Nampak biasa aje marah pada anak tetapi sebenarnya ia memberi kesan trauma kepadanya sehingga dewasa.
Hakikatnnya ada segelinitir ibu bapa yang gemar memberi kata-kata cacian, herdikan malah menengking anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan.
Lebih menyedihkan sekiranya ibu bapa sendiri yang gagal mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu masalah dan akhirnya, anak-anak yang menjadi mangsa tempat mereka melepaskan amarah!
Inilah yang dinyatakan oleh Pakar Psikiatri Dan Pensyarah UIAM Kuantan, Dr Rozanizam Zakaria mengenai anak yang sering dimarah oleh ibu bapa.
Beliau menyenaraikan 10 pantang larang apabila memarahi anak.
10 Pantang Larang Bila Marah Anak
Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ni:
Ads
Pukul sampai berbekas
Kurung dalam bilik
Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain
Banding dengan kawan baik dia
Silent treatment tanpa explain/closure
Ugut sayang anak lain sahaja
Tinggal di tempat gelap
Rekod anak menangis dan malukan dia
Kata anak ni “menyusahkan”
Menyumpah/keluar kata-kata kesat
Impak
Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. Ramai dewasa yang saya temui masih tak boleh move on dari trauma sebegini.
Kebanyakkan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak tu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:
– trauma sendiri yang tak selesai
– penat
Ads
– burnout
– projection (marah kat orang lain tapi project pada anak)
Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memberi pendidikan kepada anak-anak bukan sekadar pendedahan kepada pembelajaran dan cara hidup yang positif. Ia juga hal aurat dan adab ketika anak mandi. Memang nampak, biasa-biasa aje tetapi ia memberi kesan mendalam kepada perkembangan anak itu.
Tidak dinafikan memberi didikan kepada anak suatu cabaran kepada ibu bapa. Seperti kata pepatah, “it takes a whole village to raise a child” yang bermaksud yang bermakna memerlukan seluruh kampung untuk membesarkan seorang anak. Nyata membesarkan bukan tugasan yang mudah.
Jadi, bagaimana untuk mendedahkan anak-anak mengikut cara Islam. Jadi apakah sepatutnya yang ibu-bapa lakukan? Mengambil panduan daripada perkongsian oleh Muhammad Hassan , mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak, termasuk memukul anak mengikut cara Islam.
Didik anak anak kita dari kecil supaya jaga tutur kata,jaga aurat,tidak mandi bersama dalam bilik air berbogel bersama sepupu mereka.
Secara peribadi saya tak galakkan anak saya 4 tahun tidur,mandi bersama sepupu mereka. Didikan perlu dari awal supaya mereka faham batas pergaulan walaupun bukan dalam bentuk perintah arahan dari kita.
Tidak perliklah zaman dulu apabila menjelang hari raya tidak berasa kekok untuk bersalaman dengan sepupu bahkan mendedahkan aurat. Sedangkan dalam islam taraf sepupu adalah bukan mahram kita.
Baik. Pasti ada yang bertanya. Kan mereka itu belum akil baligh. Ya benar,mereka bukan akil baligh. Tapi bukan bermakna kita boleh biarkan mereka bergaul sehingga menyentuh kemaluan antara satu sama lain. Dan usia kanak kanak ini kita perlu tekankan kepada mereka bahagia mana yang tidak boleh ditunjuk,tidak boleh disentuh dan tidak boleh selalu melihat.
Biasa sangat kita tengok kanak kanak bergurau ketika mandi mereka akan sentuh kemaluan antara satu sama lain. Sebenarnya dari situlah mereka akan belajar untuk explore lebih jauh untuk menyentuh badan orang lain sehingga mereka ingat apa yang mereka buat setelah dewasa.
Sebab itu kita pernah dengar. Alah jangan malulah dengan aku,zaman kanak kanak kau pun mandi bogel dengan aku,pegang zakar aku. Nampak tak kesan dia. Kita fikir kita akan lupa apa yang yang berlaku zaman kanak kanak. Tetapi memori otak kita ini boleh imbau kembali apa yang berlaku.
Dan kita perlu ingat. Akil baligh berlaku lebih cepat terhadap remaja sekarang. Akil baligh bermakna kematangan seks itu sedang berlaku. Rembesan hormon gonadotrfin(GnRH) untuk meransang kelenjar pituitary untuk merembeskan hormon Estrogen bagi perempuan dan testosterone bagi lelaki.
Perubahan hormon ini sebenarnya memberi kesan besar kepada bentuk badan,pemikiran dan tingkah laku mereka. Sebab itu kita pernah dengar kanak kanak berusia 13 tahun hamil dan 15 tahun sudah berbelas kali melakukan hubungan seks bebas.
Puncanya didikan awal kanak kanak itu tidak didedahkan kepada mereka. Sehinggakan mereka tidak tahu perubahan yang berlaku kepada badan mereka sendiri. Saya ingin tekankan disini kepada ibu bapa. Ajar anak anak kecil kita mulai hari ini. Zakar,faraj atau kemaluan mereka adalah tempah yang langsung tidak boleh disentuh, dipegang oleh sesiapa pun hatta adik beradik mereka sendiri.
