Baru-baru ini tular video simulasi penculikan yang dilakukan oleh sebuah tadika untuk memberi kesedaran kepekaan pada kanak-kanak. Rata-rata ibu bapa yang meninggalkan komen memuji usaha cikgu-cikgu bagi memberi kesedaran pada kanak-kanak berkaitan aktiviti yang sedang menular sekarang.
Simulasi penculikan yang dilakukan oleh tadika tersebut adalah untuk melatih anak murid supaya tidak terpedaya dengan ajakan orang yang tidak dikenali memandangkan kanak-kanak cepat terpengaruh dengan orang yang baik dengannya dan mudah disogok denga napa-apa lebih-lebih lagi mainan atau gula-gula.
Selepas simulasi tersebut, tenaga pengajar di tadika tersebut telah melakukan satu sesi ‘talk’ supaya apa yang berlaku mendapat gambaran jelas dalam kalangan anak murid mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu bapa yang meninggalkan komen positif kepada tenaga pengajar dan berasakan simulasi ini adalah sangat praktikal.
Melihat dalam video tersebut kelihatan ada kanak-kanak yang menangis dan takut, adakah simulasi ini terbaik untuk mereka? Ingat! Mereka masih kanak-kanak.
Ads
KEBURUKAN
Adakah cukup dengan memberikan simulasi ini pada kanak-kanak? Pihak sekolah juga harus alert dengan perkara ini. Adakah cukup dengan keselamatan yang ada? Ketatkan keselamatan bukan sekadar cctv.
Saya pernah ke tadika, pintu tidak ditutup dan apabila di tinjau ada kanak-kanak sedang memakai seluar, baru keluar dari tandas. Persoalannya, dimana guru yang mengawasi kanak-kanak itu?
Penyamar? Menyamar?
Ingat! Ramai guru terdiri dari wanita dan sudah menjadi trend memesan makanan di Grab Food, Food Panda, Shopee Food dan lain lain. Bukan cikgu-cikgu sahaja boleh menyamar sebagai penculik, penculik juga boleh menyamar menjadi penghantar makanan, sebagai ahli keluarga, sebagai penghantar barang dan sebagainya.
Bagi kanak-kanak yang hyper dan kurang matang, mereka akan mengangap ini adalah gurauan di kemudian hari kerana otak meraka akan teringat pada situasi di mana cikgu melakukan simulasi tersebut. Mungkin ada yang memahami objektif simulasi itu diadakan tapi berapa peratus yang memahami kerana kanak-kanak masih belum matang dalam memahami situasi yang cukup berat ini.
Siapa Di Sebalik Topeng?
Kanak-kanak akan merasakan mungkin ini adalah surprise dari keluarga atau cikgu-cikgu. Kerana dalam sesi talk tersebut, cikgu-cikgu sudah reveal yang penculik itu adalah mereka jadi tidak mustahil jika berlaku lagi, mereka akan menganggap ini hanya gurau sahaja
Ads
Ingat!!! Bukan orang bertopeng sahaja yang terlibat dalan kes penculikan ini, kadang kala orang yang dipercayai lebih licik menjalankan aktiviti penculikan ini kerana tahu rutin harian anak-anak kita.
Trauma Berpanjangan
Kanak-kanak yang lemah semangat akan mengalami tauma dari situasi yang dialaminya. Ia akan memberi kesan selamanya dalam kehidupan dan kemungkin akan menghidap sakit mental apabila trama itu menguasai diri.
Belum Matang
Kanak-kanak masih belum matang untuk memahami kenapa cikgu-cikgu mengingatkan mereka mengenai hal ini. Kena ingat! Pemahaman mereka tidak sama seperti orang dewasa. Mungkin selepas simulasi ini mereka akan lebih positif dan tenang kerana merasakan ianya adalah lakonan untuk mengajar mereka.
Video Viral
Video eksperimen ini telah mendapat lebih 16 juta tontonan di Tiktok. Kanak-kanak juga adalah salah seorang dari yang menontonnya. Ada ibu bapa yang memberi anak-anak mereka menonton untuk memberikan pengajaran serta menerangkan pada mereka mengenai penculikan atau paling senang ‘Van Putih’.
Anak-anak akan bertanya Kenapa.. kenapa.. kenapa… dan pada akhirnya kita akan menjawab.. “Itu lakonan sahaja. “
Jadi apa yang akan disetkan dalam minda mereka mengenai simulasi ini? Bahaya mengenai penculikan atau lakonan?
Ads
CONTENT
Aplikasi tiktok terkenal dengan paparan video-video viral dan ramai yang terkejar-kejar mencari content untuk meraih jutaan tontonan.
Bila ianya dimuatnaik lebih-lebih lagi di Tiktok, kanak-kanak akan merasakan itu content dan apabila mengetahui itu lakonan, mereka mungkin akan terikut-ikut membuat content seperti itu.
Eksperimen simulasi penculikan ini adalah baik untuk memberi pengajaran pada kanak-kanak tapi bukan yang TERBAIK.
Treatment untuk kanak-kanak sangat berbeza dan tidak boleh pukul sama rata. Semua pihak seharusnya memainkan peranan agar kes penculikan ini agar tidak berleluasa. Medium yang tepat juga haruslah digunakan dan yang paling penting adalah sikap bersatu padu di kalangan masyarakat. Ini adalah senjata utama untuk membanteras jenayah.
