Asalnya nak mencari rezeki di negara orang, tapi apakan daya rupanya tertipu mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar apabila dipaksa makan daging babi, tikus dan ayam yang tidak halal, selain turut diancam menggunakan cota elektrik.
Itulah yang diceritakan oleh pemuda berusia 2 tahun, Mohamad Farhan Azman memetik laporan dari Berita Harian yang turut mengakui sering dipukul sekiranya cuba melawan selama 4 bulan sewaktu dalam cengkaman sendiket penipuan tersebut.
Dia yang berjaya melarikan diri menjelaskan bahawa apa yang dilalui turut dirasai 15 lagi warganegara Malaysia di sana yang menjadi mangsa sama sepertinya.
Lebih menyedihkan, mangsa dari kalangan wanita bawah umur turut dijadikan hamba seks anggota sindiket yang disertai kumpulan lelaki berpakaian ala askar dan bersenjatakan M-16 serta raifal.
“Saya tidak tahu apa nasib kawan-kawan lain sekarang (yang masih dalam tahanan sindiket)…ketika bekerja di bangunan setinggi empat tingkat dan dipagari tembok berkawat besi itu, keadaannya tak ubah seperti penjara, dengan satu sahaja jalan keluar dan masuk.
Kami rata-rata berusia antara 18 hingga 26 tahun tak boleh melarikan diri dan sentiasa dikawal rapi 24 jam oleh lelaki bersenjata dan berpakaian askar,” katanya.
Dia juga menceritakan bagaimana perjalanannya yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tiba di Bangkok pada 13 September tahun lalu sebelum bergerak menaiki pacuan 4 roda menuju ke sempadan Thailand-Myammar.
“Ketika itu kami sudah mula syak, malah ada yang cakap kami sudah kena jual.
Ads
“Sebaik di sungai itu, sekumpulan lelaki berkain pelikat menyerbu kenderaan kami dengan muka bengis, mengangkat beg kami dan menyuruh kami menaiki bot.
“Selepas 20 minit, kami tiba di sebuah kawasan dengan disambut ramai lelaki berpakaian askar dan bersenjata yang menyuruh kami mengikut mereka menaiki kenderaan pacuan empat roda.
“Dalam setiap kenderaan itu, ada lapan orang termasuk dua ‘askar’ bersenjata dan semuanya lebih tiga kenderaan,” katanya.
Ujar Farhan lagi, dia telah bertindak sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa di Eropah dengan menawarkan produk harga murah sebelum ‘mengeringkan’ akaun mangsa yang menekan link palsu dari sindiket.
“Kami bekerja sebagai ‘scammer’ untuk mencari mangsa dari negara Eropah dengan menjual apa-apa produk yang sangat murah.
Ads
“Selepas mangsa membuat transaksi dalam talian pada ‘ link’ palsu yang diberikan, selepas sindiket mula ‘mengeringkan’ akaun bank mangsa,” katanya.
Sebenarnya, sebelum terjebak sebagai mangsa sindiket tersebut, pemuda berkenaan telah ditawarkan pekerjaan sebagai pengemas hotel di Singapura dengan gaji agak lumayan.
Ads
Mereka juga dijanjikan wang poket sewaktu tiba di Bangkok, namun semuanya berubah.
Untuk rekod, Farhan merupakan antara 6 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari sindiket penipuan sekitar Disember tahun lalu dan dibawa pulang atas bantuan kedutaan Malaysia.
Dia dan beberapa lagi mangsa telah dipaksa bekerja lebih 15 jam dengan pelbagai tekanan mental dan fizikal oleh sindiket tersebut sehingga berjaya melarikan diri serta mendapatkan bantuan bagi pulang ke Tanah Air.
Ibu mana yang tak bimbang dan risau bila mana anak baru menginjak ke sekolah. Bermacam persoalan yang mula difikirkan seorang ibu.
Penyanyi Shila Amzah turut berdepan kebimbangan yang sama bila mana anaknya, Seth Uwais bakal menginjak ke alam persekolahan.
Akui Shila, dia bimbang melihat perubahan sikap anak sulungnya, Seth Uwais selepas dihantar ke sekolah.
Shila Amzah dalam sesi siaran langsung Instagram (live) berkata, dia bimbang akan sikap anaknya yang sebelum ini diasuh penuh sopan santun tiba-tiba berubah suka menjerit sekiranya tidak mahu akan sesuatu benda.