Ajar kepada mereka untuk sentiasa tutup bahagiab tersebut. Dengan erti kata lain jangan ajar mereka bebogel. Sebolehnya didik mereka dari kecil pakai pampers atau seluar terus dari dalam bilik air setelah mandi atau buang air. Tindakan begini sebenarnya ingin kita wujudkan sifat malu dalam diri mereka.
Anak saya sendiri. Saya tidak ajar dia berbogel walapun selepas mandi. Dalam bilik air lagi terus pakaikan seluar atau tutup dengan tuala.
Kesannya bila umi dia pakaikan seluar untuk dia dalam bilik. Terus dia cakap. Abi jangan tengok,saya malulah. Sambil dia tutup bahagian kemaluan.
Dan kita mak ayah perlu tunjuk tauladan yang betul kepada anak anak. Ini mak ayah sendiri mandi bogel bersama anak. Berseluar dalam di dalam rumah tanpa rasa malu kepada anak anak. Ini sebenarnya kita tunjuk tauladan yang tidak baik kepada mereka.
Paling saya terkejut pernah tengok satu video kanak kanak yang dirakam oleh seseorang sedang bercerita aksi hubungan intim mak ayah sendiri. Jadi mak ayah tolong. Setiap perlakuan kita sedang ditonton oleh anak anak,didik anak dengan tauladan yang baik. Ajar mereka adab adab berpakaian dan pergaulan dengan rakan rakan lain terutama sepupu mereka.
Moga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai pasangan yang berkahwin inginkan bahagia till jannah.
Namun siapa sangka, rumahtangga yang dibina kecundang di tengah jalan.
Salah satu punca apabila mertua gaduh dengan menantu hingga membawa penceraian.
MERTUA MENANTU BERGADUH PUNCA CERAI
Haritu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dgn mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak mmg tak boleh la kan. Tak psl2 dpt status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.
Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka mmg tinggal bersama parent lelaki sbb si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dlm keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dgn riak kesal.
Terfikir jugak. Memang betul apa yg dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dgn mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dgn mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?
Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dgn mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.
Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yg nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dlm keluarga yg lain, yg mungkin dari cara hidup yg tak sama. Nak pula ada ipar duai yg ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dlm familinya.
Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kawen, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dgn mak saya dan awak setuju. Skrg kenapa tak boleh pulak?” haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kawen dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dgn maknya?
Gambar sekadar hiasan
Bila isteri berselisih faham dgn mak, suami keluar rumah. Lepak dgn kawan. Malas masuk campur dgn harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua2 pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!
Sebab tu digalakkan pasangan yg dah berkawen, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dgn kicap je . Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yg dekat. Ziarahlah ibubapa selalu. Mula2 akan ada bunyi sbb sanggup tinggalkan mak ayah lepas kawen. Lama kelamaan akan ok bergantung kpd bagaimana layanan kita pd mak ayah. Itu lebih baik dari mula2 manis tapi lama2 jadi pahit.
Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah utk menemani Adam. Bukan menemani org lain, bukan menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dgn hati yg halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kawen 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sbg pemimpin yg mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yg lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.
Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yg tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?
Kpd para lelaki, sila baca sejarah.
Sekian….
Sumber: Farizal Radzali via Nurul Izzatul Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan dengan telatah anak-anak membuatkan kita sebagai ibu ayah terhibur, ada sahaja tingkah laku mereka atau percakapan mereka yang mencuit hati. Andai dirakam pasti sahaja dapat diulang lihat sampai bila-bila dan sekali gus menjadi momen yang menarik untuk dikenang.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitu juga seorang ibu ini, sempat merakam video gelagat anak-anaknya ketika sedang diajar mengaji olehnya apabila si adik yang masih kecil mengacau abangnya yang sedang fokus mengaji namun reaksi si abang memarahi adiknya telah mencuri tumpuan ramai hingga video tersebut tular di laman sosial TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kasihnisa0, kelihatan dia sedang mengajar anaknya mengaji tetapi si adik kerap menganggu sehingga dimarahi oleh abangnya.
“Adik, janganlah kacau abang, Mulampau betul!”. Sebaik sahaja dimarahi abangnya, si adik diam seketika tetapi si adik sambung semula menganggu abangnya yang sedang fokus membaca.
Jelingannya sambil memegang dahi itu membuatkan ramai netizen terhibur. Mahu marah adik sampaikan hendak sebut perkataan melampau tertukar jadi mulampau.
Susulan tular video tersebut, netizen meninggalkan banyak komen dan rata-rata reaksi mereka terhibur melihat gelagat dua beradik ini. Paling mencuri perhatian adalah pada bahagian video apabila abang siap pegang dahi seolah-olah menanggung masalah yang besar kerana tidak dapat fokus untuk meneruskan bacaan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.