
Pampas Grass bila dijadikan hiasan di dalam rumah tidak dinafikan nampak menarik dan unik. Jika ada yang belum tahu, dekorasi dengan konsep pampas grass ini adalah menggunakan spesis rumput yang keperang-perangan dan apabila diletakkan di dalam pasu menyuntik gaya yang tersendiri.
Perletakkan tumbuhan tersebut kini menjadi trend di mana sebelum ini begitu popular menjadi hiasan di pelaminan. Disebabkan permintaan yang tinggi, harga yang ditawarkan dipasaran kadang kala terlalu tinggi.
Jadi untuk anda yang ingin lebih berjimat, apa kata ambil idea yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @irdiebell. Siapa sangka tanpa menggunakan bajet yang besar dan sekadar RM2, dia juga telah boleh menggayakan ruangan kediamannya dengan konsep ala-ala tropika dengan adanya pampas melengkapkan dekorasi.
Pemilik video ini juga berkongsi langkah demi langkah untuk hasilkan pampas dengan bajet RM2.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Penyapu, Pusau, Botol Air, Clear Spray
Step 1: Leraikan penyapu
Step 2: Kemudian spray dengan clear spry
Step 3: Keringkan
Step 4 : Susun di dalam pasu mengikut kreativiti
Siap .
Meninjau di ruangan komen, rata-rata teruja untuk mencuba dek kerana kos yang diperlukan cukup murah dan hasilnya nampak cantik. Malah ada juga yang memberi cadangan dan tip untuk mencantikkan lagi hiasan pampas tersebut.
Sumber : @irdiebell
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ada Yang Cakap, Jangan Mengandung Nanti Anak Macam Suami…” 4 Tahun Sukur & Isteri ‘Pujuk’ Ayah Satukan Mereka. Kisah Yang Sangat Berinspirasi!

Kejayaan adalah bermula dengan impian. Untuk mencapai impian kena disusuli dengan usaha dan tindakan. Barulah dapat mengecapi kemanisannya.
Biarpun dirinya tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU), namun Mohd Sukur Ibrahim seorang yang kuat semangat, tidak mengalah dengan kekurangan tersebut.
Perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini pastinya memberi inspirasi kepada OKU lain untuk terus berusaha mencapai apa yang diingini. Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna.
Mohd Sukur Ibrahim merupakan Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah. Majalah Keluarga berpeluang menemu bual beliau bersama isterinya baru-baru ini.
“Ramai yang tanya apa cabaran paling besar dalam hidup. Adakah membina perniagaan yang kini sudah memasuki usia 7 tahun. Atau adakah cabaran mendirikan rumah tangga?
“Tapi sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk menerima diri saya seadanya. Dalam berumur 4-5 tahun, saya sudah nampak kelainan diri dengan adik-beradik yang lain membuatkan saya tak boleh terima diri sebegini. Kalau ada yang datang ke rumah, saya lari menyorok di dalam bilik. Pernah saya menyorok bawah tudung saji kerana malu dengan diri saya.
“Saya selalu cakap dengan mak, kenapa saya dilahirkan begini, kenapa saya berbeza dengan orang lain, apa dosa dan salah saya. Kenapa tangan dan kaki saya begini. Bagaimana saya nak hidup dan berada dalam dunia luar dengan keadaan begini. Saya jadi orang yang sangat tak yakin pada diri.
“Suatu hari, ibu bapa mula berfikir bagaimana nak bina keyakinan diri saya. Alhamdulillah mereka prihatin dan berfikiran terbuka. Jadi mereka hantar saya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Itulah titik permulaan perubahan dalam diri saya.
“Bila masuk ke situ, saya bertemu dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya. Rupanya ada lagi yang lebih daif dari saya. Baru saya sedar yang sebenarnya kekurangan diri saya adalah biasa. Walaupun tak ada tangan dan kaki, ketinggian 100 cm tetapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras dan saya boleh berjalan.
“Disitulah permulaan titik perubahan hidup. Alhamdulillah, saya berjaya lanjutkan pengajian ke univeriti dan ada ijazah. Dapat membina perniagaan sendiri iaitu membekal dan memasang karpet pejabat, surau dan masjid yang kini sudah memasuki usia tahun 10 tahun bisnes ini. Selain itu, saya juga memberi ceramah dan motivasi. Terbaru saya mengeluarkan produk parfum sendiri,” jelas Sukur sambil mengakui walaupun OKU tapi dia OK.
