Makan

Trik Simpan Sayur Yang Siap Dipotong Supaya Tahan Lama & Tak Layu, Nampak Segar Walau Sudah Berhari-hari

Share

Menyimpan sayur terutama yang telah siap dipotong-potong supaya kekal segar dan tahan lama memerlukan cara yang betul. Hasilnya barulah sayur tidak lembik, busuk dan lebam. Memang memudahkan apabila kita dapat membuat stok sayur bagi memudahkan kerja-kerja memasak di dapur.

Trik Simpan Sayur Yang Siap Dipotong Supaya Tahan Lama & Tak Layu

Bagi menjimatkan masa, bahan masakan seperti sayur dan bawang akan dipotong siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk. Ketika inilah kita berdepan dengan masalah sayur tidak tahan lama dan mudah layu jika tidak disimpan dengan baik.

Berikut dikongsikan tip menyimpan sayur siap potong agar kekal segar dan tahan lama.

Nampak Segar Walau Sudah Berhari-hari

BAHAN-BAHAN:

Sayur
Plastik pembungkus jernih/ziplock atau plastik aluminium (contoh plastik pembungkus keropok mini atau oat)
Tisu

CARA-CARA:

1. Ambil tisu dapur dan masukkan ke dalam plastik. Guna 2-3 keping.

2. Kemudian masukkan lebihan potongan sayur. Sebaiknya, simpan ikut jenis agar tidak bercampur. Jika guna plastik aluminium terpakai, lap dan bersihkan permukaan dalamnya menggunakan tisu dan alas dengan tisu kering sebelum memasukkan sayur.

3. Elakkan dari membasuh sayur menggunakan air kerana ia akan membuatkan sayur  lebih cepat busuk. Basuh bila anda sedia untuk memasaknya. Tetapi jika lebihan sayur sudah dibasuh, keringkan sahaja lebihan airnya.

4. Kemudian masukkan sayur di dalamnya plastik dan buang udara dari dalam paket. Kemudian zip atau lipat kemas.

5. Simpan dalam peti sejuk di ruangan sayuran. Hasilnya, sayur yang dipotong boleh bertahan hingga 1 minggu tanpa layu.

Sumber: Majalah RASA