Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Maksud pepatah ini sangat sesuai bila dikaitkan dengan rezeki yang diperolehi oleh seorang pemuda yang berasal dari Selangor ini apabila namanya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.
Umum mengetahui kerajaan Arab Saudi telah mengenakan beberapa syarat khas bagi melindungi daripada penularan pandemik COVID-19. Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi tahun ini dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja.
Memetik berita di Harian Metro, Ahmad Najhan yang juga seorang jururawat wad pembedahan di Hospital Pakar King Faisal, Jeddah antara 263 rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia yang dipilih menunaikan haji menggunakan kuota Arab Saudi.
“Saya bersyukur dan menangis sebaik diberitahu nama saya terpilih dalam kalangan 60,000 jemaah haji kuota Arab Saudi untuk menunaikan rukun Islam kelima ini,” kata Ahmad Najhan Hassim, 30.
Berkat Jaga Orang Tua
Bagaimanapun, dia menganggap tuah itu kerana berkat menjaga arwah ibu bapanya sebelum dia memilih untuk berangkat ke Arab Saudi untuk bekerja.
“Sebaik nama saya terpilih, saya terus terbayang di fikiran wajah ibu dan bapa yang sudah meninggal dunia.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi menerusi Facetime, hari ini.
Dia yang berasal dari Taman Seri Gombak, Selangor berkata, dia terpilih bukan atas tiket paramedik atau petugas kesihatan tetapi sememangnya sebagai jemaah haji untuk 2021.
“Syarat untuk jemaah haji dibuka kepada mereka yang berada di Arab Saudi iaitu bekerja dan bermastautin di sini.
“Saya difahamkan, lebih 500,000 permohonan diterima, hanya 60,000 dipilih dan daripada jumlah itu 263 adalah rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sini,” katanya.
Ads
Terpilih Tunai Rukun Islam
Menurutnya, dia mendaftarkan diri pada 13 Jun lalu dan dua minggu lalu menerima perkhabaran gembira dia dipilih menjadi tetamu Allah itu.
“Mungkin ini berkat dan jasa saya menjaga arwah ibu dan bapa yang meninggal dunia 2014 akibat sakit tua.
“Saya tidak boleh mengupah haji untuk mereka sebab saya sendiri kali pertama menunaikan ibadah ini,” katanya yang masih bujang.
Anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata, dia pun tidak menyangka dalam usia 30 tahun dan cabaran menghadapi pandemik itu dia terpilih menunaikan rukun Islam itu.
“Sebenarnya saya sudah membuat permohonan sejak tahun lalu menggunakan kuota kakitangan hospital.
“Tetapi tahun lalu, hanya seorang saja dari hospital kami dapat panggilan ini.
Ads
“Saya percaya jika belum rezeki dan panggilan Allah belum tiba buat kita, kita mohon macam mana sekalipun pasti bukan rezeki kita,” katanya.
Menurutnya, dia berpuas hati dan memuji pengurusan cekap Kementerian Haji Arab Saudi yang menguruskan jemaah dengan sangat lancar dan teratur.
“Alhamdulillah kita perlu akur dengan keadaan semasa, pengurusan yang sangat teratur dan khemah semua mempunyai penghawa dingin.
Foto : myMetro
“Malah, saya menggunakan pakej ‘semi VIP’ berharga sekitar RM14,000 dan diharap semuanya dipermudahkan,” katanya.
Menurut Ahmad Najhan yang sudah tiga tahun bekerja di Arab Saudi, syarat menunaikan haji kali ini perlu lengkap menerima dua dos vaksin jenis Pfizer atau Astrazeneca dan tidak perlu melakukan ujian calitan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Demikianlah dengan apa yang diperolehh Candrakant Tare, seorang nelayan dari Palghar.
Ikan ’emas laut’
Dalam satu laporan oleh India Times, dia keluar memancing bersama rakannya pada 28 ogos lalu tidak menyangka bahwa mereka akan berjaya mendapat tangkapan 157 ikan ghol yang dikenali sebagai ’emas laut’.Hasil tangkapan itu dilapor telah berjaya dijual dengan harga Rs 1.33 crores (sekitar RM739,110.00). Lelongan ikan tersebut diadakan di Murbe, Palghar dan keseluruhannya dibeli oleh peniaga yang berpangkalan di Uttar Pradesh dan Bihar.