Memujuk hati
Bahagia yang dikecapi bersama Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen, bukanlah semudah yang disangka. Perjalanan jodohnya cukup berliku. 4 tahun lamanya pasangan ini mengambil masa ‘memujuk hati’ ayah sebelum bersetuju untuk menyatukan mereka.
“Sebelum ini saya merupakan junior abang (Sukur) di universiti. Selepas tamat pengajian, dia ajak saya bekerja dengannya. Waktu itu tidak wujud sebarang perasan tetapi kami lebih kepada saling membantu.
“Namun faktor aurat dan status menyebabkan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Memandangkan ke mana-mana sahaja kami pergi berdua, jadi tidak mahu dipandang serong kami memilih untuk berkahwin.
“Tetapi hasrat tersebut ditentang oleh ayah saya. Dia enggan membenarkan kami berkahwin. Tetapi kami tidak putus asa. Dalam tempoh 4 tahun, kami usaha untuk mendapatkan restu. Sehinggalah ayah lembut hati tetapi dengan syarat ada ‘ujian’ terlebih dahulu untuk abang.
“Selama 4 hari abang duduk di rumah saya untuk ‘orentasi’ dengan ayah dan juga bapa saudara, alhamdulillah daripada situ ayah nampak abang boleh berdikari dan melakukan semua kerja tanpa mengharapkan orang lain. Rupanya ayah bimbang bagaimana kehidupan kami kelak.
“Ditambah pula imam yang bakal menikahkan kami juga mengenali abang yang terkenal sebagai pakar motivasi. Daripada situ juga membuka pintu hati ayah untuk lebih menerima abang. Alhamdulillah, selepas berkahwin, kami hidup bersama dan dikurniakan cahaya mata sulung Anas Wafiy,” ulas Wani lagi yang kini berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada anak mereka.
Anak senasib ayah
Usai berkahwin, masih ada mulut-mulut yang memperkatakan yang bukan-bukan. Ada yang menakut-nakutkan bakal dapat anak seperti ayahnya.
“Kena ingat kita ada Allah, apa yang Allah bagi itulah yang terbaik. Waktu mengandung memang saya takut sangat, tetapi apabila ingat semula kenapa saya boleh terima keadaan suami tetapi sekarang nak takut pula.
“Malah ada mulut-mulut yang berkata tak perlu mengandung nanti dapat anak senasib seperti suami. Semuanya milik Allah dan kalau Allah nak bagi kita kena reda. Tetapi saya tak pernah mengadu dengan suami kerana hidup dengan suami tak pernah rasa kurang dan seperti orang normal yang lain.
.
“Pemergianmu Di Hari Lahir Daddy.” Hadiah Paling Sedih, Anak Meninggal Dunia Sebelum Sambut Hari Jadi Ayah

Anak pelengkap dalam rumah tangga sesebuah keluarga dan juga anugerah tidka ternilai buat suami isteri oleh Dia Yang Satu. Namun, adakalanya suami isteri diuji dengan dugaan yang cukup berat. Kegembiraan hanya seketika, di kecil kembali di jemput Ilahi.
Hati ibu bapa mana yang tidak dijentik pilu bilamana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh pergi dahulu. Dalam satu perkongsian, wanita ini meluahkan rasa pilu bila mana anak sulungnya kembali mengadap Dia Yang Satu.
Luahan yang cukup menyentuh perasaan oleh sang ibu bernama Norazlin Alin cukup memilukan. Apatah lagi, anak perempuannya yang baru berusia empat tahun meninggal dunia secara tiba-tiba disebabkan oleh demam dan sawan.
Ajal rahsia Allah
sungguh… ajal itu rahsia Allah.. allahuakhbar… mummy sayang alya, dunia dan akhirat..
28 oktober isnin
mummy: alya mau pgi jogging ka mau pgi main pasir?
alya: alya mau main pasir..
petang tu mummy, daddy, alya n adib pgi tg aru beach.. sebelum main pasir singgah beli makanan kejap.. alya mau beli pisang goreng tapi mummy cakap nanti la sebab hujan da start turun.. maafkan mummy ya tak tunaikan permintaan sayang..
ada jgk dalam 10-15 minit kami duduk dalam kereta sementara tunggu hujan bhenti..
