Lumrah dalam hidup berumah tangga, ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Setiap pasangan tak dapat lagi dari melalui fasa perselisihan faham. Namun sejauh mana anda menyelesaikannya.
Usah terlalu ego dan merendah diri dalam rumah tangga. Tidak salah sesekali kita beralah demi keharmonian hidup. Tapi meminta maaf bukan bermakna kita beralah cuma tidak mahu ia berpanjangan. Justeru, pasangan kena take note.
Ada sesetengah kes si siteri tidak mahu mendengar kata, asyik mahu ikut cakapnya sahaja. Sedangkan dalam rumah tangga kena saling memberi dan menerima. Kalau nakkan suami yang baik, cermin dulu diri kita bagaimana.
Perbaiki mana yang kurang dan tambah apa yang patut supaya sama-sama berjuang dalam kebahagian rumah tangga. Tidak rugi andai suami isteri saling memaafkan antara satu sama lain. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohammed Mohammed Ramzie
menerusi laman facebooknya. Jom baca, moga kita dapat manfaat daripadanya.
U N T U N G ada suami,
Yang ada mata dia jaga pandangan pada pempuan lain. Ada masa habis 80% masa hariannya dengan majlis ilmu dan ibadah.
Ada tenaga guna utk bangun solat malam untuk Allah.
Ada ilmu, dia sampaikan kat isteri.
Ada ilmu dia selalu usha memperbaiki diri dia dengan Allah.
Utamakan solat di awal waktu.(beejemaah di masjid)
Jaga makan minum anak isteri
Soalan wujud kah lelaki ni ?
Jawapan : Memang wujud. Kadang lelaki macam ni ada dengan kita, tetapi kita tak nampak. Sebab kita tak tahu bersyukur.
Orang tak tahu bersyukur ni, orang yg dah ada segalanya tapi dia masih merasa tak cukup.
Bukan kah Rasulullah di perlihatkan oleh jibrail pada malam israk mikraj yg mana neraka ity paling ramai penghuni nya adalah wanita?
Mereka bukan tak tutup aurat.. mereka bukan tak baca quran.. tapi mereka golongan yg paling ramai dalam neraka, kerana mereka tidak menghormati/mentaati suami mereka.
Kita tak rugi bila kita merendahkan diri di hadapan suami, kerana jika kita fahami point Allah suruh taat suami adalah kita hakikatnya tengah merendah diri untuk mentaati perintah Allah.
Kadang ramai wanita lain di luar sana damba kan suami mcm kita dapat, tapi nasib mereka tak sebaik kita, kita yg bernasib baik ni pula tak bersyukur dgn nikmat yg Allah beri. ( Bertapa buta nya kita untuk menilai keberutungan ahkirat yg Allah sudah sediakan melalui suami yg beriman)
Dalam dunia ni ada 2 sahaja DERHAKA.
1 derhaka ibu bapa. 2 derhaka pada suami.
Lain tak di sebut derhaka.
Jadi lah wanita yg berjaya dunia ahkirat. Kita tak rugi merendah diri dan memperbaiki kesilapan serta membetulkan keadaaan. Orang yg sombong org yg jah dari Allah. Dan mereka kata Allah bukan penghuni syurga.
Kita belum lambat untuk memperbaiki diri, untuk apa kita baiki? Untuk Allah. Mencari redhanya Allah, redha suami adalah redha nya Allah terhadap kita. Itu tanda2 nya… Ayuh wanita yg beriman, tempat kalian di syurga, jangan kerana emosi ego nafsu anda mencampakkan diri anda ke tempat yang hina.
Kita masih sempat bertaubat dan membetulkan keadaan.sesunguhnya benar Allah menyukai org yang bertaubat… Minta lah maaf dengan suami anda setiap masa. Tanda anda merendah diri di hadapan Allah… Seorang lelaki akan lembut hati dan lemah bila isteri kerap memohon maaf walaupun dalam keadaan tiba2..
Bergelar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini.
Pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.
“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar.
“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya. Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” katanya yang dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya.
Mengalih bicara mengajaknya bercerita mengenai fasa indah bergelar ibu saat ini, Elfira memaklumkan anaknya kini sudah boleh berjalan dan berdiri.
“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar. Masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis ‘happy go lucky’ dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.
“Dia macam seolah olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang wenangnya bercampur dengan orang ramai,” katanya yang selain mewakili jenama berkenaan juga turut memberi input termasuk pemilihan warna serta fabrik pelitup muka itu.
Kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya.
“Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka. Jadi kena pilih yang bagus seperti Himaya.
“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga. Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama sama beringat,” katanya.
“Saya mendengar banyak maklumbalas daripada golongan bertudung di luar sana yang menyatakan kesukaran mereka untuk mendapatkan pelitup muka yang mudah dipakai oleh wanita bertudung.
“Kebanyakan pelitup muka yang dijual memerlukan mereka memakai sambungan (mask extender) dan ini agak merumitkan jika mereka tidak mempunyai sambungan berkenaan. Justeru, Himaya muncul tepat pada waktunya bagi memberikan pilihan yang lebih selesa kepada golongan wanita bertudung. Malah ia juga boleh dipakai golongan wanita tak bertudung dan lelaki,” katanya
Bagi menarik perhatian lebih ramai pengguna, Himaya menjalin kerjasama Elfira. Pelantikan Elfira dibuat memandangkan ia sesuai dengan penampilannya yang bertudung serta mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform sosial media.
“Selain itu, Elfira juga mempunyai imej yang bersih dan beliau turut menggalas tanggungjawab dengan baik bukan saja sebagai seorang artis tetapi juga sebagai seorang ibu, anak dan isteri,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tak sayang anak kan dan mahukan yang terbaik untuk mereka.Tak kira orang biasa mahupun selebriti, anak-anak adalah keutamaan dalam segala hal.
Ditambah lagi bagi yang memiliki anak perempuan. bagi , pelakon Jasmin Hamid sebaagi ibu dia mendoakan agar anaknya, Hanna ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu untuk menjaga dan membimbingnya selepas berkahwin kelak.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Jasmin memberitahu yang dia harus melepaskan anaknya untuk menikmati hidup bekeluarga suatu hari nanti.
“Ciuman seorang ibu, dapat gugurkan dosa kecil anak-anaknya. Ciuman anak-anak buat ibunya, buatkan ibu itu bahagia.
“Anak dara saya makin membesar dan pasti satu hari nanti, saya harus melepaskannya untuk dia nikmati hidup berkeluarga.
“Mohon Allah ketemukan seorang suami yang soleh buat anak dara saya. Pada uols yang ada anak dara, pasti akan lebih memahami naluri seorang ibu.
Malah akui Jasmin lagi, dia akan tetap menjaga anaknya itu kerana itu adalah amanah Allah.
“Ibu akan tetap menjaga cicik sebab ini adalah amanah ALLAH yang di tinggalkan oleh arwah mama dan arwah baba pada Ibu sehingga cicik bertemu jodoh dengan suami yang soleh. Tolong jangan sia-siakan anak dara saya sebab beliau adalah amanah Allah,” tulisnya.
Perkongsian tersebut membuatkan pengikutnya kagum dan tersentuh hati dengan luahan tersebut. Tak kurang yang turut mendoakan anak Jasmin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh.