Trend Door Gift Kenduri Semuanya Rare. Seronok Kalau Dapat, Tu Rasa Nak Pergi Kenduri Anak Beranak!

Share

Seperti sudah menjadi trend di majlis perkahwinan hari ini tetamu yang hadir bukan lagi dihadiahkan dengan bunga telur semata-mata atau sebunjut beg kertas yang diisi dengan pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok mahu pun gula-gula.

Malah menariknya jika menjadi tetamu di majlis perkahwinan hari ini, pulangnya kita sekeluarga akan dibekalkan dengan pemberian tanda kasih pengantin yang cukup kreatif atau ayat yang lebih tepat, suatu pemberian yang cukup rare!

Mungkin ada antara kita mempunyai pengalaman tersebut,pelbagai bentuk hadiah dan ole-ole diterima daripada keluarga pengantin dan keunikan ini seronok juga untuk kita kongsikan di media sosial.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nornafishah Zamry -Omma yang telah menghadiri majlis perkahwinan pada beberapa hari yang  lalu dan mendapat gift bihun daripada pengantin.

Rupanya Bukan Kita Je Buat Begitu

Ini pula respon kenalannya dan terbukti rupanya di negara jiran kita juga telah lama mengamalkan adat memberi barangan makanan kepada tetamu yang bertandang.

Selain itu turut dikongsikan beberapa lagi pemberian rare yang pernah di terima Nor Scha, Aishah Mazlan dan Azie Cotton iaitu berupa kicap jalen yang comel.

Selain itu, tidak dinafikan masih ramai juga yang mengekalkan memberi bunga telur, dan ini antara bunga telur yang cukup special dan lain daripada yang lain diterima oleh Lysa Asraf dimana bunga telur tersebut dikait dengan benang.

Manakala meninjau di twitter, perkongsian daripada @aleeyahawyeah berkongsi apa yang telah dibawa balik oleh ibunya setelah pergi kenduri kahwin, iaitu door gift berupa sebekas tupperware berisi mi segera.

Dan ini pula bolehlah dikatakan cukup kreatif dan rare melalui perkongsiang PU Ng Koq, yang dikatakannya cukup cool dapat door gift dari wedding di Muar yang dihadirinya pada dua tahun yang lalu.

Bunga telur yang dibuat dengan menggunakan kulit kayu manis dan dihias dengan bunga-bungaan. Cukup kreatif dan bolehlah dijadikan idea untuk bakal pengantin yang lain pula.