Hajat main pasir tercapai
dalam masa yang singkat, picnic n bawak alya main pasir.. mummy n daddy bgilir temankan alya main pasir.. happy mummy tengok hajat alya utk main pasir tcapai.. lama da alya cakap mau main pasir tempat hotel cantik.. maksud alya tu alya mau pgi cabana retreat lagi.. tapi tempat tu agak jauh sayang.. mummy selalu cakap ‘next time’ kan sayang.. maafkan mummy x tertunai lagi permintaan alya..
malam sampai d rumah, alya mandi n makan.. tokma cakap mcm2 alya makan.. banyak..
lebih kurang 11 malam, alya mengadu badan alya terasa lemah.. rupanya alya demam…..
Tak Mahu makan
29 oktober selasa
alya sepatutnya pgi sekolah sbb sekolah alya cuti sampai isnin ja.. baju sekolah alya mummy da iron semua..
tapi alya masih demam.. mummy biarkan ja alya tidur sampai 11.30 pagi.. pastu mummy angkat alya bawa turun.. sikit pun alya x mau makan.. petang tu bru alya mau makan.. tapi tu pun biskut adik adib.. banyak jgk la alya makan..
mummy pujuk alya mandi.. selepas mandi tu.. alya ada cakap,
“mummy, alya x demam sudah la.. alya sihat..” (sambil alya rasa dahi n badan alya)
lepas tu nampak alya macam okey.. boleh bawak adib main mcm biasa.. mummy happy..
tapi malam tu, alya start muntah.. biskut yg alya makan semua keluar balik.. terkulai layu alya.. tokma basahkan towel letak atas kepala alya.. alya baring n tidur ja.. tiap malam memang alya tidur sama tokma.. manja sangat dengan tokma.. tokma cakap malam dia meracau2.. alya ada cakap pasal naik train.. sepatutnya cuti deepavali ni mummy janji mau bawak naik train.. x pernah sekali pun kami semua naik train biarpun hampir setiap hari tengok train tu lalu depan mata.. maafkan mummy sayang.. ada lagi permintaan alya yang x tertunai..
alya hanya makan ubat demam yg memang sedia ada d rumah.. mummy x bawak pgi klinik sebab panas badan alya x jugak tlalu tinggi..
30 oktober rabu
alya masih demam.. hanya baring n tidur.. makan memang x mau da.. mummy n daddy pgi work macam biasa.. bgtau tokma kalau badan alya panas call ja.. mummy balik rumah..
Maafkan mummy sayang..
time d sekolah tokma bgtau panas badan alya.. tokma x boleh jaga alya sepenuhnya sebab adik adib pun cerewet xnak tidur.. mummy cakap mummy banyak kerja, x boleh balik.. mummy kena latih murid mummy sebab masa da singkat.. mummy minta daddy yg balik rumah.. maafkan mummy sayang..
sampai d rumah, mummy bawa kan donat yg balik2 alya cakap.. kebetulan ada jual d sekolah hari ni.. tapi daddy cakap alya mau makan kfc.. daddy pun keluar pgi bli kfc..
sementara tunggu daddy, alya tiba2 request mau mummy mandikan alya.. time tu adib memang x nak lepas mummy juga.. alya berkeras mau mummy juga yg mandi alya (rupanya itu la kali terakhir mummy mandi alya d rumah ni)
selepas mandi mummy ingatkan alya akan lebih cergas n boleh makan ayam kfc.. tapi tidak.. alya baring semula tutup mata.. nampak weak sangat..
Tonsil bengkak
jam3 petang.. mummy bawak alya pgi klinik kesihatan kinarut.. kalau demam memang mummy bawak alya pgi kk kinarut ja.. sebab doctor sini akan suruh alya buat blood test kalau demam sebab ada sejarah denggi.. time kena ambil darah alya x nangis pun.. kuat suara alya cakap ‘iya’ bila nurse cakap jangan takut kalau mau sihat.. hasil blood test doktor cakap semua okey.. cuma tonsil bengkak tu sebab alya x mau makan.. lega hati mummy..
atas saranan doktor daddy belikan alya air milo supaya alya dapat isi perut n ais krim vanilla utk tonsil.. alya makan jgk sikit..
sampai rumah alya still weak.. hanya baring n tidur.. tapi bkali2 mintak minum air n letak towel basah di kepala.. alya demam tapi temp tidak la tinggi.. tapi mummy hairan kenapa alya weak sangat..
