Siapa sangka rumah biasa-biasa aje seperti rumah felda apabila diubahsuai menjadi lebih cantik dan mewah.
Sebagaimana perkongsian ini, membuktikan jika sebuah rumah felda apabila dihias dengan sempurna mampu menjadi sebuah rumah modern.
Bukan sahaja hiasan dalaman diubah suai dengan kemas tetapi bahagian luar juga dihamparkan dengan rumput tiruan atau lebih dikenali sebagai rumput carpet.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ini. Moga jadi inspirasi untuk tatahias rumah dengan cantik.
Ikuti perkongsian.
Transformer rumah sewa saya. Rumah lantai simen kalau pasang tikar getah asyik kena tukar. Pastu bawahnye berwap dan berbau. Yang koyaknya lagi. Jadi saya guna cat epoxy. Nak pasang mozek tak ada. Budget Rumah ni rumah felda. Rumah kampung jer. Saya sewa dengan harga RM200. Guna cat epoxy
Untuk cat epoxy ni saya ada sertakan sekali pic jenama yang saya pakai. Ruang tamu rumah saya tu guna 5 liter jer. Harga RM160. Beli di kedai cat ye. Nama pun cat kan. Kt Shopee pun ade. Tapi saya tak sure jenama sy guna ni ade ke x. Utk kdai sy pun sy guna epoxy jugak, tp jenama lain. Tak tahan. X lama pakai dh terkopek. Tp yg utk rumah ni mmg tahan lama. Dh setahun lebih masih elok & cantik. Senang nk kemas rmh. Nk ngemop n nyapu.
Tak de istilah “alaa..rumah sewa je pun. Rumah org. Buat ape nak cantik2. Nti dh cntik owner amik balik” sy ok jer. Lagpun rmh segala yg sy buat utk rmh ni tolak sewa & ade agreement (black & white). Bg sy, saya yang nak duduk selesa dgn keluarga sy. Sbb sy keje dr rumah. Byk masa dkt rumah. Jd sy nak selesa. Kebanyakkn sy pakai semula brg dr rumah lama sy & byk juga brg rumah lama sy, sy jual sblm pindah n guna duit tu utk rmh baru. Sy duduk dh setahun x byr sewa. Sbb tolak dr kos sy renovate rumah ni. Rumput carpet, cantik!
Untuk rumput carpet tu, tiap bln mesti nk kena mesin n racun. Rumput cepat panjang. Jd sy pasang rumput carpet. Rumput ni boleh psg indoor@ outdoor. Xde masalah kalau berhujan panas. Takat ni xde pulak lagi ayam/kucing popo atas tu..hehe. Pandai dia no popo dia cari tanah jugak.
Dah siap rumput.
Wow! Inilah hasilnya.
Hopefully rumah saya yany saya sewakan juga harap penyewa akan jaga baik-baik macam mana saya jaga rumah orang di Felda Palong 7, Gemas, N.Sembilan.
Sumber: Farizah FieMarissa
*Banyak tip pilihan hias rumah: