Siapa sangka, sambutan perayaan Thaipusam hari ini dikejutkan dengan kisah seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam kereta.
Dengan bantuan orang awam yang sedang meraikan perayaan itu, wanita itu selamat melahirkan bayi.
Lebih sebak, mereka bertindak pantas menutup dengan kain ketika wanita ini sedang melahirkan bayi. Nyata aurat wanita itu terjaga biarpun dalam keadaan bertarung nyawa melahirkan bayi.
Kisah manis ini dikongsikan menerusi satu hantaran di laman facebook LK Savantharaja, memaklumkan kejadian yang berlaku awal pagi tadi di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves.
Ianya Berita Gembira!!! ( KISAH THAIPUSAM )
Tadi , saya dan beberapa orang penganut yang datang di Kuil Sri Subramaniyar Batu Caves ternampak seorang wanita menjerit meminta tolong di sebelah sebuah kereta (luar kuil).
Kami terus berlari menghampiri kereta tersebut. Ternampak seorang wanita Melayu yang ingin bersalin di dalam keretanya. Segera saya dan beberapa wanita lain menutup cermin kereta dengan lain (vesthi) yang diberikan oleh saudara kita yang berjalan ke Kuil bersama Paal Kudam untuk menunaikan nazar mereka.
Semasa bayi keluar,(selamat dilahirkan) beberapa kali saya memberitahu ”Kakak, awak dan anak dirahmati.”
Ads
“Saya berasa sangat gembira selepas kakak itu selamat melahirkan bayi perempuan yang cantik (masa sekitar 7:24am).
Saya juga membantu dengan mendapatkan pisau bagi memotong tali pusat bayi tersebut. Semua yang datang menghulurkan bantuan mendoakan ibu dan bayi itu.
Ambulans tiba tidak lama kemudian selepas bayi selamat dilahirkan… Sebelum pergi hospital , saya sempat berswafoto dengan ayah ayah bayi berkenaan (untuk kenangan.)
Apa yang pasti, perkongsian itu telah mendapat perhatian seluruh warganet yang meluahkan rasa sebak dan gembira bahawa itulah suasana harmoni dan kasih sayang yang sentiasa ada dalam masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Musim cuti sekolah biasanya berkhatan antara aktiviti wajib yang dilakukan oleh ibu bapa kepada anak lelaki. Lebih-lebih lagi yang sudah sesuai untuk melakukannya.
Bagi pelakon cantik manis, Datin Diana Danielle menerusi satu temu bual memberitahu amat bangga dengan keberanian anak lelakinya, Muhammad yang baharu berusia lima tahun untuk melalui proses berkhatan.
Diana, 28, berkata, keputusan untuk berkhatan itu dibuat sendiri oleh Muhammad selepas berasa tercabar dengan sepupunya yang sudah bersunat.
“Kalau ikutkan saya rasa memang macam masih terlalu awal… Saya tidak paksa atau suruh tetapi dia sendiri yang beritahu mahu bersunat.
“Dia rasa tercabar dan tidak mahu ketinggalan apabila kebanyakan sepupu lelakinya sudah pun berkhatan jadi dia mahu melalui proses sama.
Diana yang juga isteri kepada Datuk Farid Kamil menerusi laman instagramnya memuat naik cerita anak lelakinya itu telah selamat berkhatan dengan menggunakan kaedah laser di di sebuah klinik di Seremban.
Tambah Diana lagi, anak sulungnya itu memang seorang yang berani.
“Alhamdulillah dia seorang yang berani dan saya sendiri pun tak sangka dia betul-betul dengan keputusannya itu,” katanya.
“Muhammad hanya menangis ketika diberikan ubat bius namun selepas kesan ubat itu hilang, kanak-kanak itu mula menyesal dengan keputusannya.
“Dia menangis kerana kesakitan dan beritahu menyesal kerana bersunat… Tetapi itu pada hari pertama sahaja dan sekarang keadaannya semakin pulih,” katanya.
Selain mendapat perhatian ibu dan ayah, Muhamad juga turut ditemani adiknya. Lucunya, si adik siap membawa bersama mainannya untuk menemani si abang. Bertuah dapat adik yang prihatin macam Aurora ni kan.
