Sering kali kita mendengar atau membaca kisah bomba membantu kes menanggalkan cincin tersekat pada jari. Terbaru penyanyi Ning Baizura berkongsi momen mencemaskan apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan tersekat di jari tengah tangan kirinya.
Disebabkan itu, jarinya membengkak hingga ibu kepada Ryan Sky Dalton itu mendapatkan rawatan di klinik dan balai bomba berdekatan kediamannya.
“Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya. Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.
“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.
Ads
“Saya mencari pelbagai solusi di Internet untuk menanggalkan cincin. Saya cuba menanggalkan ia dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.
“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” kata Ning menerusi Instagram TV.
Ads
Ning kemudiannya bergegas ke Balai Bomba Jalan Pantai untuk mendapatkan tindakan lanjut. Dalam video terbabit, Ning dibantu oleh sepasukan anggota bomba menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.
Dengan perasaan gemuruh dan gementar, selepas melalui beberapa peringkat akhirnya cincin tersebut berjaya ditanggalkan.
Ads
Dalam sebak, Ning turut berterima kasih kepada pasukan bomba yang profesional dan bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.
Siapa sangka seorang suami yang rasa gembira menanti saat-saat kelahiran anak keempat bertukar menjadi kisah sedih dalam hidupnya apabila isteri kesayangan yang selamat melahirkan terpaksa pergi jua setelah bertarung nyawa 13 hari melawan Covid-19.
Norieszah Ishak meninggal dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.
Memetik laporan di myMetro, Norieszah, 31, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.
Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jenazah isterinya itu buat kali terakhir.
“Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan takdir.
“Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jenazahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arwah isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi.
Tunggu Hari
Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.
Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.
“Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.
“Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu sakit perut sebelum tumpah darah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembedahan,” katanya.
Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif Covid-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.
Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.
“Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.
“Selepas dua hari, arwah kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.
“Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana sakit, jadi saya minta arwah berehat.
“Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah nazak kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pagi esoknya,” katanya.
Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.
Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.
“Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.
“Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pengorbanan suami yang jaga isteri semasa pantang memang hebat! Semasa isteri dalam pantang, memang tidak boleh buat kerja berat. Pada masa yang sama, kena jaga emosi isteri dalam pantang, barulah dapat elak meroyan.
Bagus juga perkongsian Dr Taufiq Razif, Pendidik Ilmu Parenting ini. Lepas pantang, suami boleh teruskan cara ini. Tentu isteri lebih teruja suaminya dah pandai masak. Bagi yang bukan pengalaman pertama, boleh je dapatkan gajet yang dicadangkan ini. Moga berjaya wahai en suami, cewah!
Tadi saya sempat ajar seorang kawan saya yang baru pertama kali jaga isterinya berpantang.
Ni 5 Gajet Yang Suami Kena Ada Kalau Taknak Penat Sangat Bila Jaga Isteri Berpantang :
1. Iron philips – serius mudah kerja ada iron ni. Sekali gosok, bahagian belakang pun ikut licin sekali. Kedut degil bahagian kolar pun cepat je hilang.
2. Air Fryer – yang ni subhanallah penyelamat paling hebat bila suami tak ada skill memasak. Tinggal letak dan tekan je. Buka buka je dah masak. Sihat pulak tu sebab tak guna minyak sangat kan.
3. Dryer – Mana mana jenama pun tak apa. Ikut bajet je. Memang letrik naik sikit la tapi Return of Investment ( ROI ) kalau guna dryer ni memang berbaloi. Masa yang suami guna untuk sidai baju tu boleh kita gunakan untuk buat benda lain. Mandikan anak ke, urut isteri ke.
4. Dryer + Washing Machine – Ni paling berbaloi la sebenarnya. Sekali cuci, angkat tu dah kering dah. Cuma hati hati la cuci najis baby tu. Hilangkan dulu najis fizikal yang melekat baru boleh campak masuk.
5. Periuk Noxxa – Ni masyaAllah sangat best. Tekan tekan beberapa minit je dah siap masak. Daging seliat apa pun bila dah kena Noxxa ni memang cepat empuk! Boleh la nak masukkan dalam diet isteri berpantang tu nanti.
p/s : InsyaAllah suami yang ada 5 gajet ni takkan mudah mengalah untuk jaga isteri berpantang. Jangan pelik, suami pun pandai meroyan kalau letih tau. Tahu pun letih kan jaga baby + urus rumah
p/s : Semua suami memang kena rasa sekali jaga isteri berpantang walau sekali baru la akan timbul rasa empati pada pengorbanan seorang isteri.
Zaman serba maju sekarang ni, tak susah nak dapatkan pekerjaan yang halal. Apa yang penting hanyalah kegigihan dan ketabahan untuk mencari rezeki tersebut. Bila kita ikhlas, insyaAllah ada jalan yang terbaik buat kita.
Misalnya kisah wanita ini yang tular di Tiktok menggunakan akaun @aisha.h_ammar.h, kegigihannnya bekerja sebagai GrabFood Walker patut dijadikan inspirasi oleh orang ramai. Lebih mencuri tumpuan orang ramai apabila dia bekerja sambil membawa dua orang anaknya menggunakan hand trolley.
“So I joined Grab, a job that I can do and bring the kids along at my own time and target. May Allah ease all of our affairs,” katanya di ruangan kapsyen.
Malah, dia yang mesra dipanggil Mummy Dee tidak menyangka video yang dimuat naik ini mendapat perhatian ramai dan dia juga menjelaskan pekerjaan ini hanyalah sekadar separuh masa sahaja. Malah, dia juga jadikan aktiviti sebagai rutin keluar bersama anak-anak dan dalam pada masa yang sama dapat peroleh duit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji semangat ibu ini dan ideanya membawa anak-anak berjalan sambil bekerja merupakan idea yang bernas. Malah, ada juga yang menjadikan kisah ibu ini sebagai contoh untuk lebih berusaha dan mahu meniru cara ibu ini mendapatkan duit poket.