Ikan yang jarang ditemui
Ikan yang nama saintifiknya ‘Protonibea Diacanthus’ merupakan sejenis ikan croaker. Kerana pencemaran, ikan seperti ini sangat jarang ditemui di kawasan berkenaan. Nelayan di daerah itu perlu menjelajah jauh ke laut untuk mendapatkan hasil tangkapan yang baik.
‘Ikan dengan hati emas’ miliki nilai dalam perubatan
Menurut India Times, ikan ini juga dikenali sebagai ‘ikan dengan hati emas’ kerana mempunyai nilai dalam bidang perubatan.
Sumber kolegan berkualiti tinggi
Ikan Ghol mempunyai sumber kolagen yang berkualiti tinggi, yang digunakan dalam pembuatan makanan dan juga produk kosmetik. Ia dianggap sebagai pengganti gelatin babi dan sapi.
Menanam semula lebihan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, bolehlah dianggap satu cara yang mesra untuk beginner memulakan langkah bercucuk tanam di laman rumah. Cara ini juga nyata tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Puan Farizah memulakan tanaman sawi dengan hanya bermodalkan RM 1. Cukup menarik dan ini telah dikongsikan diakaun fbnya untuk manfaat bersama. Oleh itu, bolehlah dicuba untuk kita yang baru berjinak-jinak ingin bertanam sayur. Jom semak!
Mula mula memang saja nak cuba jer. Tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Ok beli seikat sawi di kedai RM 1, potong tapi yang bahagian bawah tu jangan tinggal. Terus tanam, tak perlu tanah yang luas pon. Siram setiap pagi dan petang.
Setelah beberapa minggu, keluar tunas baru. Teruskan siram dan belai belai manja. Pujuk dia supaya hidup.
Ini masa hati berbunga riang. Daun mula melebar. Bunga baru nak keluar.
Selepas beberapa minggu, pokok akan meninggi, dan keluarkan bunga. Inilah bunga sawi bewarna kuning. Teruskan siram pagi dan petang. Jangan skip.
Sampai satu tahap, pokok akan keluarkan biji sawi. Sekali pandang macam cili tapi dalam tu lah biji sawi.
Pilih biji sawi paling matang. Semai semula dalam pasu. Keesokan harinya dah keluar anak pokok sawi yang kecik kecik tu.
Yang besar tu, Cikjah try and error cucuk kucai incase sawi tak tumbuh, daku tak kecewa sangat sebab ada kucai backup dalam 1 pasu. Hehe Alhamdulillah, hidup pulak dia.
Benih sawi boleh disemai dengan menggunakan kulit telur. Selepas bercambah, bolehlah anak benih pokok sawi ditanam di atas tanah. Kulit telur yang selama ini dianggap ‘sampah’ jangan dibuang-buang lagi. Boleh digunakan untuk menyemai pokok sawi.
Jika anda berhajat untuk menyemai benih sayur sawi, boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Hadijah Abu Bakar ini. Menurut beliau cara semai ini juga lebih mudah.
Berikut langkah-langkah menyemai benih pokok sawi:
1. Pecahkan bahagian atas kulit telur supaya ada ruang untuk masukkan tanah. Pecahkan juga sedikit di bahagian bawah.
2. Basuh dulu kulit telur sebelum letak tanah di dalamnya untuk elak semut atau tikus. Kemudian bolehlah masukkan tanah, boleh gunakan tanah hitam atau tanah sawit.
3. Masukkan 3 biji benih dalam satu telur kemudian letak di tempat redup.
4. Apabila sudah naik 3 daun bolehlah dialihkan ke tanah.
5. Cara alih, pecahkan telur supaya akar dapat merebak dan terus semai dalam bekas atau batas.
Selain sawi, biji benih sayur lain juga boleh disemai menggunakan kulit telur juga. Selamat mencuba!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...