Sekarang ini bila kita hidup di dalam norma baharu sudah menjadi kewajipan setiap kali kita berkunjung ke premis perlu scan QR Code, daftar di aplikasi Mysejahtera dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Mungkin ada yang belum tahu, sebenarnya QR Code ini bukan sahaja hanya boleh dibuat atau dimohon oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mendaftar untuk premis perniagaan sahaja dan kita sebagai orang biasa juga boleh mendaftar untuk dapatkan QR Code tersebut.
Oleh itu sempena raya tak lama lagi, tak salah untuk kita sebagai tuan rumah menyediakan QR Code untuk ditampal di depan pintu bagi memudahkan sanak saudara yang berkunjung untuk scan sebelum masuk bertandang ke rumah kita.
Cara untuk daftar juga amatlah mudah dan menurut perkongsian Normazila Miela hanya dengan 6 langkah, QR Code dapat diadakan. Nak tahu detail ini panduannya.
Kepada rakan-rakan yang nak buat QRCode untuk raya/majlis kahwin/apa2 majlis/kedai makan/apa2 jenis kedai yang belum sign up QR CODE lagi.
Di sini, saya nak share cara macam mana nak sign up. Senang sangat tau
Dengan QR Code ni juga, kita dapat memudahkan tetamu nanti, nak datang majlis / kedai terus scan je dengan menggunakan sistem My sejahtera !
Kalau dah siap buat, tapi nak update lokasi atau nak dapatkan semula QR code tu, boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh update semula details yang kita nak update.
Siapa penggemar sayur kangkung? Paling popular resepi kangkung goreng belacan memang sedap! Nak lagi berselera bila kita makan bersama nasi. Juadah ni ringkas sahaja tapi memang sedap.
Selain beli sayur di kedai, sebenarnya nak nak tanam kangkung ni mudah jer. Cara nak jaga dan hasilnya pun cepat. Oleh kerana itu ramai yang suka tanam kangkung ni di halaman rumah.
Kali ni, lihat perkongsian tanaman kangkung ditanam dalam tayar. Hasilnya dikatakan lebih cepat.
Jadi, apa kata kita tengok bagaimana cara wanita ini gunakan. Ikuti perkongsian oleh puan Sanisah Shakri.
Cepat dapat hasil
“Tip Tanam kangkong dalam tayar di musim pkp (lockdown) di rumah ,jangka pendek cepat dapat hasil.”
Campuran tanah: Guna sekam padi bakar + tanah
Benih biji kangkung beli di kedai jual baja.
Lepas 20 hari boleh tuai. Gemuk-gemuk daun kangkung!
Daun pisang banyak digunakan dalam penyediaan kuih dan masakan. Antaranya sebagai pelapik nasi lemak yang bukan sahaja selamat digunakan malah memberi aura bau wangi selain rasa yang menyelerakan.
Bagi yang tinggal di kampung tak hadapi masalah untuk mendapatkan daun pisang dibandingkan dengan yang tinggal di bandar. Jadi, nak tak nak kenalah tahu cara menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian oleh Ellyin Tan ini.
Dapat daun pisang ni byk dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.
Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
Masukkan dlm beg plastik dan simpan dlm peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.