akan merasa nanti, malah pasangan (suami) pun boleh “rasa”.
Berpantang ini juga boleh menjaga dan mengekalkan seri wajah. Pernah dengar tak orang tua-tua sebut “Hilang seri dia lepas bersalin….”. Ha, gitu.
Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun telah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.
Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu kepada faktor tersebut. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun dah banyak penyakit yang datang.
Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap, dan mengurut ini lah tujuannya. Kalau tak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh membuat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Jika malas, urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) boleh hadir. Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah ‘vena’ yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung.
Untuk mencegah varicose vein atau untuk mengelak supaya ia tidak menjadi bertambah teruk, ini lah panduan untuk anda:
– Senaman yang kerap untuk membantu pengaliran darah di kaki. Jika tak bersenam, boleh berurut.
– Kurangkan berat badan melalui penjagaan pemakanan dan senaman. Lagi gemok badan kita, lebihlah lagi tekanan lemak badan dan berat badan kita ke atas vena kita dan ini melambatkan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung.
– Elakkan berdiri lama-lama. Elakkan duduk bersila dan jangan duduk lama-lama sangat. Bangun dan berjalan. Walaupun anda pergi mengurut kaki dan badan, anda tidak boleh mengurut sepanjang masa. Satu-dua jam saja pengaliran darah sehari semasa mengurut, lepas tu duduk saja sepanjang masa itu masih tidak mencukupi.
– Bila berjalan, elakkan memakai kasut tinggi. Ini menyebabkan perubahan kedudukan badan dan melebihkan tekanan ke atas vena di kaki.
– Bila tidur malam, tinggi kan kaki sedikit di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan untuk membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung semasa kita tidur. Lagipun, tidur begini sangat rileks dan selesa.
(PANTANG BAGI YANG GUGUR kandungan pula kalau ikut orang dulu-dulu, kena berpantang lebih dari orang bersalin biasa….).
Sebenarnya, cantik adalah bersifat luaran dan sangat subjektif. Segala petua ini adalah lebih kepada penjagaan kesihatan diri. Kesihatan adalah sangat berharga dan tak dapat dijual beli.
Masa pula tak akan dapat kita putar kembali nanti. Jadi, jagalah diri.
Cukup lah dulu untuk kali ini.
Setelah baca ini semua, boleh tak kakak tanya. Berapa ramai dari pembaca yang mengamalkan berpantang dan penjagaan diri mengikut cara orang lama begini?
Sekali sekala menarik juga kita layankan selera anak-anak yang suka makan coklat bar dengan kita buat sendiri ramuannya. Tidak susah mana pun untuk membuatnya dan menariknya lagi kita boleh masukkan bahan-bahan seperti kekacang, buah-buahan kering atau sebagainya mengikut citarasa yang diingini.
Tidak dengan itu, pelbagai jenis bentuk boleh kita hasilkan dengan menggunakan acuan tertentu dan ini akan menarik minat anak-anak untuk menikmati coklat dengan rasa yang lebih menyeronokkan.
Jadi, apa kata kita ketahui dahulu resipi membuatnya sepertimana yang dikongsikan oleh Nenie Suehoney untuk menyediakan Bubble Rice Choco Bar, Selamat mencuba.
BUBBLE RICE CHOCO BAR
BAHAN BAHAN
500 gm chocolate masakan (sue guna milk compound brand berry’s)
25 ml Minyak masak (optional~tak letak pun xpe~letak myk, choc cepat melt)
bubble rice secukupnya
***boleh juga letak kismis/kekacang
PENYEDIAANNYA
1. Bakar (dalamm oven) bubble rice pada suhu 120°c selama 10min lebih kurang/sehingga rangup…ketepikan
2. Double boil chocolate masakan sehingga cair sepenuhnya….masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit choc ke dalam mould/cetak
4. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.
5. Tuang coklat yang dicairkan tadi ke atas bubble rice sehingga menutupi keseluruhan permukaan…hentak-hentak sedikit mould untuk ratakan.
