Kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan. Jadi elok sangatlah kita bawa anak-anak pergi melancong agar mereka lebih berfikiran terbuka dan dalam masa yang sama dapat melihat sendiri perbezaan bahasa, budaya dan cuaca di negara orang.
Pun begitu, dalam kita mencari pengalaman baharu di luar negara, ada satu perkara perlu diberi perhatian sebelum melancong. Selain memastikan kelengkapan lainnya cukup, ubat-ubatan juga perlu dibawa sekali. Maklumlah, perubahan cuaca sering membuatkan kita sekeluarga boleh jatuh sakit.
Andai tiada ubat-ubatan dibawa, bimbang sukar pula untuk mendapatkan bekalan ubat di sana. Ialah, kata orang lain padang lain belalangnya. Jadi apa kata kita ikuti perkongsian daripada fb Khairul Hakimin Muhammad. Jom semak.
Apabila kalian travel ke luar negara, pastikan pergi klinik atau farmasi untuk beli ubat-ubat ini. Lain negara lain prosesnya. Ada yang tak jual ubat di klinik, hanya dapat konsultansi, kemudian diberi preskripsi baru beli di farmasi, dan harganya agak mahal.
Termasuk kalau menunaikan umrah, inilah ubat-ubat yang saya sering bawa.
Ianya memudahkan kalian dan paling kurang kalian ada kit mudah untuk sentiasa sihat dalam perjalanan.
Tengok cuaca tempat tersebut, dan suasananya. Ia semua beri kesan kepada kesihatan kita.
Sekiranya memang dah ada sakit macam kencing manis, jantung dan sebagainya, yang itu memang wajib bawa dan ikut kata doktor untuk jaga diri di tempat orang ya.
Ads
Tengok gambar ya kawan-kawan.
Panadol. Biasanya saya beli 1 papan atau lebih. Mana tahu ada kawan lain memerlukan.
Ads
Charcoal. Yang ini sekiranya kena cirit-birit, ia akan bantu legakan dan percepatkan najis supaya tak lagi cair.
Ads
Ubat kahak. Kalau pergi ke negara yang banyak debu, cepat batuk. Jadi ubat kahak ni penting.
Ini ubat loya / muntah. Kadang-kadang kita mabuk semasa perjalanan dan kerap nak muntah. Jadi ini membantu.
Ini pula oral rehydration. Kalau dah duk muntah dan cirit birit, kita akan kekurangan air dalam badan. Ini akan membantu. Bawa dalam 4-5 sachet okey.
Ubat alahan / selsema. Penting woih.
Ini untuk manusia gastrik seperti saya. Ianya sangat membantu kalau-kalau terlambat makan dan sebagainya. Bawalah sekotak.
Vitamin C. Ha ini saya memang ambil setiap pagi. Letak dalam air, minum. Kasi immune booster!
Ini pula lomotil, ubat cirit birit.
Dan terakhir sekali, bawa juga hansaplast. Mana tahu ada luka kecil dan sebagainya, bolehlah terus tampal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bekerja lah sebaiknya. Seikhlasnya dan sejujurnya. Rezeki dari Allah. Dia tahu siapa ikhlas dan siapa tidak. Jika mahu rezeki dan peluang lebih baik, berusahalah tanpa komplen.
Demikian titipan nasihat yang dikongsikan oleh penyanyi Nourul Depp menerusi instagramnya baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai arwah ibunya yang bekerja sebagai jururawat, akui Nourul biarpun gaji yang diperoleh tidak seberapa, namun keberkatan dek keikhlasan ibunya melakukan kerja membolehkan dia membesarkan 13 anak dengan baik.
“Gaji mak lepas potong itu ini bukan banyak pun. Tinggai lah RM900. Tapi cukup menyara kami 13 orang! Pasaipa? Pasai berkatnya pekerjaan dan rezekinya. .
“Kalau kita mahu rezeki lebih berkat. Lebih baik, buatlah sebaiknya, seikhlsnya , sejujurnya.” kongsi Nourul lagi.
Tambah Nourul lagi, biarpun kerjaya sebagai jururawat cukup sibuk, namun adik dan arawh ibunya masih mampu melaksanakan tanggung jawab pada keluarga.
Ini dari pengalaman adik saya dan juga arwah mak yang bekerja seikhlasnya. Semoga arwah mak berada di syurga teratas kerana budi dan tanggungjawabnya sebagai jururawat dibuat seikhlas dan sejujurnya dahulu. Aminnnn? .
Langsung tak complain walaupun dah penat. Wanita bersalin back to back dalam sesuatu bulan tu. Tidoq pun tak cukup. Dengan anak anak lagi! Arwah mak the real captain marvel, the real wonder woman, the real superwoman.
Walau kali ini bukanlah kandungan pertama, tentunya mengandung di bulan puasa suatu pengalaman yang berbeza.
Untuk lebih memberi kefahaman, doktor ini memberi info bermanfaat.
“Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.
“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.
Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.
Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa . Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.
Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.
Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.
Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri.
Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.
Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur.
Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.
Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
-susu atau yogurt rendah lemak;
-sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
-protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang;
-karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
dan, banyak sayur-sayuran.
-Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion)
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
1. bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
2.Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
-Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh.
-Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi
Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jgn degil gak tuk berpuasa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bilik tidur yang cantik dan kemas tentu akan memberikan ketenangan sekali gus, membawa aura postif dalam diri ketika berehat sebelum tidur. Boleh lah ‘pillow talk’ dengan pasangan sweet-sweet.
Siapa yang tidak suka berada di dalam bilik yang cantik bukan? Jika anda sedang mencari idea bagaimana untuk menjadikan bilik tidur anda cantik dan kemas tapi ringkas, ikuti cara wanita ini.
Menariknya, bilik tidurnya tidak memilik katil tapi cara hiasan sungguh inspirasi. Susun bilik tidur tidak sarat dengan barang perkakasan yang menjadikan bilik sesak pandangan mata.
Ikuti perkongsian ini.
“Decko tanpa katil..kite rumah sewa je.”
Lihat cara susun atur biliknya tanpa katil. Kemas dan ringkas!
Gaya santai bilik tidurchestdrawer beli di Ikea.Langsir beli di Kaison., Langsir putih di DIYNampak mewah
Susun atur yang kemas. Boleh cuba cara ini, bilik tanpa katil.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.