
Semua inginkan rumah kediamaan yang cantik dan kemas. Namun, tidak kiralah jenis kediaman anda kecil atau besar, jika bijak menyusun atur dan melakukan sedikit transfomasi pastinya akan nampak cantik dan mewah. T
Sebagaimana perkongsian ini. Sungguh inspirasi!
Alhamdullilah.. arini genap sebulan pindah.. Rumah subsale low cost jenis memanjang.. kebanyakan idea deco n kod cat ambil dari sharing kawan² KKD..
Update:
Minta maaf sbb saya x terjwab smua soalan.. jadi saya update sini utk soalan yg ditanya n tambah pic..
Cat… Jotun majestic washed linen n Jotun majestic persian khaki (feature wall)
Perabot n brg deco… Ikea, Rmantika, Shopee, Caler Home n Eco
Langsir … Kedai pakistan
Lampur n kipas… CK Lighting (lampu ada 2 jnis led downlight 3 warna n eyeball)
Renovation hall… tukar pintu n tingkap dgn sliding door 4 pintu n tmbah 4 kaki ke depan, siling biasa ke siling kapur+cornise, mozek.
Trima kasih semua yang mana komen
Kredit: Diana Zaini
Harith Iskander & Dr Jezamine Tetap Berbaik Meskipun Sudah Berpisah, Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak

Harith Iskander dan Dr Jezamine tetap berbaik meskipun sudah berpisah, masih bercuti bersama demi anak-anak. Pelawak, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu setelah 14 tahun hidup bersama.
Harith Iskander & Dr Jezamine Tetap Berbaik Meskipun Sudah Berpisah, Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak
Meskipun sudah berpisah namun hubungan Harith dan bekas isterinya masih lagi baik. Harith Iskander, 58, mengakui ada sesetengah pihak pelik melihatnya masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri, Dr Jezamine Lim, 41, selepas bercerai pada 25 Julai lalu.
Harith berkata, perceraian bukanlah halangan untuk mereka terus bekerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.
“Kami tak pernah kekok untuk bekerjasama. Kami masih pergi bercuti bersama. Kalau sunyi saya boleh hubungi bekas isteri.
“Cuma orang lain sahaja rasa pelik bila melihat kami masih berbaik meskipun sudah bercerai.
“Kehidupan selepas bercerai masih sama, cuma kami perlu mengambil langkah baharu dan cuba belajar berjalan sekali lagi.
“Itu bukan perkara baharu buat saya kerana pernah melalui pengalaman tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah dan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Mengenai penerimaan anak-anak mengenai berita perceraian, pelakon sitkom Jangan Ketawa itu berkata, mereka memahami situasi yang berlaku dan menyifatkannya sebagai isu orang dewasa.
“Penerimaan anak-anak sama sahaja kerana mereka sudah melihat berita perceraian dalam media sosial.
“Lagipun, kami sudah jelaskan kenapa kami perlu ke mahkamah dan ada liputan media.
“Sebelum ini, mereka sudah terdedah dengan situasi ada peminat datang mahu bergambar bersama kami ketika bercuti.
“Mereka faham ini adalah dunia ayah dan ibu mereka. Tapi, kalau di rumah kami biasa sahaja,” jelas Harith.
Perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman antara mereka. Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Sumber: Berita Harian
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Didik Anak Membina Tanggapan Yang Betul Tentang Allah

Ada kalanya kita terdengar anak-anak kita berkata pada jiran atau rakan sekelas mereka, “Buatlah macam tu, nanti di akhirat Allah bakar dia dengan api neraka” ataupun “Eeee, kenapa cakap macam tu? Berdosa, nanti Allah marah..”. Agak meragukan jika dialog-dialog seperti ini datang dengan sendirinya daripada kanak-kanak. Tentu ada orang dewasa yang telah menggunakan dialog tersebut kepada mereka yang kemudiannya diingati oleh anak-anak ini. Di dalam satu sisi, kejadian seperti ini mungkin satu petanda yang baik, kerana ini bermakna anak-anak telah mempunyai kesedaran tentang kewujudan Allah di sekeliling mereka.