Ektra tip : Pastikan choc suam2 kuku sebelum tuang ke atas bubble rice utk elakkan lemau
6. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika…. Dah sejuk/beku…boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia dimakan.
Ektra Tip : Sue letak minyak masak sikit, jd nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras… Just nice macam kita beli dekat kedai.
Agak-agak apa perasaan anda sebagai ibu bapa bila dapat tahu anak tiba-tiba membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak secara online? Nak marah, menangis atau gelak?
Jika ketiga-tiga perasaan ini ada pada anda, bermakna itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu, Sharifah Nur Adleen apabila anak keduanya, Muhammad Azil Azeez, 4 tahun telah membuat pesanan makanan tanpa pengetahuannya.
Diam-diam anak buat pesanan makanan
Ketika kejadian, Sharifah memberitahu kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu (13 November) ketika dia sedang menidurkan anak ketiga yang berusia setahun. Waktu itu, memang Azeez sedang tengok cerita kartun di telefon.
“Biasanya jika saya nak tidurkan adiknya, Azeez akan tengok sekejap cerita kartun di telefon saya untuk elak dia membuat bising. Cuma pada hari kejadian tu, dia ada beritahu “Mama, Azeez lapar..”
“Tapi saya kata tunggu adik tidur dulu baru saya akan baginya makan. Tak sangka pula dalam tempoh 15 minit tu, dia diam je sambil tengok telefon dan akhirnya tertidur dengan sendiri.
“Selepas dia tidur, tak lama kemudian tiba-tiba bunyi hon motosikal dari luar pagar rumah. Saya keluar untuk tengok siapa yang datang dan pelik tengok dua orang rider Food Panda datang untuk hantar makanan.
“Terkejut jugalah sebab nampak banyak plastik di tangan masing-masing. Saya cakap tak ada buat pesanan apa-apa pun. Jadi bila tengok saya macam keliru, mereka berdua tanya ini rumah Puan Sharifah ke? Saya kata betul..Tapi lagi sekali saya cakap tak ada buat pesanan.
“Waktu itu saya kata tunggu sekejap sebab nak tengok telefon. Bila saya ambil telefon di tangan Azeez yang sedang tidur memang sah dia yang buka aplikasi tu dan membuat tempahan,” katanya.
Perlu bayar lebih RM200
Tambahnya lagi, waktu tu terus terduduk depan pintu dan menjerit “MasyaAllah..Anak.. apabila tengok jumlah pesanan sekali dengan bayaran. Saya saling berpandangan dengan rider Food Panda.
“Dia orang siap tanya macam mana ni puan, banyak ni… Saya ingatkan orang yang beli ada buat kenduri ke sedekah ke. Masa tu saya terus tergelak sambil menitis air mata. Nak salah mereka pun sebab itu yang mereka dapat tempahan.
” Jadi saya tetap membayarnya dengan jumlah RM226.76 dengan 12 bungkus tomyam seafood, satu bungkus sup tulang, dua bungkus kerabu daging dan empat bungkus sup daging. Padai pula dia buat cash on delivery tu.”
“Mujurlah ada cash dalam beg dan kebetulan saya berniaga online. Kalau tak, memang tak tahulah. Nak marah Azeez pun sebab benda dah jadi.
Sharifah memberitahu dengan kuantiti yang banyak, memang tak mampu untuk dihabiskan satu keluarga. Jadi waktu itu, nasiblah ada jiran yang sudi membeli dan selebihnya saya sedekahkan.
“Sekarang memang saya dah uninstall aplikasi tu dulu untuk elak kejadian tak diingini lagi. Saya pun tak sangka dia boleh buat tempahan. Mungkin dia perhatikan setiap kali saya tekan untuk buat tempahan makanan mereka.
“Sebelum ini seminggu sekali saya akan reward anak-anak dengan makanan yang mereka minta kalau mereka buat sesuatu yang baik. Jadi selalulah guna aplikasi tersebut,” akhirinya yang menetap di Kuching, Sarawak.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.