Nampak mata putih
jam7 malam.. mummy tengah bagi adib makan.. tiba alya keluar kan bunyi dari mulut n hidung yang kuat sebanyak 3 kali.. kenapa alya nak? mummy teriak.. mummy pegang alya.. tangan alya keras n kejang.. mummy nampak mata putih alya ja.. mummy kasi mengiring badan alya.. pastu mummy blurr.. sebab mummy da lupa apa yg mummy pernah baca pasal sawan.. yg mummy ingat mengiring kan badan n tengok jam berapa minit sawan.. mummy jerit panggil tokma.. tokma pun panic.. tangan mummy menggeletar x boleh google.. mummy call ibu x angkat.. yg mummy boleh buat tulis wasap dalam group mintak cari info pasal sawan.. mummy lari ambil tudung, handbag n kunci kereta.. call daddy minta jumpa d klinik dr mohan.. mummy drive sambil pegang adib.. tokma pegang alya di seat belakang.. time ni nampak alya da x sawan tapi still nampak lemah..
sampai d klinik doktor cakap kalau kes sawan terus saja ke hospital lagipun alya nampak sangat x bermaya.. daddy sampai d klinik n mummy cakap ke likas tapi sebelum tu pulang rumah kejap packing barang alya n adib.. kereta daddy dibiarkan ja park di klinik.. (minta maaf sayang kalau keputusan mummy utk balik ambil barang d rumah tu adalah keputusan yang salah)
Bagi ubat demam muntah lagi
daddy drive laju ke likas.. sampai likas alya muntah depan register counter.. bila nurse bagi ubat demam alya muntah lagi.. terus mummy n alya disuruh masuk emergency..
dalam emergency ingatkan ada doktor yang akan terus cek alya.. tapi tidak.. mummy n alya duduk sahaja atas katil dalam setengah jam sambil tengok doktor n nurse busy merawat pesakit yang lebih kritikal.. maybe doktor n nurse x layan kami sebab alya nampak okey ja siap boleh lambai2 tokma n adib di luar emergency..
maybe alya da penat duduk, alya minta mau baring.. mummy tengok alya terus tutup mata.. kejap2 buka.. mummy tunggu lagi mana doktor yg akan cek alya.. datang doktor lelaki.. soal siasat mummy.. selepas tu, sekali lagi kami dibiarkan begitu sahaja.. alya nampak tenang.. kejap mata tutup kejap mata buka.. hanya ada sorang nurse yg ambil darah alya.. mummy tanya nurse tu, alya masuk ward ka? iya.. jadi mummy pun tunggu la apa tindakan seterusnya..
Alya jatuh dari katil
daddy cakap adib mau minum susu.. jadi mummy pun bagitau alya mummy keluar kejap.. masa pertukaran mummy daddy tu rupanya alya jatuh dari katil.. kesiannya anak mummy.. selepas tu mummy masuk lagi jaga alya.. tapi adik adib nangis lagi mau sleep.. mummy pun pgi kereta dekat jam11.. tidurkan adib.. jam11.37 mummy tanya daddy, alya sudah masuk ward? daddy cakap belum.. alya kena sawan lagi tadi 5 saat.. allahu.. anak mummy.. mummy keluar dr keta cepat2 pgi emergency.. nampak doktor n nurse sudah mula busy cek alya.. mummy ganti jaga alya..
alya kena pasang oksigen.. tangan alya dua2 kena jarum utk drip air.. pastu doktor sambungkan wayar d badan alya.. pastu tengok la d screen garis2 macam mummy pernah tengok dalam drama melayu.. tapi lepas tu alya mula rasa x selesa dengan wayar2 yang penuh di tangan n badan.. alya minta buka oksigen sebab mau muntah.. alya muntah n terus muntah.. time ni mummy tengok alya sakit sangat.. alya cakap dengan kuat “alya nak minum” (inilah ayat terakhir yang keluar dr mulut alya yang mummy boleh dengar dengan jelas).. nampak alya mau muntah lagi tapi x boleh.. time ni nampak mata putih ja.. alya semakin pucat.. 2-3 doktor mula sibuk cari keputusan darah alya.. dari pemerhatian mummy, doc tu cakap blood test tu semua nampak okey.. tapi alya semakin biru…
Tiba-tiba doktor jerit CPR!
alya dipindahkan ke katil lain.. ubat2 alya semua ditambahkan ke dos yang paling tinggi.. itu ja yg mummy faham.. mummy tengok semua orang kelam kabut.. tangan n kaki mummy menggeletar.. tgk alya makin sakit.. doktor tengah call pakar sambil tengok d screen.. semakin ramai di keliling alya.. mummy tanya kenapa dengan alya.. doktor cakap dia pun x tahu.. tiba2 doktor jerit CPR!!!!!!! allahu…..
