
Asyik beli je taugeh tapi tak masak-masak lagi. Bila nak masak taugeh dah tak ‘fresh’ dah, bertukar jadi kuning dan lembik. Tentu rasanya tak sedap selepas di masak.
jadi tak payah susah-susah beli lagi, boleh tanam taugeh dengan cara paling mudah di rumah untuk dapatkan taugeh lebih bersih dan segar.
Ramai yang mencari cara tanam taugeh yang betul. Guna cara ni pun mudah sangat. Tanam dalam botol aje, dah boleh masak taugeh ‘fresh’ yang anda tanam di rumah.
Ikuti perkongsian oleh puan Nora Valo mengenai cara tuai taugeh dalam botol.
Tuai taugeh dalam botol.
Cara saya buat taugeh. Step by step boleh baca pada setiap gambar.
Sumber: Nora Valo
Tawaran murah set aksesori di meja makan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Mental Kena Kuat Masa Lalui Proses IVF Ni.” Siti Elizad Mula Jalani Rawatan IVF Kali Pertama

Umum mengetahui, pelakon dan juga hos, Siti Elizad akan menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Dalam perkongsianm terbarunya di instagram, Elizad mengakui gementar dan gembira namun dalam masa yang sama berharap peminat dapat mendoakan dirinya.
Salam & Selamat pagi kesayanganku semua . I would like to share my journey with all of you . Sekarang saya dlm proses IVF . Day 1 consultation session . Exited , nervous , happy , semua ada . Thank U utk korang yg tak henti2 doa , komen , Dm , wassap sampai hari ni , sgt2 saya hargai 🙏🏻 .
Im so touched . Most of the comments ckp “ mental kena kuat masa lalui proses IVF ni “ . Kita manusia biasa & of course letak harapan yg tinggi . But doakan ya . And honestly, mana2 yg senasib seperti saya , pls come forward and berjumpa Doctor , coz we never know , doa , usaha , tawakal .
Btw terima kasih Dr Azlin , Dr Michelle , Dr Siti , Dr Salleha & the rest of the team . Very friendly & supportive ❤️ . To those yg nak cuba rawatan IVF boleh sama2 disini @sophea_fertility 0376228622
P/s : Doctor pesan suruh happy2 & positive selalu !
View this post on InstagramA post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on
Sumber: IG elizadsharifuddin
Bila Anak Malas Pergi Sekolah & Selalu Pula Tidur Dalam Kelas, Kata Penceramah Dr Shukri Abdullah Kena Semak 4 Perkara Ni!