Bagi kanak-kanak adalah menjadi satu kegembiraan apabila mendapat mainan yang baru. Tidak kisahlah mainan apa pun, pasti akan di sambut dengan tawa gembira.
Namun lain pula dengan ibu bapa, mereka akan berasa sedih apabila berasa tidak mampu untuk memberikan apa yang disuaki atau kehendak anak-anak.
Sebagai gantinya, mereka akan cuba mengantikan dengan apa yang mereka mampu berikan demi untuk melihat anak-anak gembira.
Disebabkan itulah, ada sesetengah ibu bapa sanggup bekerja lebih masa, ada yang terpaksa tinggal jauh dari keluarga, bekerja offshaw umpamanya demi untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga untuk kehidupan yang lebih baik.
Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang bapa ini yang bertindak membeli plastik untuk anak-anaknya. Bagaimana plastik boleh dibuat mainan?
Mungkin ianya agak janggal bagi sesetengah orang, namun itulah hakikatnya. Masih ada lagi kanak-kanak yang gembira dengan hanya bermain plastik sebagai alat permainan mereka.
Melalui satu video yang telah dikongsikan di laman Tiktok, pemilik akaun berkenaan @ainuntazrie, dalam dilihat seorang lelaki berkongsi hasratnya untuk membeli alat permainan untuk anak-anaknya dirumah.
Tetapi, mungkin kerana belum berkemampuan, dia akhirnya masuk ke sebuah kedai dan pergi ke bahagian jualan pelbagai jenis plastik untuk dibeli sebagai hadiah mainan anak.
Menurut lelaki itu, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya dengan harapan agak anak-anaknya itu akan gembira dengan permainan baru mereka.
Apa yang membuatkan kita semakin sebak apabila melihat kedua-dua anak yang menerima hadiah plastik itu dilihat cukup gembira seperti mendapat hadiah permainan baru itu. Mereka seronok bermain plastik bersama-sama.
Rata-rata netizen sangat tersentuh melihat video tersebut, ramai juga yang telah memuji akan anak-anak lelaki ini menyatakan walaupun si bapa hanya membelikan plastik untuk dibuat permainan, namun anak-anak ini langsung tidak kisah dan gembira bermain dengannya.
Seorang pelajar asas perakaunan di UiTM Perak telah membanggakan fakulti dan universitinya selepas mencatat markah peperiksaan tertinggi bagi Merekod Transaksi Kewangan (FA1) di Malaysia.
Bukan itu sahaja, pelajar berkenaan yang bernama Juulea Qiestyna Abu Zar, turut membanggakan negara Malaysia kerana markah peperiksaan yang sama bagi sesi Mac 2023 yang dicatatnya juga merupakan yang kedua tertinggi di dunia.
Perkara ini telah dikongsi oleh laman Facebook rasmi UiTM Perak , pihak kampus mengucapkan tahniah kepada Julea Qiestyna atas pencapaiannya menerusi satu catatan yang telah menjadi tular.
Kejayaan gadis ini teurt memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Tidak kurang ada yang memanggil Julea Qiestyna sebagai “beauty with brain” dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendapat pencapaian yang membanggakan, terutamanya dalam subjek yang sangat sukar untuk pelajar lain lulus lebih-lebih lagi untuk mendapat markah yang tinggi.
Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa Julea Qiestyna mungkin akan menjadi Gabenor Bank Negara seterusnya.
Ada juga yang berkata, dia berasa tenang dan bangga membaca catatan itu dan menyeru portal berita untuk menonjolkan pencapaian sebegitu dan bukannya hanya tertumpu kepada selebriti dan skandal mereka.
Selain itu, pelajar UiTM Perak itu turut mengucapkan tahniah oleh Pengerusi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Hj Abu Hanipah.
Dalam catatan Facebook , Adun Belanja turut memuji pencapaian itu dan berharap lebih ramai rakyat Perak akan mencipta nama di persada global.
Jasad Nuraina Humaira ditemui tidak bernyawa, dilaporkan hilang sejak Jumaat. Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui telah meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Jasad Nuraina Humaira Ditemui Tidak Bernyawa, Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat
Mayat Nuraina Humaira Rosli, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya berhampiran perkampungan itu dengan jarak antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan terbabit.
“Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan ke atas tubuh badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
“Bagaimanapun kita masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Beliau berkata, maklumat kehilangan mangsa diterima daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) kira-kira jam 1.20 pagi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya digerakkan dalam radius 2 kilometer dengan bantuan unit anjing pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Orang awam yang turut menyertai operasi ini berjaya menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan itu.
“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa sebelum mayat dibawa ke Hospital Sungai Siput bagi proses bedah siasat,” katanya.
Mohd Khaizam berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa telah pergi ke kedai seorang diri kira-kira jam 3 petang pada hari kehilangannya bagi membeli ayam.
Mangsa bagaimanapun pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan ayam di kedai, sebelum bapa saudara menyuruhnya menunggu seketika untuk mengajaknya ke kedai lain.
“Bapa saudara kanak-kanak itu memintanya menunggu sekejap sementara dia menghabiskan kerja.
“Sepanjang temopoh menunggu itu, mangsa didapati sedang bermain buaian di kawasan itu, namun bila bapa saudara keluar dari rumah didapati mangsa sudah tiada,” katanya.
Cuaca panas dan kering dijangka berterusan hingga pertengahan, akhir bulan depan – METMalaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara kini akan berterusan sehingga pertengahan atau penghujung bulan hadapan.