Lantaran itu, pelakon berusia 34 tahun itu bertanya kepada pengikutnya yang mengikuti sesi siaran langsung sama ada perubahan sikap tersebut normal atau sebaliknya.
“Adakah normal apabila hantar anak ke sekolah, tiba-tiba anak itu jadi lain? (berubah sikap). Seth jadi lain. Contohnya, semalam dia buat perangai apabila dia menjerit kerana tidak mahu sesuatu.
“Dia tak begitu sebelum dihantar ke sekolah. Jadi, saya rasa tak seronok. Selepas hantar ke sekolah, jadi begini pula,” ujarnya.
Bahkan kata Shila lagi, anaknya yang kini berusia lima tahun itu juga sudah pandai merajuk malah, bersikap ego dan enggan lagi mahu meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan.
“Dia suka merajuk dan ego untuk meminta maaf. Bila dihantar ke sekolah, tidak tahu perangai siapa yang dia ikut.
“Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya jadi stes dengan perkara ini sebab saya rasa tak seronok. Seth seorang anak yang ‘sweet’,” ujarnya lagi.
Naluri keibuannya mula bimbangkan perubahan sikap ketara Seth. Mungkin juga terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya.
“Saya tak boleh berhenti daripada berfikir. Mungkin saya salah mengajar anak selama ini. Sebab saya seorang ibu yang terlalu lembut.
“Saya tidak mendidik anak dengan cara yang kasar, sebab saya tidak suka mendidik dengan cara begitu. Saya tidak mahu Seth menjadi seorang anak yang kasar.
“Sebab sebelum dihantar ke sekolah, alhamdulillah saya sudah mendidik Seth sehingga boleh membaca, kenal abjad dan nombor. Jadi perubahan sikapnya membuatkan saya risau,” ujar Shila.
Rahsia kebahagiaan rumahtangga bukan duit semata tetapi doa sebagai pengikat kasih. Doa yang diucapkan kepada pasangannya adalah mustajab untuk melahirkan sebuah keluarga bahagia.
Perkongsian di laman facebook Muhammad Hassan sungguh inspirasi untuk dijadikan panduan bersama.
Tanda kita sayang kepada pasangan, kita tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan kebaikan buat si dia.
Malam ini doa untuk suami:
“ya Allah ini suami saya,saya sayang dia lebih dari diri saya, ya Allah ampunilah segala dosa dia,jadikanlah dia suami yang baik,yang taat segala perintahMU,jadikan dia suami yang soleh,bertanggungjawab,penyayang,suami yang prihatin,suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak”
Para suami bangun malam,doa untuk isteri:
“Ya Allah ini isteri saya,siang malam penat untuk saya dan anak. Jagalah dia baik-baik ya Allah,jagalah iman dia,pelihara maruah dia,jadikan dia asbab sama-sama masuk syurga,jadikan dia isteri yang solehah,tutuplah aib dia dari padangan saya,tukarlah aib dia kepada kebaikan”
Sama-sama doa,sama-sama cari redho Allah. Sujud lama-lama dalam solat tahajjud. Waktu ini Allah sangat hampir dengan kita. Tiada siapa lagi boleh dengar segala rintihan dan rayuan kita,wallahi hanya Allah segalanya.
Sebelum tidur peluklah anak, isteri,suami. Moga Allah datangkan kebaikkan,kebahagiaan buat kita.
” Jagalah Allah,Allah akan jaga kita.Pasti”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membina keluarga bahagia tentunya impian setiap pasangan suami isteri. Pastinya setiap pasangan perlu saling menghargai pasangannya. Termasuk memiliki suami yang manja. Jom semak untuk kenali suami yang manja.
Ciri-ciri Suami Manja
1. Melalui bertentang mata
Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan suami minat terhadap anda. Jadi si isteri janganlah mengalihkan pandangan pula tetapi teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda.
2. Jika marah
Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye. Jikalau si isteri sedang marah(api), suami patut menyejukkannya dengan belaian mesra.
3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka
Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia akan berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama. Memang romantis suami begini.
4. Suka mengusik dan berjenaka
Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.
5. Bercakap lembut
Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja dengannya.
Berbahagialah dan beruntunglah jikalau isteri mempunyai suami yang begini. Kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri suami di atas, hargailah dan banyakkanlah wujudkan hubungan mesra suami isteri.
Sumber: airmien.wordpress.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi melariskan jualan mereka, sebuah gerai bazar Ramadan dipuji orang ramai kerana bersedekah Apam Balik melalui potongan ayat al-Quran yang disambung pelanggan mereka.