sempat mummy tengok nurse tekan2 dada alya sebelum mummy dsuruh keluar.. mummy x tahan tunggu d luar.. mummy masuk semula.. ya Allah.. durang masih berusaha tekan dada alya.. ada hos sudah masuk dalam mulut alya.. pakar2 turun dr atas.. pakar jumpa mummy tanya macam2 soalan.. sekali lagi mummy tanya.. kenapa dengan anak saya? n doktor pakar pun jawab benda ya sama ‘saya tidak tahu kenapa dengan anak puan’
dada alya terus kena tekan.. nurse n doktor bsilih ganti.. tanpa henti.. mummy shaking dengan apa yg mummy tengok dr celah2 langsir.. sekali lagi doktor pakar keluar.. ‘anak puan x okey’.. pastu dia masuk balik.. mummy tengok durang stop tekan dada alya n sambil berbincang.. dalam hati mummy mungkin keadaan redah sedikit or mungkin durg mau pindahkan alya ke icu.. sangkaan mummy tu meleset.. doktor pakar keluar “ANAK PUAN TIDAK DAPAT DISELAMATKAN” ‘maksud doktor?’ “IYA ANAK PUAN SUDAH TIADA” allahuakhbar.. mummy terus rebah.. mummy nangis sekuat hati..
Pemergian mu sayang begitu cepat
mummy bangun.. sebaik tengok alya atas katil, air mata mummy stop.. “betul ka ni doktor? saya tidak percaya” doktor hanya angguk.. mummy tanya soalan yang sama berulang kali.. mummy angkat alya.. mummy cium alya.. mummy diam.. mummy tengok daddy n tokma nangis.. tapi time ni air mata mummy x boleh keluar.. xtau kenapa.. mummy hanya dakap alya sepuas2nya.. mummy sayang alya, dunia dan akhirat.. doktor yang berdiri di situ berulang kali cakap “saya betul2 x tahu apa yang jadi sama anak puan.. saya minta maaf”
allahuakhbar……. pemergian mu sayang begitu cepat.. pemergianmu di hari lahir daddy.. singkatnya masa Allah pinjamkan alya.. ya Allah.. cepatnya..
#qasehaalyaanaksyurgamummy
#qasehaalyadalamkenangan
#mummysayangalyaduniaakhirat
Sumber : Norazlin Alin
“Dah la Tak Kedekut Ilmu & Pandai Masak, Pemurah Pula Tu.” Bagi Duit Raya Dekat Warganet, Khairulaming Dapat Pujian Ramai

Khairul Aming merupakan seorang influencer yang cukup dikenali di Malaysia.
Malah, resepi yang dikongsikan oleh anak kelahiran Negeri Kelantan ini juga sering ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana mudah untuk diikuti dan kelihatan enak.
Rupa-rupanya bukan sahaja ‘tak kedekut’ ilmu masakan, Malah seorang yang pemurah hati. Baru-baru ini, pemuda ada memuat naik satu ciapan berkenaan dia tidak sempat untuk membuat persiapan duit raya.
“duit raya tak pecah lagi. sampul raya tak beli lagi. kau guna qr pay je la dik tahun ni”
Ciapan ini sebaliknya menerima banyak komen daripada pengikut yang berkongsikan gambar kod bar QR Pay dengan harapan mendapat duit raya dari Khairulaming.
Mengejutkan, Khairulaming membalas segelintir ciapan balas pengikutnya dengan resit pembayaran ke atas kod bar QR Pay yang dikongsikan.
Khairulaming bagi duit raya! Jumlah yang diberikan adalah daripada RM50 hingga ke RM100. Amboi, untung siapa yang dapat tu!
get well sooon ✨ pic.twitter.com/gpxKWO4Vok
— Khairulaming (@khairulaming) April 22, 2022
get well sooon ✨ pic.twitter.com/gpxKWO4Vok
— Khairulaming (@khairulaming) April 22, 2022
Allahu bang banyak sangat ni 😭😭😭 ya Allah terima kasih banyak2 huhu serba salah lak saya 🥺 saya doakan semoga abang terus maju jaya! Sambal nyet saya dah pernah beli sedap sangat hehe 😆💗 tqsm again abang khairulaming moga dimurahkan rezeki selaluuu <3
— rawr 🦖 (@winterbearrv) April 22, 2022
Sumber:
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club