“Semua yang berlaku ada hikmahnya” – Redza Syah gembira dapat luangkan masa bersama anak dan isteri barunya. Selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan atau lebih dikenali Redza berkongsi hantaran bersama keluarganya.
“Semua Yang Berlaku Ada Hikmahnya”
Redza meluahkan rasa gembira dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.
“Alhamdulillahirabbilalamin…Had a good time with family, structuring, catching up, bonding, quality time and friendship…All things happened with hikmah…Thank you and appreciate Baby @cachasalim , Abang Irfhan & Kakak Naylie for the strong support for Daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, InsyaAllah,” Redza Syah Azmeer.
Menerusi hantaran di Instagram, Redza mengucapkan terima kasih kepada dua anaknya dan isteri iaitu Fiza atau dikenali sebagai Cacha Salim kerana menjadi sumber kekuatan diri.
Redza Syah Gembira Dapat Luang Masa Bersama Anak & Isteri
Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan.
Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, Insya-Allah.
Redza turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan momen mereka sekeluarga ketika bercuti dan berkelah bersama.
Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagiaan buat Redza dan keluarganya. Syed Irfhan kini berusia 11 tahun dan Irma Nur Naylie dan 10 tahun.
Sebelum ini Redza Syah Azmeer ada memuat naik hantaran gambar perkahwinan dengan seorang wanita di Instagram. Dalam hantaran itu, Redza menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita terbabit.
Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Namun, hati ibu dan ayah ini cukup besar dan cekal orangnya. Betapa kuatnya suami isteri ini melangkah, kental jiwanya biar diduga dengan ujian yang sedemikian hebat. Bukan calang-calang orang dan mereka adalah antara insan terpilih. Keterbukaan Muhammad Hamka menceritakan perihal anak istimewanya pasti memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Namun Muhammad Hamka atau dikenali sebagai Hamka Mekar menerusi facebooknya, dan isteri Nurhaniza memilih untuk REDA, kekal KUAT demi anak-anak tanpa menyimpan rasa kecewa mahupun mahu mempersoalkan apa yang sudah ‘dihadiahkan’ oleh Yang Maha Pencipta untuk mereka. “Iman sekarang berumur 6 tahun, dulu kami tak tahu apa-apa tentang OKU ( Orang Kelainan Upaya), autism, anak 3 tahun tak bercakap ingat dia normal sebab anak bongsu, manja sikit, tapi hinggalah waktu hantar anak ke tadika 4 tahun, gurunya kata Iman tak sama dengan kanak-kanak lain, mungkin dia anak OKU kata gurunya.
“Tapi ibu bapa mana yang mahu anaknya OKU, lalu kami nafikan dan tetap hantar sekolah tu walaupun tahu anak tak belajar apa sebab bukunya kosong, cikgu cakap, anak banyak tidur dan jika tak tidur kacau orang, lalu saya baca di internet masalah anak dan syak anak saya ni autism.
“Bila bawa dia jumpa doktor tak boleh sahkan, banyak ujian cara kerja, pertuturan, bertulis tapi tak dapat sahkan kerana bukan pakar, masa terbuang, sementara itu anak di sarankan hantar ke tadika lain oleh guru tadika sebab tak normal. Masa tu susah cari tadika yang boleh terima anak OKU, tadika khas untuk anak autism dah penuh dan kena tunggu giliran,” ujar Muhamamd Hamka memulakan bicara awal tentang anak istimewanya. Nampak tanda autism pada anak
Nasib menyebelahi mereka kerana kebetulan kawan Muhamamd Hamka membuka tadika sendiri, Lalu pasangan ini mengambil keputusan menghantar anak mereka ke sana.
“Walaupun Iman di hantar belajar ke sana, namun dalam masa yang sama saya masih terus buat ujian masalah anak di hospital. Sambil tu berdoa agar doktor cakap anak kami bukan OKU cuma speech delay.
“Dipendekkan cerita, masalah timbul bila bisnes tadika kawan saya itu rugi dan tadika terpaksa ditutup. Jadi saya terpaksa menjaga anak sendiri. Jadi saya terpaksa bawa dia ke mana-mana, masuk pejabat sama-sama, Bersama dengannya 24 jam, saya tak boleh nafikan lagi, memang saya nampak tanda autism yang jelas pada anak saya lalu saya minta doktor yang selalu saya jumpa agar dapat tulis surat untuk saya rujuk pakar kanak-kanak.