Namun, yang agak dikhuatiri tentang dialog-dialog sebegini adalah mesej yang dibawakan tentang sifat-sifat Allah. Kadangkala, oleh kerana perbuatan kita menakut-nakutkan anak-anak dengan Allah, kita telah mencipta satu imej negatif tentang Tuhan dalam kotak pemikiran mereka. Ayat-ayat seperti “Nanti Allah marah,” “nanti masuk neraka,” ataupun “Allah benci orang yang sebegini dan sebegini” seolah-olah mem’promosi’kan kebengisan Allah pada kanak-kanak. Walhal, Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “Sesungguhnya rahmatKu itu mendahului kemurkaanKu” (Riwayat Bukhari & Muslim).
Persoalannya di sini, mengapakah kita jarang mempromosikan Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang serta yang Maha Pemberi Rezeki kepada kanak-kanak? Allah hanya diletakkan sebagai penghukum apabila kita telah kehabisan daya untuk mengawal anak-anak kita. Setiap hari, bibir kita berulangkali menyebut kalimah Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) namun kita terus memperkenalkan kebengisan dan kemurkaan Allah kepada anak-anak. Agaknya, jika inilah cara kita memperkenalkan Allah kepada kanak-kanak, adakah mungkin mereka akan merasa gembira dan selamat apabila sedar yang Allah sentiasa bersama mereka? Mungkinkah suatu hari nanti mereka akan membesar dan menjadi orang-orang yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya?

Tips membina tanggapan yang benar tentang Allah
1.Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan anak-anak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?”
2.Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
3.Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman.
5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
“Berehatlah Sayang, Allah Lebih Menyayangimu.” Sepatutnya Jalani Pembedahan Kali Pertama, Adik Jannah Penghidap Penyakit Hydrocephalus Meninggal Dunia

Berakhir sudah penderitaan yang ditanggung adik Nur Umairah Jannah yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus sejak lahir lagi. Penderitaan yang dialaminya itu menyebabkan kepalanya semakin membesar disebabkan terkumpulnya air dari otak.
Terbaru, menerusi Facebook Syahir Syafiq, lelaki itu berkongsi berita bahawa adik Umairah telah pergi menghadap ilahi. Lebih menyedihkan, dia sepatutnya menjalani pembedahan hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Perancangan Allah lebih hebat
Syahir sebelum ini memuat naik satu perkongsian memberitahu allahyarham bakal menjalani pembedahan. Menurutnya, berkat doa seluruh rakyat Malaysia, pembedahan membuang cecair tersebut bakal berlangsung. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia dijemput dahulu oleh Ilahi.
Dalam pada itu, Syahir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan berdoa kepada adik Umaira selama ini. Dia turut mendoakan kanak-kanak itu tenang dan gembira bermain di dalam syurga.
Selain Syahir, turut berkongsi berita yang sama adalah SweetDhuha.
Pemergian Jannah sangat mengejutkan kerana dia sepatutnya menjalani 0peration di HUKM kali pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, dia juga pernah beberapa kali mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di pusat rawatan sama sambil dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak yang telah menyumbangkan sebuah unit kenderaan ambulan khas bagi tujuan tersebut.
Terdahulu, pergerakan adik Jannah difahamkan semakin terbatas sejak dia berusia 8 bulan dan hanya mampu berinteraksi sambil dalam posisi baring apabila keadaan kepalanya yang semakin membengkak.
Rata-rata netizen yang membaca kisah adik Nur Humaira mengakui sedih dengan berita tersebut dan mendoakan semoga keluarga allahyarham sabar dengan dugaan tersebut.
Noorhazeira Noor Izahar Salam takziah. Berehatlah dgn tenang anak syurgaku…
Nureel Syafika Innalillahiwainnailaihirojiun.. Al fatihah.. Salam takziah utk kluarga baby jannah
Nur Nisa Syurga tempat mu syg… Smoga ibu ayah Jannah tabah harungi smua ujian ni..
Norazlinda Linda Allah…al-fatihah ??? tenang lah kau di sana wahai anak berakhir sudah derita mu di dunia nie bermain lah di syurga sne ye syg
Azlinda Din Innalillahiwainnailaihirajiun…
AL-FATIHAH
Salam Takziah buat sekeluarga.