Pemantauan dalam pembelajaran anak-anak umumnya kita sebagai ibu ayah sangat ambil berat tentang hal ini.
Namun andai pelbagai cara telah dilakukan, tetapi anak masih malas hendak ke sekolah, suka tidur dalam kelas, malah lambat tangkap pula apa yang diajar, maka sebaiknya kita semak semula 4 peraturan yang dikongsikan ini.Jom semak.
4 Peraturan Penting Mendidik Anak di Rumah.
Benda ni nampak simple, tapi kesan dia sangat besar dalam diri anak-anak.
Kalau anak malas pergi sekolah, selalu tidur dalam kelas, lambat tangkap semasa cikgu mengajar maka semak la semula 4 peraturan ni.Ada atau tidak.
Menurut hasil dapatan dari ceramah Dr Shukri Abdullah semalam ini 4 peraturan yang wajib ada dalam setiap rumah.
1. Perihal Solat
Didik anak solat ni penting. Kalau tak ajar anak hormat agama, hormat Allah, makanya susah juga dia nak hormat mak ayah.
Apatah lagi cikgu di sekolah, lagi la tak di hormatinya. Bila tak hormat mulalah kena marah sikit berdendam, cikgu mengajar di depan dia tidur.
Sujud ini yang akan bentuk anak kita jadi manusia cemerlang. Tak bongkak, tak keras kepala dan mudah di lentur. Percayalah mak ayah sekalian.
Solat banyak manfaatnya. Salah satunya ialah ia mendidik anak tentang displin. Solat kena ikut waktu, dan tepat pada waktunya. Tak boleh ikut suka hati nak solat. Ini displinnya.
Jaga solatnya maka terjaga akhlaknya.
2. Perihal Belajar
Pastikan ada waktu belajar semasa di rumah setiap hari, setiap minggu. Tegas beliau lagi, belajar bukan buat kerja sekolah sahaja. Kalau tak ada kerja sekolah tak perlu belajar.
Bukan begitu!
Kerja sekolah tu hanya latihan, untuk memantapkan lagi pemahaman apa yang di belajar di sekolah.
Selain tu, anak kena buat sendiri ulangkaji pelajaran, baca buku berulang kali, buat latihan tambahan dan latih tubi sebanyak yang mungkin. Ini maksud belajar di rumah.
Mak ayah kena beri sokongan penuh. Semasa anak belajar jauhkan segala gangguan, tutup televisyen, tutup handphone. Ini berkenaan masa depan anak kita juga.
Pengorbanan mak ayah hari ini boleh jamin masa depan anak-anak.
3. Perihal Tidur
Tidur kena cukup. Tidur kena awal. Jam 9-10 malam mesti kena tidur dah. Baru anak tak susah nak bangun pagi. Bangun pun tak layu. Jangan ajar anak tidur lewat walaupun cuti sekolah.
Dah terbiasa tidur lewat nanti susah nak hilangkan tabiat tu. Tabiat nak buang bukan mudah. Boleh bergaduh bab tabiat ni. Dendam pun ada.
Sebelum tidur jauhkan pengaruh skrin seperti televisyen, handphone, tablet dan sebagainya. Benda ni semua parasit. Parasit ni la yang akan hasut mata anak kita untuk terus leka main games, tengok video dan main media sosial.
Lagi satu penting! Jangan bagi anak bawa telefon masuk bilik tidur. Percayalah, mereka tak tidur. Mesti main handphone punya sampai ke tengah malam.
Tidur ni kalau betul-betul jaga boleh jadi penawar segala penyakit termasuk penyakit malas dan ketagihan. Kalau sanggup tak tidur main handphone maknanya anak dah sakit la tu.
4. Perihal Sarapan
Anak yang tak bersarapan waktu pagi akan pergi sekolah dengan otak seakan sama seperti orang tua umur 70 tahun.
Lembap, tak fokus dan mudah berangan !
Ini punca anak tak bertenaga semasa di kelas. Bukan sahaja fizikal tapi mental juga. Cikgu mengajar dia lambat tangkap, dalam kelas boleh tertidur dan paling parah cikgu mengajar tapi fikiran dia melalut perkara lain.
Remeh je kan sarapan ni, tapi kesan dia amat dasyat sekali.
Saranan beliau lagi, sarapan paling baik waktu pagi makanan yang ada protein seperti ikan, telur, ayam, kekacang, daging dan susu.
Selain perut kenyang, otak anak pun lebih cergas dan mudah tangkap bila belajar. Insyaallah.
Begitulah, sebenarnya kalau nak anak kita jadi hebat di dunia yang luas ini mulanya mesti dari rumah.
Mak ayah la kena tunjuk contoh teladan yang betul. Bak kata pepatah, kuih mesti ikut acuannya kan.
Kalau kita boleh ikut 4 peraturan ni dengan baik, nescaya anak pun tak akan banyak beri masalah pada kita kelak.
Sumber : Mohd Fhais
Belum terlambat untuk berubah, nak anak berubah kita kena berubah dulu.
Elak Anak Minum Air Terendam Semut, Ibu-Ibu Kena Tahu Cara Elakkannya!

Memang jadi masalah kalau semut mula buat sarang di rumah kita.
Semut yang bersarang di rumah kita adakalanya buat kita rasa rimas. Mana tidaknya pantang sahaja makanan ditinggalkan tanpa bertutup, mulalah semut datang bertandang.
Lagi bimbang jika semut memasuki bekas air di rumah kita. Tak mahu anak dan keluarga alami masalah pelupa gara-gara minum air bersemut.
Makanan manis terutamanya paling berisiko. Jika bimbang menghapuskan semut menggunakan ubat semut atau semburan atas faktor keselamatan anak kecil yang
ada dalam rumah, apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan di blog fydahnoh.com ini. Sebenarnya ada banyak petua bagi menghalau semua ini secara semulajadi. Jom cuba.
Tabur Serbuk Kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk.
Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
Daun Sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Kulit Telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
Kulit Timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
Air Serai Wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut
tidak boleh panjat meja. Tip halau semut yang suka hurung bekas gula atau makanan
Asam Gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak
akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
Cili Kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas. Letakkan sedikit bunga cengkih bersama.
Bawang Merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
Selamat mencuba!