“Waktu tu umurnya sudah lima tahun, baru dapat jumpa doktor pakar, dan terus disahkan autism. Maka saya terima, saya ada anak OKU, dan saya pun belajar uruskan anak ini, rupa rupanya bila hati kita dah terima, maka mudah sahaja nak jaga anak OKU ni. Yang susah bila kita tak terima, jadi pesan saya, apa pun masalah anak, kita niat nak uruskan. Sebab hidup ini bukan untuk dirisaukan, tapi untuk di urus. Ramai orang gagal urus kejayaan hingga buat maksiat, dan lebih ramai lagi yang gagal urus ujian hidup hingga juga buat maksiat, jadi saya ada anak OKU dan saya okey,” ujar Muhammad Hamka lagi. Bertanya soalan aktiviti bonding time
Biarpun memiliki anak istimewa, namun Muhammad Hamka dan isteri memastikan ‘bonding’ antara keluarga dipraktikkan sebaik mungkin.
“Kami akan cari sebanyak masa yang ada untuk buat aktiviti bersama. Dengan anak normal, saya banyak ajar mereka bertanyakan soalan, apa sahaja soalan dan jika mereka tiada soalan, saya akan tanya. Dari situ akan dapat tugasan atau sasaran untuk di selesaikan bersama, bagi anak syurga pula saya ikut nasihat pakar dan cuba bermain permainan yang mampu meningkatkan kemahiran motor, pertuturan dan pergaulan.
“Dalam permainan anak tanya ayah jawab (biasanya dalam kereta, di meja makan, atau sebelum menonton) dari kesempatan saya menjawab soalan tentang masalah hidup dari anak-anak, dari masa ke semasa saya terangkan kelebihan ada adik syurga, kenapa dia adik syurga? Bagaimana dia bantu kita di sana dan bermacam macam lagi semuanya melalui komunikasi bersemuka. “Memandangkan anak saya tiga di asrama, dua di rumah, maka memang banyak masa bersama anak istimewa, jadi tak dapat di nafikan layanan pada anak istimewa ini lebih sebab dia pertama seumpamanya dalam keluarga kami dan semoga anak- anak lain faham kenapa ayah terpaksa pecah kecilkan kasih sayang dan untuk anak syurga, potongan ‘kek kasih sayang’ itu tidak dapat tidak, lebih besar,” jelas Muhammad Hamka lagi.
Bersyukur dan bersabar tip elak hidup tertekan
Dalam pada itu, Muhammad Hamka turut berkongsi tip mengelakkan diri dari tertekan.
“Saya dan isteri mengamalkan dua perkara dan cara ini membolehkan semua masalah hidup menjadi mudah insya-Allah. Dua cara tersebut adalah bersyukur dengan segala nikmat walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabar dengan segala ujian walaupun sekecil kecil ujian, saya bersyukur juga dikurniakan pasangan yang berjiwa ‘fighter’.
“Teringat saya pada kisah di mana ada orang jumpa Nabi dan beritahu tak pernah cium anak-anak sebab sibuk beribadat, dan Nabi kata, sebaik baik manusia tapi masih mencium anak, memeluk dan berkasih sayang. Ada juga pesan ulamak: Siapa yang tak bagi masa pada anak dia, maka anak dia akan hilang dari dia. Suami yang tak bagi masa pada isteri dia, maka isteri akan hilang dari suami dia. Orang yang tak bagi masa pada agama, maka agama akan hilang dari orang itu. Orang yang tak bagi masa pada al-Quran, maka al-Quran akan hilang dari orang itu. “Demi masa, semua manusia dalam kerugian. Maka silalah kreatif dalam mencari masa untuk banyak bersama anak- anak, dalam kereta main teka teki, mesyuarat bila di rumah, bincang isu semasa waktu makan, dan banyak bermain bersama mereka, sungguh anak cepat membesar, maka banyakan masa ‘peluk’ mereka agar ‘lambat’ membesar,” jelas Muhammad Hamka tatkala diminta memberikan tip ‘bonding’ yang dipraktikkan mereka sekeluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.